🌺 33 🌺

5.7K 232 1
                                    

Firdaus' POV

"Assalamualaikum." Aku memberi salam sebelum melangkah masuk ke dalam banglo keluargaku.

Sebelah tanganku memegang sebelah tangan Aimin yang nampak masih takut dan cemas tu. Aku menggeleng perlahan melihat dia di belakangku.

Apalah yang nak ditakutkan? Mama ngan papa je pun. Oh, lupa adik-beradik aku yang lain pun ada. Diorang semua berkumpul sebab nak dengar penjelasan dari aku. Semangat je semua ni.

Masuk-masuk je, diorang semua dah tunggu kitorang. Aku bersalaman dengan mama, papa, dan adik-beradik aku yang lain. Aimin pun turut sama bersalam dengan mereka kecuali abang aku.

Kami berdua mengambil tempat di sebuah sofa yang memuatkan dua orang. Sofa itu berhadapan dengan sofa yang diduduki mama dan papa aku.

Aimin masih lagi tertunduk. Aku menggeleng. Tak habis-habis genggam tangan sendiri. Bagitau aku lah senang.

Aku menggapai sebelah tangannya seperti tadi. Ya Allah, seriuslah budak ni? Dari tadi sejuk tak hilang-hilang.. Tangan ais ke apa?

"Ehem.." Faiz Fakhri sengaja berdehem untuk menarik perhatian aku dan Aimin.

"Ohh.. Ha, mama, papa.. Ni isteri Faiq. Aimin Natasha. Mama, papa ngan angah dah kenal kan?" Soalku kepada mereka bertiga.

Aku nampak angah atau nama dia Nur Fathia Farhin, menganggukkan kepala dia sambil tersenyum memandang Aimin.

Aku mencuit paha Aimin.

"Pandanglah diorang. Nanti diorang terasa hati." Bisikku perlahan.

Dia mengangkat kepalanya dan memandang seisi keluargaku. Hmm..

"Kenapa perlu rahsiakan?" Tanya mama tiba-tiba. Wajahnya masih lagi serius.

"Err.. Kitorang ada sebab tertentu. Nanti Faiq cerita ye. Tapi bukan sekarang." Balasku sambil tersengih.

"Mengadalah." Kata mama sambil menjeling kami berdua.

"Ish awak ni. Adalah tu sebab diorang. Diorang dah menikah dah pun." Papa bersuara, membela aku dan Aimin.

Terima kasih papa.

"Ye, saya tahu. Tapi kalau alasan terlanjur. Mama takkan terima. Mama tak nak keturunan mama kotor. Jijik tahu tak?" Aku tak tahulah kenapa mulut mama busuk sangat hari ni.

"Sayang, dahlah!" Tegas papa bersuara.

Aku tengok Aimin dah gigit bibir dia. Mesti dia terasa ni. Memanglah dia bukan terlanjur sebelum kahwin ke apa. Tapi, dia kena lagi teruk dari tu. Haihh..

Aku mengusap tangannya lembut, cuba memberi kekuatan kepadanya. Kalau tak, ada yang menangis kat sini nanti.

"Mama, please watch your mouth." Aku berkata tegas.

"Kenapa? Jadi betullah korang terlanjur?" Sinis mama bertanya.

"Maa.. Akak kenal Faiq. Dia takkan buat benda macam tu. Kan, Faiq?" Angah  menyoal aku balik.

Aku menganggukkan kepala.

"Huh.. Dia dah takde mulut dah ke? Senyap je sejak tadi." Sindir mama lagi. Ya Allah, sabar jelah ada mama macam ni. Aku memanglah tak terasa apa-apa, tapi isteri aku, ya.

"M-maaf mama.. A-Aimin just nervous." Suara Aimin bergetar sikit.

"Nervous kenapa? Kalau tak buat salah, tak perlu nak nervous bagai." Balas mama.

"Dah la tu, ma.. Biasalah first time jumpa macam ni kan. Benda kecik jelah mama." Sampuk Along.

"Dah kenapa semua nak bela dia?" Mama bertanya tak puas hati.

"Sayang.. Kenapa susah sangat nak terima dia sebagai ahli keluarga kita?" Tanya papa kepada mama.

"Tchh.. Fine.. Mama terima, tapi korang kena stay sini malam ni." Kata mama sebelum beredar begitu sahaja.

