Setibanya sampai, pintu rumah puan Kim diketuk kuat. Lelaki terus itu sahaja membuka kasutnya dengan pantas. Berkali-kali pintu rumah banglo tersebut diketuk olehnya.
"Mama!" Jerit Kim Taehyung. Tiba-tiba,
"Eh, Tae kenapa ni?" Soal wanita itu apabila pintu rumah itu dibuka olehnya. Kim Taehyung yang masih lagi dalam keadaan beremosi terus memandang mamanya dengan hati yang dingin.
"Mama kenapa tak pernah bagitahu Tae yang Leena tu sepupu Tae!" Ujarnya dengan wajah yang berpeluh. Terkejut Puan Kim lalu terus bibirnya diretapkan. Lelaki itu memandang tanpa membalasnya lagi.
"Ma, dia dah jadi isteri Tae dan sampai sekarang Tae tak tahu yang dia sepupu Tae! Kiranya Yeri dulu pun sepupu Tae! Sebab tu mama paksa Tae kahwin dengan dia dulu! Kenapa mama tak pernah bagitahu Tae tentang benda ni!"
"Tae, mama buat ni bersebab. Bukannya..."
"Apa sebabnya ma?! Apa sebabnya?! Sorry lah ma, Tae bukan nak kurang ajar dengan mama tapi Tae terkejut dan tak boleh tahan bila benda ni keluar daripada mulut Leena sendiri. Tae sebagai anak mama sendiri pun tak tahu, ini lagikan dia." Kata lelaki itu sambil memicit kepala. Bukan kerana apa, terasa denyutan di kepala membuatkan dia terasa pening.
"Ibu mertua Tae, adik mama. Mama cuma nak bantu keluarga dia sebab dulu dia miskin. Mama tak jumpa dengan dia bila mama kahwin dengan papa kamu. Papa halang mama nak jumpa dengan adik mama sendiri. Sebab tu, mama terpaksa rahsiakan yang Yeri dan Leena tu anak buah mama. Lepas papa kamu dah bercerai dengan mama, mama buat keputusan untuk bagitahu kamu tapi mama tak boleh. Mama takut kamu tak boleh terima dengan semua benda ni."
Jelas wanita itu. Kim Taehyung yang mendengar hanya tangisan air mata yang mengalir. Makin lama, makin banyak dia menangis. Tersedu-sedan dia disitu lalu lengannya dijadikan tempat menutup wajah.
"Maafkan mama, Tae. Sekarang Tae dah tahu semuanya pasal Leena, pasal Yeri. Kalau mama tak bagitahu hal sebenar dekat Leena, mama takut benda ni akan jadi lagi teruk. Jadi mama ambil keputusan untuk ceritakan dekat dia semuanya. Dia berhak tahu siapa diri dia dan keluarga dia."
Kata wanita itu lagi sambil memandang wajah anak lelakinya. Kim Taehyung yang mendengar hanya berbunyi esakan tangisan. Secara tidak sengaja,
Buk!
"Tae!"
Rebah juga Kim Taehyung di hadapan pintu rumah itu. Terpejam rapat mata lelaki itu bersertakan lebihan air mata yang mengalir. Terus badan Kim Taehyung dirangkul oleh ibunya sendiri. Wajah lelaki itu dipegang lalu disentuhnya dengan tangisan kecil.
"Mama minta maaf, Tae. Please, bangun." Ujarnya lalu bahu anaknya digoncang. Malangnya, lelaki itu tidak menyedarkan diri sehingga ke sudah.
****
Apabila waktu malam, Kim Taehyung yang tadi rebah di hadapan ibunya kini berada di atas katil. Matanya perlahan-lahan dibuka. Tangan lelaki itu yang tadi berada di sisi kini diangkat lalu memicit kepalanya. Masih lagi terasa denyutan tersebut.
"Aahh..." adunya dengan wajah yang berkerut. Tidak kuat untuk duduk ataupun berdiri, hanya baring sahaja yang mampu dia lakukan sewaktu itu. Secara tiba-tiba, terus pintu bilik itu dibuka oleh seseorang.
"Awak..." ujar lelaki itu perlahan dengan matanya mengekori kemana sahaja wanita itu berjalan. Kim Leena melangkah masuk sambil membawa sebesen air dan sehelai kain putih untuk diperah dan diletakkan ke atas dahi lelaki itu. Tanpa bercakap dengannya, terus sahaja wanita itu berhenti di birai katil dan meletakkan besen itu di atas meja kecil di sebelah.
Hanya memandang dari tepi sahaja, kain itu dimasukkan ke dalam besen lalu diperahnya dengan kuat. Wajah lelaki itu dipandang tanpa sebarang riaksi. Kain itu diletakkan kemas di atas dahinya lalu disapu perlahan-lahan. Kim Taehyung yang melihat akan perbuatannya hanya memandang sahaja.
![](https://img.wattpad.com/cover/155592118-288-k490698.jpg)
YOU ARE READING
My Encik SmartProf. KTH
Fanfiction"Nah SmartProf, saya dah siapkan assignment haritu." - Kim Leena "Siapa SmartProf? Saya ni suami awak tahu?" - Prof. Kim Start : 18/7/2018 End : (11/9/2018) Bersemut? Hahaha of course ada tapi tak adalah melebih. Sweet, sweet macam tu aje. Enjoy...