🌻 36 🌻

5.4K 233 4
                                    

(Maaf sebab banyak Firdaus POV.)

Firdaus' POV

ISTERI aku ni makin manja sekarang. Ni kes malam tu ke faktor pembawaan anak ni? Manja dia lain macam. Geram aku.

Lepas tu, tak habis-habis mengidam nak makan itu ini. Mujur semuanya masih boleh didapati lagi. Kadang-kadang tu, tengah malam buta pun dia mengidam. Tak beli kan dia menangis pulak.

Ni baru sebulan dia mengandung, tinggal lagi lapan bulan sebelum dia melahirkan. Sabar jelah.

Sekarang , aku tengah attend meeting dengan beberapa orang rakan kongsi syarikat papa ni. Penting mesyuarat ni. Aku pulak jenis yang tak suka orang lain ganti kerja aku. Jadi, memang aku je yang selalu ada di mesyuarat macam ni.

Tiba-tiba telefonku bergetar di dalam kocek kemejaku. Aku buat tak endah sebab sikit je lagi mesyuarat ni nak habis. Nanti-nantilah.

Setengah jam kemudian, mesyuarat itu tamat. Setelah berjabat tangan dengan semua yang berada di dalam bilik mesyuarat itu, aku segera berlalu ke pejabat peribadi aku.

Telefon aku buka.

You have 14 miss called from Sis Anna.

6 messages from Sis Anna.

Tanpa membaca mesej yang dihantar, aku terus call Sis Anna, pembantu rumah yang aku upah sebulan yang lalu. Risau mula menjamah hatiku.

"Hello Kak Anna? Maaf saya tengah mesyuarat tadi." Ujarku.

※※💐❤💐※※

"Ada seorang lelaki dan perempuan tengah jerit panggil nama Aimin depan rumah ni!"

Kata-kata Kak Anna tadi terus terngiang-ngiang di kepalaku. Stereng kereta dihentak kiat. Siapa pulak nak buat masalah dengan aku ni?! Tak habis-habis nak ganggu orang!

Sampai sahaja di perkarangan rumah, aku nampak pintu gril dan pintu kayu telah terbuka. Aku mencarut.

"Aimin?!! Kak Anna?!!" Aku memanggil mereka dengan kuat. Namun, mereka tidak menyahut. Seluruh rumah ni juga kosong.

"Arghh! Sial kau Zariff! Putrii!" Jeritan aku bergema di seluruh rumahku.

Aku cuba menghubungi Henry, penyiasat upahan aku. Dia ni lagi satu, buat kerja ke tak? Tak reti nak hubungi aku?! Hish!

"Hello?"

Kenapa suara perempuan pulak ni. Aku tak salah dail okey.

"Hello.. Henry mana?" Soalku terus.

"Oh.. H-henry? Henry. D-dia dah meninggal dua minggu lepas." Gadis itu teresak-esak.

Sekali lagi, aku terpana. What the heck! Terus aku tamatkan panggilan. Rambutku dikusutkan.

Nampaknya aku terpaksa minta bantuan TF. Aku menghubungi Syazwan.

"Hello bro. Aku nak minta tolong kau boleh tak?" Aku terus berkata sebaik sahaja dia menjawab panggilan aku.

"Kita jumpa dekat tempat biasa. Bawak yang lain sekali." Pesanku sebelum panggilan ditamatkan.

"Aimin.. Wait for me."

※※💐❤💐※※

"Hahhh! Diorang kena culik?" Tanya mereka hampir serentak.

Aku mengangguk.

"Ni semua kerja Zariff ngan Putri. Dua-dua sial nak mampus!" Keluhku kasar.

"Habis tu? Kau nak suruh aku detect diorang la ni? Okey aku buat sekarang." Izzul terus beredar ke komputer ribanya.

Kitorang sekarang berada di rumah lama kitorang. Alah, yang kitorang duduk masa di Emerald Highschool dulu.

"Apa aku nak buat weh? Dahlah Aimin tu berbadan dua." Aku meraup mukaku berkali-kali.

Mereka semua memandang aku tajam. Tiba-tiba.

"Kenapa?" Soalku berang. Serabutlah.

"Aimin mengandung?" Tanya Khairul.

"Kenapa kau tak pernah bagitau kitorang pasal hal ni?" Izzul membentak.

"Kau tahu sebab apa Izz. Aku tak pernah sentuh dia secara rasmi lagi." Balasku kasar.

Izzul tersentak. Kemudian dia menganggukkan kepala. Baru faham.

"Apa maksud kau?" Tanya Syamid.

"Korang tanya Izz lah. Aku pening kepala ni." Balasku.

"Aku dah jumpa lokasi diorang!" Jerit Izzul menyentakkan kami semua.

Aku pantas mendekatinya. Aku membaca tulisan dan juga peta yang terdapat di skrin komputer ribanya.

"Kuala Lipis, Pahang?!!" Aku mendengus. Gila jauh diorang bawak lari bini aku.

"Dah ah.. Aku pergi dulu. Thanks Izz." Aku mengambil kunci kereta dan terus beredar dari ruangan itu.

"Dia nak pergi sorang? Dia ingat dia tu kebal sangat? Macam mana kalau kawalan diorang tu ketat?" Bebel Syazwan.

"Jadi, jom kita rancang." Ajak Ad.

"Tadi dia kata Aimin dengan pembantu rumah dia yang kena culik kan?" Tanya Syamid.

Mereka mengangguk.

"Siapa ada kenalan dekat Pahang tu?" Tanya Izzul pula.

"Kejap.. Rasanya sepupu aku orang sana. Hehehe aku lupa sebab ramai sangat sepupu aku." Kata Khairul sambil membelek telefonnya. Dia mendail nombor sepupunya itu.

"Hello Han.. Kau orang Pahang kan?"

"Hahaa.. Aku lupa siaa.. Jawab jelah soalan aku."

"Haa bagus-bagus. Aku ada benda nak minta tolong kau. Nanti aku call balik. Cau luh."

Dia terus menamatkan panggilan.

"Dia duduk area mana dekat Pahang tu?" Tanya Syazwan.

"Tanah tinggi Cameron. Tapi dah dia orang sana kan? Mesti dia tahu kawasan yang lain." Kata Khairul selamba.

"Hem.. Yelah."

Mereka meneruskan perbincangan dan perancangan. Setelah itu, mereka turut bertolak ke Pahang dengan kereta masing-masing. Pasangan mereka tidak diberitahu. Kecoh nanti.

Mereka bercadang untuk singgah di tempat Farhan, sepupu Khairul dahulu. Farhan yang akan mengetuai mereka dalam gerakan itu.

Nasib baik juga mereka ni kaki game action. Jadi, ilmu pertahanan dah sebati dalam hidup masing-masing. Bagi pistol pun diorang boleh.

Misi mereka untuk memberi bantuan kepada Firdaus untuk menyelamatkan Aimin dan pembantu rumah mereka. Lepastu Khairul punya idea, nak rapatkan Farhan dengan pembantu rumah tu. Sakai punya Khairul.

TO BE CONTINUED

Flowers Of Love ✔Where stories live. Discover now