"Alhamdulillah." Aku mengucap syukur. Sekurang-kurangnya mama dah terima walaupun nampak macam tak ikhlas.

"Aimin. Kamu jangan ambil hati ye dengan mama tu. Dia cuma nakkan yang terbaik untuk keluarga ni." Kata papa untuk menyedapkan hati Aimin.

Aimin mengangguk sambil mengukirkan senyuman.

"Takpe papa. Aimin faham." Jawabnya.

"Tahniah bro. Kau dah pintas aku bab ni." Along mendekatiku lalu bahuku ditepuk kasar. Bergurau.

"Cilaka kau along. Sakitlah!" Kataku geram.

"Lembik!" Ejek Along sebelum beredar ke dapur. Nak melantak lah tu.

"Aimin.. Buat rumah ni macam rumah sendiri ye? Dan selamat datang ke keluarga kami!" Kata Angah teruja. Dia memeluk Aimin mesra.

"Terima kasih kak Tia." Kata Aimin sambil tersenyum manis.

"No more kak Tia.. Call me angah , okey?" Kata Angah. Aimin hanya mengangguk.

Kemudian, Angah turut berlalu. Papa pula dah naik ke bilik sebentar tadi. Tinggal adik kembar perempuan aku yang masih diam tak berkutik sejak tadi.

"Fasya, Fisya.. What's wrong?" Tanyaku.

Mereka memandang aku dan Aimin silih berganti. Kemudian, mereka menghampiri kami.

"Siapa ni Achik?" Tanya mereka berdua.

"Ni isteri Achik. Nanti panggil dia Kak Chik tau?" Pesanku kepada kembar tu.

"Hm.. Mana satu kakak, mana satu adik ni?" Tanya Aimin sambil tersengih. Comel!

"Fasya, kakak." Kata Fasya sambil tersenyum manis kearah Aimin.

"Fisya, adik." Kata Fisya pula. Tapi muka dia masam. Dah kenapa?

"Alahh comelnya korang." Kata Aimin bernada geram.

Kembar itu tergelak kecil.

"Macam mana nak beza ni?" Tanya Aimin lagi. Dia memegang tangan kecil kedua-dua kembar tu.

"Fasya lebih tinggi daripada Fisya." Kata Fasya sambil menunjuk ketinggian mereka berdua.

Aimin mengangguk.

"Okey.. Lagi?"

"Mata Fasya warna koko, Fisya warna hitam." Kata Fasya lagi.

Fisya pula hanya mendiamkan diri dengan muka seriusnya. Sama macam muka mama tadi lah.

"Okey Fasya.. Fisya kenapa senyap je?" Tanya Aimin. Tangannya berkalih kepada pipi tembam Fisya.

Namun, dia menepis tangan Aimin. Aku, Aimin dan Fasya tersentak.

"Fisya.. Siapa ajar Fisya kurang ajar macam tu?" Tanyaku tegas.

Fisya menjelingku tajam sebelum dia berlari naik ke tingkat atas. Aku mengeluh.

"Kak Chik. Maafkan Fisya ye? Fasya nak tengok dia kejap." Ucap Fasya sebelum mengekori adik kembarnya.

Aimin mengangguk perlahan.

"Dia menurut mama la tu." Kataku kepada Aimin.

"Hm, takpelah. Lagipun dia budak lagi." Balas Aimin lembut.

"Jomlah naik bilik kita." Aku menarik tangannya menuju ke bilikku yang berada di tingkat atas.

Aku mandi dulu sementara Aimin membersihkan bilik aku yang dah berhabuk ni. Maklumlah dah lama tak balik sebab dah ada rumah sendiri.

"Awak.. Saya tak bawa baju lebih." Kata Aimin sebaik sahaja aku keluar dari bilik mandi.

Aku mengelap rambutku dengan tuala.

"Ohh ye lah kan. Aku pun tak sangka kena bermalam kat sini sebenarnya. Takpelah, kejap lagi kita keluar." Kataku.

"Okey.. Terima kasih awak." Ucap Aimin. Dia berlabuh di sudut katil.

"Hm.. Dah pergi mandi. Biar aku pulak sambung kemas." Arahku. Sikit je lagi kerja yang tinggal.

Aimin hanya menurut tanpa banyak soal.

TO BE CONTINUED

Flowers Of Love ✔Where stories live. Discover now