🌺 21 🌺

5.9K 239 4
                                    

AIMIN menyeka air mata yang mengalir di lekuk pipinya. Dia memandang pelbagai jenis bunga yang ditanam di taman awam ini. Sejuk hatinya tatkala melihat bunga-bunga tersebut.

Dia membasahkan bibirnya yang sedikit kering itu. Dia mengaduh apabila terasa pedih di bibirnya.

"Ahh! Bangang lah kau! Habis luka bibir comel aku.." Gumam Aimin perlahan.

Apalah nasib. Baru je nak minta tumpang rumah sehari dua, dah jadi macam ni. Baik tumpang je rumah Arin. Bahaya serumah dengan dia tu. Serik.

Tapi apabila teringat kembali perbualannya dengan Arin semalam, dia mengeluh kecil.

FLASHBACK

"Assalamualaikum Arin, kau ada kat Selangor tak sekarang?"

"WaalaikumussalamEr tak. Aku lupa nak bagitau kau. Maaf sahabatku. Buat sementara waktu ni, aku kena tinggal kat kampung aku ni. Nenek aku sakit."

"Ohhh..."

"Kenapa? Something bad happens?"

"Eh takdelah.. Aku okey je. Hehee, saja je nak tanya. Nak ajak kau keluar lepak sebenarnya. Tapi takpelah.. Kau takde kat sini."

"Ohh.. Tu lah. Lain kali la Aimin ye? Maaf sangat."

"Kenapa kau nak minta maaf? Takpelah."

"Hehee.. Okey-okey.. Rileks ahh.. Hahahah.."

"Eh gelak pulak. Hm, okeylah.. Aku gerak dulu. Pape roger!"

"Baik bos!"

END FLASHBACK

"Aku nak tinggal kat mana ni?" Getus Aimin sendiri.

"Ha, rumah kat Klang!" Sebentar sahaja dia ceria, dia kembali muram.

"Ehh tapi rumah tu dah jadi rumah sewa..! Aaahhhh! Papaa.. Hukhuk." Rungut Aimin sedikit kecewa.

Dia berdiri dan berlalu tanpa hala tuju. Dia menunggu lampu pejalan kaki berwarna hijau. Keadaan di pejalan kaki ni lengang, kosong. Hanya kenderaan sahaja yang menguasai lebuhraya itu.

Tiba-tiba sebuah kereta Mercedes Benz hitam berhenti di hadapannya. Aimin sudah kalut. Siapa pulak ni?

'Eii.. Penculik ke? Baik aku lari!'

"Aimin!" Belum sempat kaki mengatur langkah, namanya dipanggil.

'Eihh? Macam mana penculik ni tahu nama aku?'

'Tapi macam familiar je suara ni.'

Aimin berhenti bernafas tatkala terpandangkan si pemandu kereta mewah itu. Sehingga suatu saat, dia terbatuk sendiri kerana kurang oksigen.

"Kau buat apa? Nak mati awal?" Kata pemandu itu.

Aimin menggulingkan bebola matanya ke atas.

"Suka hati ah." Balas Aimin.

"Naik." Arah pemandu itu.

"Taknak."

"Naik."

"Taknak!"

"Naik aku kata!"

"Ish! S-sa-ya kata taknak, taknak lah!" Bentak Aimin.

"Saya huh?" Sindir pemandu itu.

"Ergh! Dah lah Firdaus.. SAYA nak balik! Huh!" Aimin berjalan untuk menyeberangi lebuhraya itu.

"Jambatan pulak jauh nun sana. Malas aku nak hadap!" Bebel Aimin perlahan.

"Oi! Kau nak balik mana hah? Diorang dah cerita lah kat aku. Kau nak tumpang ke tak?" Soal Firdaus lagi.

Sekali lagi langkah Aimin terhenti.

"Kalau nak tumpang, naik. Kalau taknak, byebye!" Dia sengaja menderamkan enjin kereta.

"Ish main ugut-ugut pulak!"

"1..."

"2.."

"Ish! Sabarlah!" Akhirnya dia mengalah juga.

Pintu sebelah pemandu dibuka. Dia menghenyakkan punggungnya dengan kasar di atas kusyen kereta itu.

"Woi! Rosak kereta aku!" Marah Firdaus.

Namun Aimin buat-buat tak peduli.

"Tak marah ke girlfriend awak, saya tumpang rumah awak?" Soal Aimin.

"Kau kenapa sia saya-awak bagai?" Firdaus tidak terus menjawab sebaliknya menempelak perkara lain.

"Seorang isteri mesti berlemah lembut dengan suaminya. Dan saya tengah buat tu sekarang." Balas Aimin.

"Habis kau tampar aku apahal? Lemah lembut lah tu?" Sindir Firdaus.

Pipi Aimin membahang apabila teringatkan peristiwa tadi.

"Siapa suruh gatal sangat. Tangan saya ni automatik je naik. Maaf lah." Balas Aimin selamba. Memang salah kau sendiri!

"Ishh.. Lain kali kau bagitau diorang tu, jangan cabar aku. Nanti kau yang jadi mangsa." Kata Firdaus.

"Erh.. Awak tak jawab lagi soalan saya." Kata Aimin.

"Tak payah bagitau dia, barulah dia tak tahu." Kata Firdaus pantas.

"Tapi.."

"Ke kau nak aku bongkarkan rahsia ni?" Soal Firdaus. Pantas Aimin menggeleng laju.

"Tahu takut. Tapi kenapa kau tak bagitau geng-geng kau? Kenapa bagitau geng-geng aku?" Soal Firdaus lagi.

"Satu, Arin duduk kat kampung dia. Dua, dia minta tolong Izzul dan TF yang lain kecuali awak. Tiga, saya taknak susahkan TGT." Jawab Aimin.

"Elehh.. Lepastu susahkan orang." Balas Firdaus.

"Awak ni ikhlas ke tak nak tumpangkan saya hah?" Soal Aimin geram.

"Ish! Mestilah tak.. Tapi nak buat macam aman, kau isteri aku kan." Kata Firdaus.

Aimin mencebik.

"Kenapa awak cepat sangat berubah? Aritu bukan main lagi tak nak cakap dengan saya." Kata Aimin lagi.

"Entah." Balas Firdaus pendek.

"Erh.. Malaslah cakap ngan awak. By the way, thanks sebab sudi tumpangkan kereta ni dan rumah awak." Kata Aimin sambil tersenyum lebar. Namun sekali lagi dia mengaduh.

"Tch! Ni awak punya pasal!" Kata Aimin. Dia menahan pedih dari bibirnya itu.

"Kau kenapa tiba-tiba huh?!" Bentak Firdaus.

"Huhh.. Nevermind."

TO BE CONTINUED

Flowers Of Love ✔Where stories live. Discover now