🌷 65 🌷

5.9K 230 5
                                    

TENGKU Zhariff memperkenalkan Alia Melissa kepada sanak-saudaranya yang berkunjung ke istana keluarga mereka itu. Kehidupan mereka yang agak mewah itu membuatkan Alia Melissa berasa tidak selesa dan sentiasa merendah diri.

"Penat ?" Tanya Tengku Zhariff sambil merebahkan tubuhnya di sebelah isterinya di atas katil empuk miliknya itu.

"Hmm.. Keluarga abang besar sangat." Kata Alia Melissa.

"Biasalah keluarga diraja. Tapi abang tak rapat sangat pun dengan saudara abang tu. Diorang acah sangat. Menyampah abang." Ujar Tengku Zhariff , mengutuk sepupu-sepupunya.

"Hish abang ni. Tak baik lah." Tegur Alia Melissa lembut.

"Hehee.."

"Hm abang. Abang dah ada nama untuk baby ?" Tanya Alia Melissa.

"Ada. Tengku Akram Muaz untuk lelaki. Kalau perempuan , Tengku Ainan Maria. Amacam ?" Balas Tengku Zhariff bangga.

"Okey.. Tak sabar nak tunggu due date." Kata Alia Melissa teruja.

"Tapi.. Takut juga sebenarnya. Hmm.." Sambungnya lagi.

"No worry lah. Sayang kan kuat. Bergantung pada Allah , semuanya akan okay." Kata Tengku Zhariff memberikan kata-kata semangat.

Tinggal beberapa bulan lagi sebelum kandungan Alia Melissa mencecah 9 bulan. Sepanjang tempoh itu , Alia Melissa dijaga rapi oleh ibu mertuanya. Dia diberikan layanan istimewa oleh ibu mertuanya memandangkan dia satu-satunya menantunya. Sehinggakan sepupu-sepupu Tengku Zhariff cemburu dengannya.


※※💐❤💐※※



"MAMA DENGAN PAPA BERCERAI ?!" Tanya Aimin Natasha sebaik sahaja mendengar berita itu.

"Ya sayang." Jawab Firdaus perlahan.

"Mama ngan papa bercerai... Sebab saya ke ?" Tanya Aimin Natasha lagi , dia menunduk bermain dengan jari-jemarinya.

"Takpelah. Sayang tak perlu fikir pasal ni. Lagipun benda dah lepas." Kata Firdaus.

"Tapi saya rasa bersalah. Lepas saya jadi isteri abang , mama dan papa awak selalu bergaduh kan ?" Luah Aimin Natasha sebak.

"Taklah. Biasa je. Diorang selalu je gaduh-gaduh manja macam tu. Lepas tu , berbaik semula. Jangan salahkan diri sayang." Jawab Firdaus.

"Nak turun." Pinta Aimin Natasha.

"Buat apa ? Sayang kan tak larat ?" Tanya Firdaus lagi.

"Saya larat. Pleaseeee..." Rayu Aimin Natasha. Dia menggoncang lengan Firdaus.

"Okey-okey. Jom." Firdaus menyerah kalah dengan isterinya itu.

Dia memimpin tubuh kecil tetapi tembam akibat pembawaan anak itu dengan berhati-hati semasa menuruni anak tangga. Mereka berdua menuju ke ruang tamu. Dia mendudukkan tubuh Aimin Natasha di atas sofa.

"Thanks abang." Ucap Aimin Natasha sambil mengucup pipi suaminya laju.

Firdaus tersengih nakal.

"Pipi je ? Sini ?" Dia memuncungkan bibirnya sambil menutup mata.

"Ish !" Aimin Natasha menepuk perlahan bibir suaminya itu.

Mereka sama-sama tergelak selepas itu.

"Hai Aimin.. Okay dah ?" Sapa Fathia yang juga baru turun bersama suaminya.

"Okaylah kak ngah." Jawab Aimin Natasha sambil tersenyum kepada kakak dan abang iparnya itu.

