KINI , kandunganku sudah menginjak 5 bulan. Perutku juga sudah mula membuncit ke depan. Sepanjang itu juga , aku telah mengalami alahan dan mengidam nak makan itu ini. Firdaus layankan sahaja kehendakku sebab dalam perut aku ni anak dia jugak.
Alia Melissa juga bakal mendapat cahaya mata. Kandungannya baru lagi. Lebih kurang 3 minggu. Tapi , dia masih merahsiakannya daripada pengetahuan semua kecuali aku.
"Abanggg.." Panggilku sambil memandang Firdaus yang baru hendak melelapkan mata pada tengah hari itu. Dia baru sahaja pulang dari pejabatnya. Sejak aku mengandung , dia hanya bekerja separuh hari. Semuanya gara-gara bimbang aku akan mengamuk nanti.
"Iya sayang?" Jawab Firdaus perlahan. Suaranya kedengaran begitu berat dan keletihan.
Rasa bersalah menerpa di dalam sanubariku. Tetapi pada masa yang sama , aku berkeinginan untuk makan laksa penang. Aku sebak tiba-tiba.
"Takpelah." Tuturku sambil menahan esakan. Tiap kali aku berasa bersalah , aku akan menangis.
"Sayang , kenapa ni?" Tanya Firdaus sambil memelukku erat.
"S-saya nak makan laksa penang.. Tapi saya kesiankan abang.. Abang mesti penat kan? Takpelah lain kali je saya makan laksa tu." Tuturku dengan suara yang bergetar.
Aku cepat-cepat menyeka cecair yang ingin menitis , di tubir mataku.
"Takpe.. Nanti abang beli okey? Abang nak rest kejap." Balas Firdaus sambil tersenyum. Dia menggosok-gosok belakang badanku.
"Hmm tapi saya nak makan masakan abang." Kataku lagi sambil bermain-main jari di dadanya.
"Hahh? Sayang... Abang-"
Melihatkan riak wajahnya yang tampak seperti kurang senang dengan permintaanku itu , aku pantas memotong bicaranya.
"Takpelah. Aimin faham." Tukasku. Tiba-tiba terasa mengantuk. Orang tengah sedih , boleh pulak kantuk ni datang. Aku memalingkan tubuhku membelakangi Firdaus. Aku tidur mengiring di atas rusuk kananku. Tak sampai beberapa minit , aku sudah terlelap.
Lain pula bagi Firdaus. Dia menyangka isterinya itu merajuk dengannya. Matanya tidak lepas daripada memandang belakang tubuh isterinya itu.
"Sayanggg... Abang memang tak reti masak laksa penang." Ujarnya sedikit kesal.
"Tapi abang akan cuba untuk masak buat sayang. Janganlah merajuk hm?" Sambungnya lagi. Dia melingkarkan tangannya ke bawah tubuh isterinya dan juga di pinggangnya.
Dia hairan apabila isterinya tidak memberikan sebarang respons terhadapnya. Takkan merajuk sampai tak nak bercakap kut?
"Sayangg.."
"Lahhh , tidur rupanya. Sayang.. Sayang.. Terkejut abang tahu tak?" Ujar Firdaus , mengomel sendirian.
Hatinya berasa sejuk dan tenang tatkala melihat wajah kecil isterinya yang bersih dan berseri-seri sejak mengandung itu. Tak lama kemudian , dia turut hanyut dibuai mimpi.
※※💐❤💐※※
Alia Melissa memerhati setiap tingkah laku suaminya dengan penuh minat. Ada sesuatu yang bertandang di fikirannya ketika itu.
Tengku Zhariff yang menyedari renungan isterinya itu pantas menghentikan kerjanya. Dia mendekati isterinya yang berada di birai katil itu.
"Kenapa sayang pandang abang macam tu?" Tanya Tengku Zhariff setelah melabuhkan punggung di sebelah isterinya.
"Abanggg.." Panggil Alia Melissa tanpa menjawab soalan Tengku Zhariff.
YOU ARE READING
Flowers Of Love ✔
Storie d'amore[ C O M P L E T E D ] ❗Read School : Musical World first❗ + No sinopsis. Aku tak reti nak buat sinopsis bagai ni. Nanti sinopsis ke mana, plot story ke mana. Percayalah. Just tekan butang read tu eh? Inshaallah best punya. || Start : 10 Mar 2018 ||...