SETELAH mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak, Alia Melissa dan Tengku Zhariff akan bersanding dan akad nikah pada hari yang sama. Majlis mereka akan berlangsung pada hujung minggu ini. Entah apa yang dikejarkan mereka, sampaikan begitu cepat sekali tarikh persatuan mereka itu.
"Berserinya muka bakal pengantin ni." Usikku pada Alia Melissa sewaktu makan malam di banglo peninggalan arwah papa.
Mereka bertiga sahaja yang makan malam di rumah itu. Firdaus keluar kerana ada hal berkaitan kerjanya yang penting dan perlu diselesaikan segera.
Tanpa apa-apa, pipi Alia Melissa mula bertukar warna. Dia tersengih-sengih malu.
"Alhamdulillah... Anak-anak mama dah ada pelindung masing-masing. Tak perlulah mama risau lagi kalau mama dah takde kan?" Kata Puan Fatini perlahan. Dia cuba menyembunyikan sebaknya yang tiba-tiba menerjah di ruang hatinya.
"Mama... Adik tak suka la mama cakap macam tu." Balas Alia Melissa dengan muka mencuka.
"Mama jangan risau.. Kitorang memang dah ada pelindung.. Tapi.. Mama tetap pelindung kitorang selamanya. Dan.. Kitorang pun akan jadi pelindung mama. Kan, dik?" Ujarku panjang sambil mengukirkan senyuman kepada mama.
"Ha'ah. Betul tu kak.. Kitorang pelindung setia mama! Sesiapa yang sakitkan mama, siaplah dia. Dia memenag menempah maut!" Sokong Alia Melissa dengan bersungguh. Mencuba untuk menghilangkan kegundahan di hati mama tercinta.
"Terima kasih, heroin-heroin mama..." Balas Puan Fatini sambil tersenyum lega dan bahagia.
"No hallah mama." Jawabku dan Alia Melissa.
"Hah adik.. Esok kita pergi beli barang nikah kamu ye? Ajak bakal suami kamu sekali kalau boleh." Kata Puan Fatini setelah perkara itu terlintas di benak fikirannya.
"Okey mama." Jawab Alia Melissa.
"Aimin nak ikut jugak." Rengekku apabila terasa diri ini dipinggirkan.
Terletus ketawa mama dan adikku.
"Tak boleh! Akak dah ada shuben!" Usik Alia Melissa, galak.
"Alaaa.. Takpelah. Akak bawa la shuben akak juga eh? Pleaseee.." Rayuku lagi. Kalau diorang nak keluar esok, habis tu aku? Mereput sorang-sorang kat rumah ni.
"Hahahah"
"Yelah.. Pergi jelah. Mama tak halang pun. Lagi bagus kalau kamu ikut. Bantu apa yang patut." Jawab Puan Fatini dengan tawa yang bersisa.
"Hahh dengar tu! Mama bagi... Wekkk!" Aku menjelirkan lidah ke arah Alia Melissa. Dia mendengus menyampah.
"Well.. Tapi akak jadi 'penolong' kitorang je. Hahahah." Ejek Alia Melissa pula.
Puan Fatini menggeleng melihat telatah mereka. Namun, dia hanya tersenyum. Entah mengapa setiap perbuatan mereka terasa syahdu di hatinya.
※※💐❤💐※※
"Assalamualaikum awak." Ujar Alia Melissa memulakan bicara melalui panggilan itu.
"Waalaikumussalam. Kenapa Mel call ni?" Jawab Zhariff di dalam talian sebelah.
"Errr... Awak free tak esok?" Tanya Alia Melissa sedikit gugup. Dia bermain-main dengan jari-jemarinya.
YOU ARE READING
Flowers Of Love ✔
Romance[ C O M P L E T E D ] ❗Read School : Musical World first❗ + No sinopsis. Aku tak reti nak buat sinopsis bagai ni. Nanti sinopsis ke mana, plot story ke mana. Percayalah. Just tekan butang read tu eh? Inshaallah best punya. || Start : 10 Mar 2018 ||...