🌹 31 🌹

5.9K 237 5
                                    

SETELAH selesai menunaikan solat Isyak, Firdaus mengambil tempat di sisi isterinya yang sudah lena sejak tadi. Terbit rasa kasihan di dalam hatinya apabila melihat gadis itu yang terseksa batinnya.

Melihat keadaan Aimin yang lemah itu membuatkan dendam Firdaus membara kepada musuhnya, Zariff.

' Siap kau, Zariff.  Aku akan pastikan kau terseksa macam yang kau buat kat isteri aku.'

Tiba-tiba dia terdengsr erangan halus dsripada bibir isterinya. Keningnya sudah berkerut. Firdaus terpinga-pinga.

"Kenapa ni?" Soalnya lembut.

Aimin tidak membalas, matanya masih terpejam rapat. Cuma tangannya sahaja yang memulas perutnya. Eh?

"Kau sakit perut ke?" Soal Firdaus lagi. Tangannya mencapai minyak panas di sisi katil. Dia menyelak baju Aimin ke atas sedikit, cukup untuk dia menyapu minyak tersebut di perutnya.

Belum sempat dia menyapu minyak itu, Aimin tiba-tiba memeluk lututnya sendiri.

"Argh!"

Firdaus menampar-nampar lembut pipi Aimin. Seketika kemudian, bsrulah Aimin membuka matanya. Tetapi matanya sudah berkaca-kaca.

"Kenapa?" Soal Firdaus lembut. Tangannya mengusap ubun-ubun Aimin yang sudah berpeluh-peluh itu. Begitu juga di muka dan lehernya.

"Period pain.." Aimin tidak untuk menuturkan kata-katanya. Dahlah dinding rahimnya yang terkoyak, masih belum sembuh. Tambah pulak dengan yang ni. Ya Allah!

"Ohhh.. Meh, aku sapu minyak panas. Mungkin lega lah sikit nanti?" Katanya.

Aimin hanya mengiakan. Dia kembali meluruskan badannya semula. Firdaus kembali meneruskan kerjanya sebentar tadi.

Tubuhnya menggigil pula.

"Sejuk?" Aimin hanya mengangguk.

Firdaus meletakkan kembali minyak panas tadi di tempatnya semula. Dia kemudian berbaring di sebelah isterinya. Tubuh yang menggigil itu dipeluk erat, membekalkan haba secara natural.

Aimin yang membelakanginya tadi, membalikkan tubuhnya perlahan menghadap suaminya. Dia meletakkan kedua-dua tangan dan kepalanya di dada bidang Firdaus. Dia kembali terlena dengan kesakitan yang berkurangan.

Firdaus menggeleng kecil. Manja!

※※💐❤💐※※

Petang itu, semua ahli TF dan TGT melawat Aimin di villa Firdaus. Riuh rendah villa itu jadinya apabila mereka semua berkumpul.

Firdaus, Syazwan, Khairul, Izzul, Ad dan Syamid berborak-borak di ruang tamu. Sementara Arin, Ama, Wanie , Aten dan Iffah berlalu ke bilik yang menempatkan Aimin.

"Tashaaa!" Jerit mereka berempat kecuali Arin. Dia hanya tersenyum lega melihat Aimin yang sudah semakin ceria itu. Sedikit sebanyak perasaan bersalahnya berkurang.

"Hei korang.." Balas Aimin perlahan. Dia mengukirkan senyuman buat rakan-rakannya.

"Sakit lagi ke Aimin?" Soal Arin di sebelahnya.

"Pedih la lagi. Tambah pulak aku tengah period sekarang. Pedih gilaa.." Kata Aimin perlahan.

"Maaf, Tasha.. Aku tak bolehlah dengar benda macam ni. Mengerikan!" Kata Wanie laju. Dia mengerutkan keningnya.

"Aku tahu.. Sebab tu aku tak bagitau korang. Hm." Balas Aimin.

"Takpe.. Kitorang faham. Maaf jugak sebab aku terlalu sibuk kebelakangan ni." Kata Ama. Dia berdiri di sebelah Arin.

Flowers Of Love ✔Where stories live. Discover now