Melihat mata dan hidung Fathia yang merah , menimbulkan rasa bersalah di hati Aimin Natasha. Mesti diorang adik-beradik rasa sedih sebab ibu bapa diorang bercerai.

"Aimin minta maaf kakngah. Sebab Aimin , papa dan mama bercerai." Ucap Aimin Natasha. Dia mengemam bibirnya.

"Ehh bukan salah Aimin la." Balas Fathia pantas. Dia melabuhkan punggung di sebelah Aimin manakala suaminya duduk di sebelah Firdaus di atas sofa panjang itu.

"Tapi--"

"Bukan salah Aimin. Mama yang nak semua ni. Mama yang desak papa. Papa tak tahan dengar dia fitnah Aimin yang bukan-bukan. Papa minta maaf. Semua ni salah papa." Celah Tan Sri Fauzan. Sejak tadi dia berada di halaman rumah setelah bekas isterinya tinggalkan rumah itu bersama Fisya.

"Takpelah , pa. Benda dah jadi. Faiq tahu papa nakkan yang terbaik untuk keluarga kecil Faiq. Faiq terhutang budi dengan papa. Terima kasih , pa." Kata Firdaus , mendapatkan papanya. Dia tahu , papanya juga sedih tentang itu.

"Tulah. Benda dah jadi. Sunyilah rumah ni tanpa si kembar tu. Hmm." Keluh Fathia.

"Mama bawa Fisya je." Sampuk Fasya yang baru keluar dari bilik tidurnya. Mukanya sedikit bengkak. Suaranya juga turut bergetar.

"Hahh ? Tapi kenapa ?" Tanya Fathia lagi. Semua yang berada di situ turut membuka telinga untuk mengetahui kebenarannya.

"Mama dah tak sayang kitaa! Mama sayang Fisya jee..." Fasya berlari mendapatkan Fathia dan memeluknya. Dia menghamburkan tangisannya.

"Aipp.. Fasya , apa cakap macam tu." Tegur Fathia. Dia mengusap rambut ikal Fasya lembut.

"Mama yang cakap macam tu." Jawab Fasya tersebek-sebek.

"Along tak tahulah apa masalah mama. Asyik nak sebelahkan arwah Putri tu je." Kata Fakhri yang tiba-tiba bersandar di dinding ruang tamu itu.

"Takpelah. Kalau mama tak nak mengaku korang sebagai anak mama. Korang masih ada papa. Selagi papa hidup , papa akan sayangkan anak-anak papa dan menantu-menantu papa. Papa tak perlukan manusia yang sempurna untuk bahagiakan papa. Cukup korang." Kata Tan Sri Fauzan panjang.

"Papa.." Mereka semua terharu mendengar luahan hati seorang ayah itu.

"Tapi korang jangan bencikan mama tau. Dia tetap mama korang , yang mengandungkan dan melahirkan korang dulu." Pesan Tan Sri Fauzan lagi. Dia redha dengan semua kehendak-Nya terhadap keluarganya itu.

"Okey , pa.. Inshaallah." Balas Firdaus. Fathia , Fasya dan Fakhri turut menganggukkan kepala tanda setuju. Begitu juga Aimin Natasha dan Syaiful.

"Ta-tapi.. Kalau Acha rindukan mama dengan Icha macam mana ?" Tanya Fasya lagi. Wajahnya masih mendung.

"Takpe.. Nanti papa bawa Acha jumpa mama dengan Icha ye ?" Kata Tan Sri Fauzan kepada anak bongsunya itu.

"Okey papa." Balas Fasya perlahan.

"Janji ea , walau apa pun yang berlaku lepas ni , kita semua takkan berpisah." Ujar Fakhri selaku anak sulung dalam keluarga itu.

"Inshaallah , janji!"

TO BE CONTINUED

Flowers Of Love ✔Where stories live. Discover now