HARI ini, Aimin sudah dibenarkan untuk pulang memandangkan dia sudah sihat sepenuhnya. Namun, dia masih lagi berlegar-legar di dalam bangunan hospital itu.
Sebuah pintu wad yang dikenalinya dikuak. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati bahawa katil yang menempatkan pesakit itu kosong.
"Kak Arin?! Akak kat mana?" Soal Aimin cemas.
Dia mencari di seluruh wad itu, namun hampa. Kemudian, pintu dikuak dari luar.
"Kak! Akak pergi mana tadi? Risau Aimin tahu?" Aimin mendapatkan kakaknya. Dia membantu kak Arin ke katil.
"Akak pergi tandas la. Ha, lama Aimin tak jenguk akak. Akak sunyi tau?" Soal Kak Arin setelah berbaring di atas katilnya.
Aimin sedikit tersentak. Dia berhasrat untuk memberitahu berkenaan statusnya itu.
"Kak.. Sebenarnya Aimin.. Aimin dah. Emm kahwin." Jelasnya perlahan.
Riak Kak Arin berubah.
"Kau biar betul dik? Bila?" Soal kak Arin tak percaya.
"Yesterday." Balas Aimin.
"Whaatt?! Mama tahu tak?" Soal Kak Arin lagi. Seketika kemudian, dia terbatuk kecil.
"Tak. Aimin tak bagitau mama lagi." Kata Aimin.
"Cuba cerita kat akak apa yang jadi." Kak Arin meraih tangan Aimin.
Dia pun menceritakan segala-galanya dari A sampai Z kepada Kak Arin. Kak Arin mengusap perlahan rambut Aimin.
"Sabar la dik eh? Allah tak uji hamba-Nya melebihi kemampuannya. Semua yang terjadi ni ada hikmahnya. Em?" Nasihat Kak Arin dia semai dalam hati.
Aimin mengangguk perlahan.
"Akak dah sihat?" Soalnya beralih kepada kak Arin pula.
"Ha? Emm Alhamdulillah la." Balas kak Arin.
"Akak nak Aimin temankan akak malam ni? Aimin boleh je stay kat sini." Aimin berkata sambil tersenyum. Kesian kak Arin, sorang-sorang dalam wad ni.
"Eh takpelah. Akak tak kisah duduk sorang. Akak dah biasalah." Balas Kak Arin.
"Oh ye kak. Nanti hujung minggu ni, akak ikut Aimin balik Malaysia?" Pujuk Aimin. Sudah bertahun-tahun kakaknya itu tidak pulang ke tanah air.
"Err.. Tengoklah macam mana." Kak Arin mengalihkan pandangannya.
"Kenapa? Akak dah habis belajar kan? Jomlah, akak tak kesian ke kat mama ngan Melissa?" Pancing Aimin.
"Kesian tu kesian. Tapi akak.. Akak tak kuat. Akak takut mama ngan Melissa sedih tengok akak macam ni." Kata Kak Arin sayu.
"Alaa.. Okey lah.. Takpe, Aimin balik lambat lagi. So, Aimin akan spend time dengan akak je!" Kata Aimin ceria. Kepalanya dilabuhkan pada perut kak Arin.
"Jangan setiap masa. Aimin kan tengah reunion dengan kawan Aimin. Bahagikan masa ye?" Pesan Kak Arin lembut. Kepala Aimin diusap penuh kasih sayang.
Aimin hanya menganggukkan kepalanya. Kepala dia terasa berat lah pulak. Mengantuk je tiba-tiba.
"Aimin??" Panggil Kak Arin.
"Lahh, tidur dah. Emm budak bertuah ni." Bebel Kak Arin sambil menggegeleng kepala.
※※💐❤💐※※
"Petang ni nak buat apa? Bosanlah!" Kata Aten. Waktu itu, mereka berenam berkumpul di bilik Aimin dan Arin. Nak melawat Aimin lah katakan.
YOU ARE READING
Flowers Of Love ✔
Romance[ C O M P L E T E D ] ❗Read School : Musical World first❗ + No sinopsis. Aku tak reti nak buat sinopsis bagai ni. Nanti sinopsis ke mana, plot story ke mana. Percayalah. Just tekan butang read tu eh? Inshaallah best punya. || Start : 10 Mar 2018 ||...