🌺 39 🌺

5.4K 244 9
                                    

BAIK Aimin mahupun Anna, kedua-duanya dikejarkan ke hospital kerana keadaan mereka yang sangat lemah. Mereka masih lagi berada di Pahang. Nanti-nantilah balik Selangor tu.

Firdaus, Syazwan, Khairul, Ad, Izzul, Syamid dan Farhan semuanya menunggu di luar wad mereka berdua. Wad mereka diletakkan bersebelahan. Senang nak pantau nanti.

"Diorang tu memang gila seks agaknya." Kata Khairul tak puas hati.

"Ha'ahh.. Betul-betul gila. Lebih-lebih lagi si Zariff tu." Sokong Syamid.

"Puas hati aku tengok diorang semua dah masuk lokap." Kata Ad pula.

"Dahlah cakap pasal binatang tu semua. Serabut telinga aku dengar." Syazwan mendengus.

"Dua orang perempuan dalam wad tu lagi penting sekarang." Kata Farhan yang diam sejak tadi.

"Kau ni dah tangkap cintun eh dengan kak Anna?" Soal Khairul.

"Cintun apa cintun? Aku cuma prihatin. Siapa suruh korang libatkan aku." Balasnya tegas.

Khairul membuat muka. Menyampah dengan perangai sepupunya itu.

Firdaus pula cuba tahan dirinya daripada menangis. Tapi mukanya dah merah. Izzul menenangkannya memandangkan dia je yang tahu peristiwa sebelum ni.

Tiba-tiba dua orang doktor keluar dari wad mereka serentak.

"Siapa keluarga pesakit?" Tanya mereka serentak.

"Saya suami Aimin Natasha." Kata Firdaus. Dia menghampiri doktor itu.

"Ohh.. Encik, keadaan Puan Aimin dah okey. Cuma dia masih letih kerana tenaganya banyak yang hilang. Dan alat sulit dia terkoyak sikit." Terang doktor yang memakai tag nama Salina itu.

"Ohh.. Macam mana dengan kandungan dia?" Tanya Firdaus gugup.

"Alhamdulillah kandungan dia pun baik. Cuma, keadaannya sedikit lemah sebab hentakan yang kuat pada perut Puan Aimin. Saya sarankan Puan Aimin tak buat sebarang aktiviti berat untuk kesihatan djri dia sendiri dan juga kandungannya." Terang Doktor Salina lembut.

Firdaus mengangguk.

"Terima kasih doktor." Kata Firdaus. Setelah doktor itu berlalu, dia terus masuk ke dalam wad yang menempatkan isterinya.

"Hello? Saya tanya ni, siapa keluarga pesakit bernama Anna ni?" Tanya doktor itu dengan muka geram. Dia dipulaukan! Ish!

"Han.. Kau pergilah. Kau kan yang selamatkan dia." Kata Khairul.

Farhan tunjuk muka protes.

"Aku lagi?"

"Ha'ah.. Lagipun kitorang semua dah ada tunang. Kau je yang takde. Heheeh." Tambah Khairul lagi.

Farhan berdecit sebelum dia berdiri dan menghampiri doktor itu.

"Apa hubungan encik ni dengan pesakit?" Tanya doktor itu.

"Err.. Suami? Ha.. Saya suami dia." Hentam jelah Farhan.

"Ohh baiklah. Puan Anna sekarang tengah fobia, jadi saya harap encik boleh tenangkan isteri encik baik-baik. Keadaan dia pun masih lemah. Sangat lemah. Alat sulit dan rahim dia terkoyak dan agak luas koyakan tu. Kebarangkalian dia untuk hamil sangatlah tipis. Saya sarankan dia berehat je. Macam wanita berpantang." Terang doktor itu panjang lebar.

Farhan terkial-kial mendengar penjelasan yang mengerikan itu. Dia pura-pura menganggukkan kepala tanda faham.

"Encik boleh lawat Puan Anna. Saya minta diri dulu." Doktor itu terus beredar.

Flowers Of Love ✔Where stories live. Discover now