SETELAH menceritakan semuanya dari A hingga Z , Tengku Zhariff dan Firdaus menunggu respons isteri mereka. Ketika itu , mereka baru sahaja selesai makan malam dan sedang berehat di ruang tamu.
"Innalillah..." Ucap Aimin Natasha dan Alia Melissa perlahan.
"Abang harap korang boleh maafkan perbuatan arwah. Kita mudahkan urusan orang , Allah akan mudahkan urusan kita." Pesan Firdaus lembut.
"Em.. Saya masih tak boleh lupakan peristiwa tu. Saya hampir kehilangan nyawa saya dan anak saya." Kata Aimin sedikit emosi. Matanya mula berair. Begitu juga Alia Melissa.
"Tapi , kalau dah abang kata macam tu. Takpelah. Saya maafkan arwah. Saya maafkan setiap perbuatan jahat dia terhadap saya dari awal hingga akhir." Tutur Aimin Natasha bersama linangan air mata.
"Adik pun. Adik akan lupakan kejadian tu. Adik maafkan arwah kak Putri seadanya. Setiap manusia buat kesilapan , kan ?" Kata Alia Melissa pula. Dia menyeka air mata yang mengalir.
Susah nak gambarkan perasaan mereka berdua ketika itu. Rasa sedih , gerun , marah , geram , dan simpati bercampur-baur di dalam hati masing-masing. Akhirnya , hanya air mata yang mampu menjadi peneman mereka.
"Lepas Maghrib nanti , kita buat solat hajat dan baca Yasin untuk arwah." Kata Firdaus , mengetuai mereka bertiga di dalam banglo itu.
※※💐❤💐※※
"Sayang , kandungan sayang dah masuk 7 bulan kan ?" Tanya Firdaus tiba-tiba pada malam itu.
"Hmm. Kenapa ?" Balas Aimin Natasha.
"Apa kata kita tinggal rumah mama abang pula ?" Cadang Firdaus lembut.
"Boleh. Aimin dah lama nak bagitau abang , tapi terlupa." Balas Aimin Natasha ceria.
"Okey. Esok kita pergi eh ? Sayang pantang dekat sana juga eh ?" Kata Firdaus.
"Err , tapi abang awak ada kan ? Abang ipar lagi ?" Tanya Aimin Natasha.
"Takpe. Nanti abang uruskan diorang. Yang penting sayang terjaga kat sana nanti. Mama , kak ngah , dan bakal kak long ada nanti." Kata Firdaus. Dia mengusap rambut ikal milik isterinya.
"Okey.. Mesti meriah nanti. Tak sabarnya!" Ujar Aimin Natasha , gembira.
"Dah , jom tidur. Dah lewat ni."
×××××
"Abangg.. Al tak pernah pergi pun rumah bonda sejak kita kahwin." Luah Alia Melissa tiba-tiba sewaktu mereka berdua hendak tidur.
"Sayang nak tinggal dengan bonda ?" Tanya Tengku Zhariff.
"Nak ! Boleh ke ?" Laju Alia Melissa menjawab.
"Boleh. Kejap abang call bonda. Sayang nak pergi bila ni ?" Tanya Tengku Zhariff. Dia separa berbaring , bersedia untuk menelefon bondanya.
"Esok.. Boleh ?" Tanya Alia Melissa.
"Waaa , cepatnya." Usik Tengku Zhariff. Dia menekan kenalan bondanya. Lalu dia menekapkan skrin telefonnya ke telinganya.
Alia Melissa menanti dengan sabar dan teruja. Memang dia teringin nak tinggal bersama mentuanya. Lagipun kandungannya sudah mencecah 3 bulan. Mungkin , kehendaknya itu merupakan salah satu faktor 'mengidam'.
YOU ARE READING
Flowers Of Love ✔
Romance[ C O M P L E T E D ] ❗Read School : Musical World first❗ + No sinopsis. Aku tak reti nak buat sinopsis bagai ni. Nanti sinopsis ke mana, plot story ke mana. Percayalah. Just tekan butang read tu eh? Inshaallah best punya. || Start : 10 Mar 2018 ||...