Bab 9

285 35 0
                                    

Hanya sehari sahaja Kim Leena masuk ke dalam hospital. Bukan apa, dia yang mahu pulang ke rumah. Tidak henti-henti wanita itu memujuk suaminya agar dibawa pulang ke rumah dengan segera.

"Awak balik ni awak jangan jalan merata eh. Duduk dalam rumah, rest je. Awak keluar siap awak saya kerjakan." Kata lelaki itu yang sedang memegang stereng kereta hitamnya. Kim Leena yang ada di sebelah hanya mengangguk tanpa membantah.

"Iye. Saya dengar, prof." Jawabnya. Kini, tidak semena-mena lengannya dicubit oleh lelaki itu. Berjerit Leena di dalam kereta itu dibuatnya.

"Auuuuuuu!! Kim Taehyung apa awak buat ni!!"

Adunya lalu secepat mungkin menggosok lengannya itu. Kim Taehyung hanya tersenyum kecil lalu cebikan mula diberikan. Dijelingnya wanita itu disebelah.

"Awak panggil saya Prof, saya lempang awak."

Ujarnya. Terus sahaja Leena mendiamkan diri dengan mata yang tajam memandang lelaki itu. Kini, pinggang suaminya itu dicubit geram.

"Aaaaah adeh! Sakitlah, Leena! Apa ni! Kang accident macam mana hah!"

Jeritnya pula lalu mengesotkan badan ke sebelah kanan sedikit. Kim Leena hanya menjeling tajam lalu dia terus memandang ke sebelah kanan tingkap itu. Wajah Kim Taehyung dibiarnya semula.

"Hah merajuk, merajuklah. Tak ada siapa heran. Awak nak mengamuk ke nak meroyan ke buat lah. Saya malas nak ambil tahu." Katanya dengan selamba. Kim Leena yang sudah tahan sabar itu terus memandang suaminya dengan tajam.

"Awak stop kereta sekarang." Arahnya dengan dahi yang berkerut. Kim Taehyung yang sedang memandu itu terus memandang dia dengan kening yang terangkat.

"Nak buat apa?"

"Saya kat stop, stop je lah!" Marah Leena lalu meninggikan suaranya. Terkejut Taehyung dibuatnya lalu terus sahaja dia memberhentikan kereta itu di bahu jalan.

"Itu pun susah." Jelingnya tajam. Sebaik sahaja kereta diberhentikan, pintu belah tempat duduk wanita itu dibuka. Secepat mungkin dia keluar tanpa memandang si suaminya itu.

"Eh awak! Leena! Kim Leena!" Panggil lelaki itu tetapi panggilannya dibiarkan sahaja. Kali ini, giliran lelaki itu pula untuk keluar dari kereta. Leena yang sedang berjalan pergi itu dikejarnya semula.

"Awak."

Panggil Taehyung lalu tangan Leena disambarnya pula. Wanita itu terus memandang lelaki yang berdiri disebelahnya itu dengan dahi yang berkerut.

"Apa awak nak?" Soal Leena dengan dengusan. Kim Taehyung terus melihatnya dengan bibir yang dimuncungkan tetapi sekaligus wajahnya ditampar perlahan oleh Leena.

"Aduiii! Kenapa awak lempang saya!" Jerit lelaki itu sambil mengusap pipi kanannya. Kim Leena tersenyum sinis lalu tangan Taehyung yang sedang memegang tangannya ditolak.

"Memang patut kena lempang, awak tu suka cari pasal dengan saya sangat." Katanya lalu kaki wanita itu diaturkan laju untuk berjalan pergi. Kini, Kim Taehyung ditinggalnya di belakang semula.

"Awak, tak nak lah marah... saya main-main je tadi..." pujuk lelaki itu lalu terus sahaja Leena yang berjalan dipeluknya dari belakang. Terkejut wanita itu dibuatnya. Langkah dia yang tadi  bergerak kini terhenti sebaik sahaja pinggangnya dirangkul.

"Janganlah marah..." katanya lagi. Kim Leena yang masih lagi tergamam itu hanya memandang ke kiri dan kanan sahaja. Malu wanita itu dibuatnya. Adakah patut dipeluknya wanita iti di tepi jalan raya.

"Awak, orang tengok. Malulah." Tangan lelaki itu yang ada di pinggangnya mula ditolakkan. Kim Taehyung menggeleng lalu dikekalnya lagi rangkulan itu.

My Encik SmartProf. KTHWhere stories live. Discover now