Kim Leena terus sahaja mendiamkan diri sehinggalah sewaktu malam. Keadaan rumah yang dihuni oleh dua orang manusia kini mula senyap dan usang seperti tiada sesiapa yang berada di dalam.
Leena yang sedang menonton televisyen di ruang tamu itu terus sahaja menonton tanpa menghiraukan sesiapa termasuklah suaminya, Kim Taehyung.
Dari pulang sejak petang sehinggalah waktu malam, sedikit pun dia tidak berkata dengan lelaki itu. Memang merajuk betul ke Leena ni?
"Awak!" Jerit seseorang dari arah tangga yang berada di tepi ruang tamu. Leena yang mendengar hanya membiarkannya sahaja. Bijirin kering yang ada di dalam mangkuk dikunyahnya satu persatu tanpa menghiraukan lelaki itu.
"Awak... kenapa saya panggil tak jawab..." adu Taehyung lalu berjalan ke arah sofa yang adanya Leena. Dengan berpakaian serba kelabu dia datang ke arah wanita itu. Leena hanya membiarkannya sahaja lalu meneruskan tontonannya di kaca televisyen.
"Awak, saya panggil ni..." kata lelaki itu lagi. Masih lagi dengan jawapan, dia hanya membuat tidak tahu sahaja. Terus Kim Taehyung berdiri betul-betul di hadapan Leena lalu menutup pandangan ke arah skrin televisyen wanita itu. Tangannya didepakan seperti menghalang Leena untuk menonton.
"Ish, tepilah..." baru keluar suara wanita itu dengan cebikan. Kim Taehyung menggeleng lalu tidak beranjak dari posisinya. Kim Leena yang sedang mengunyah bijiran itu mula mengerutkan dahi lalu mendongakkan kepala ke atas dan memandang suaminya itu dengan wajah yang tidak puas hati.
"Apa awak nak?" Soal Leena dengan amarah. Kim Taehyung terus tersengih kecil lalu berjalan duduk di sebelah wanita itu. Dia menggeleng lalu kepalanya sendiri dilentokkan di atas bahu kanan Leena.
"Saya lapar..." ujarnya. Leena yang sibuk mengunyah sambil menonton televisyen itu hanya membuat tidak tahu sahaja. Malas untuk mengambil berat tentang suaminya itu.
"Awak...dengar tak..." pinta Kim Taehyung.
"Hmm.." balas Leena acuh tak acuh. Kepala Kim Taehyung yang tadi terlentok di atas bahu kanan kini terus ditegakkan semula. Wajah wanita itu dipandangnya lama.
Dengan pandangan yang begitu mencurigakan, ia membuatkan Leena berasa seperti terganggu. Terus sahaja wanita itu memandang ke arah kanannya. Wajah Kim Taehyung dia pandang dengan hairan.
"Apa?"
"Saya panggil awak buat tak tahu je kan?" Ujar Taehyung. Leena hanya menghelakan nafas lalu mangkuk bijirin itu diletakkan di bahagian tengah antara mereka.
"Nah, makan." Kata si dia. Kim Taehyung mula memandang mangkuk itu dengan kening yang terangkat. Selepas itu, wajah isterinya dipandang semula.
"Tak kan ni je... saya nak makan benda yang berat..." pintanya lagi dengan suara yang seperti meminta. Leena mula merengus kecil lalu memusingkan badannya ke arah kanan. Terus kakinya disilakan di atas sofa lalu tangannya disilangkan bersama.
"Pergi masak. Alang-alang tu, masak dekat saya sekali." Tutur Leena dengan wajah yang seakan tidak berasa apa-apa. Suaminya, Kim Taehyung mula mengerutkan dahi.
"Kenapa saya? Awak yang sepatutnya buat tapi kenapa saya pula yang kena masak. Awak...saya baru balik dari kerja tak kan saya yang kena mas-"
"Dah tu saya bukan baru balik juga? Apa awak ingat awak seorang je yang penat? Saya penat awak tak tahu? Dah lah berderet hari ni awak tengking saya. Awak tak pernah rasa ke macam mana perasaan kena tengking?"
Sambung Leena sebaik sahaja kata-kata suaminya itu tidak dihabiskan. Kim Taehyung mula memandang dan mendengar ayat isterinya itu tanpa mencelah sedikit pun. Sikunya di sandarkan di atas kepala sofa lalu kepalanya di sangkutkan di atas tapak tangan.
YOU ARE READING
My Encik SmartProf. KTH
Fanfiction"Nah SmartProf, saya dah siapkan assignment haritu." - Kim Leena "Siapa SmartProf? Saya ni suami awak tahu?" - Prof. Kim Start : 18/7/2018 End : (11/9/2018) Bersemut? Hahaha of course ada tapi tak adalah melebih. Sweet, sweet macam tu aje. Enjoy...