Bab 47

189 13 0
                                    

Kim Taehyung memandang Kim Leena dan begitu juga wanita itu memandang lelaki itu. Bertembung mata mereka berdua dengan perasaan terkedu.

"Aaaa...emmm, E-eun dah ambil biskut? Hah, jom bayar." Sampuk lelaki itu lalu tangan Kim Eunha ditarik. Si kecil itu menggeleng lalu wajah papanya dipandang dengan mata yang tersepet.

"Ehhh tak tak tak. Papa dengan mama ni..." ujarnya lalu memandang Kim Leena pula. Wanita itu mula mengemamkan bibirnya. Terus dia memandang ke arah lain. Kim Taehyung yang mendengar juga turut memandang Leena.

"Ah, Leena. Awak kata tadi awak nak balik kan? Hah, baliklah. Balik cepat sikit." Halaunya kerana terpaksa. Kim Leena yang mendengar mula dia terkedu. Jarinya ditunjuk pada diri sendiri.

"Sa-saya? Saya? Balik?"

"Aah ye lah. Awak kata awak nak balik. Dah, balik cepat." Ulangnya lalu membuat satu pergerakan di mata yang menunjukkan arahannya untuk beredar pergi. Wanita itu terus mengangguk tanpa memikir panjang.

"Hah. Be-betul lah tu. Mama balik dulu eh? Nanti kita jumpa lagi. Lagipun nanti mama bal-"

Kring! Kring!

Belum sempat wanita itu menghabiskan ayat, telefon pinta di dalam poket hoodie-nya mula berdering. Terus terlefon itu diambil serta merta. Kim Taehyung yang terdengar turut memandang Leena. Terjongket matanya ke atas.

"Kejap. Mama nak angkat call. Awak, kejap." Katanya lalu menunjukkan telefon itu kepada Kim Taehyung. Lelaki itu yang melihat hanya mengangguk faham.

Kim Leena terus berjalan sedikit jauh lalu telefon pintar itu dijawab panggilannya. Sebelah tangannya diserlupkan ke dalam poket hoodie. Lagi satu sedang sibuk memegang telefon itu di telinga.

"Ye, Yoongi."

"Leena, awak ada mana sekarang?"

"Ah, saya dekat mall tengah cari barang. Kenapa call?"

"Tak, actually macam ni sebenarnya. Saya ada dapat panggilan yang company milik Chanyeol tengah cari editer photographer untuk next magazine diorang. Alang-alang tu saya offer lah job tu dekat awak. Lagipun awak memang dah ada Korea, so that senanglah nanti."

"Really?!"

Jeritnya gembira dengan mata yang terbuka luas. Terus mulutnya ditutup dengan riaksi yang terkejut. Kim Taehyung yang sedang berada di belakang dengan anak-anaknya mula berasa hairan.

"Yup. Diorang memang perlukan editer. Saya dah bagitahu diorang pasal awak. Awak pun pro dalam hal-hal edit ni. Jadi senanglah saya offer. Saya dengar, diorang bayar mahal untuk job ni. Kalau boleh awak jangan tolak lah. Bukan senang nak dapat dari company magazine yang famous macam Park Edition tu."

"Uish memang tak lah saya nak tolak. Saya memang tunggu je job sampai. Apa-apa pun, thank you very much sebab offer dekat saya. Hah, nanti bagi nombor telefon Chanyeol tu. Saya akan contact dia sendiri."

"Okay. So... deal?"

"Yeah, deal. Saya ambil tawaran tu. Jangan lupa tau! Send number!"

"Iye. Dah, itu je saya nak cakap. Saya ada hal ni. Enjoy!"

"Hahaha okey. Bye!"

Terus panggilan itu dimatikan. Tidak lekang senyuman di bibirnya terukir. Telefon pintar itu serta merta dimasukkan ke dalam poket kembali. Kini badannya memusing ke arah belakang. Terkejut Kim Leena apabila lelaki itu berdiri memang betul-betul di belakangnya.

My Encik SmartProf. KTHWhere stories live. Discover now