Kereta hitam milik Kim Taehyung meluncur laju di atas jalan raya. Entah mengapa isterinya itu, Leena boleh pengsan sehingga berdarah hidungnya. Sungguh hairan.
Setibanya di hospital, terus sahaja kereta lelaki itu diletakkan betul-betul di hadapan wad kecemasan. Dengan serta merta pintu kereta dibuka lalu badan isterinya yang tersandar di kerusi ditariknya lalu wanita itu diangkat jatuh di atas lengan.
****
Kim Taehyung menunggu di luar bilik kecemasan. Perasaannya dari tadi tidak henti-henti berubah. Fikirannya asyik tertanya-tanya tentang apa yang telah berlaku.Mengapa dia sanggup berkata sebegitu kepada wanita yang dia sangat sayangi?
"Apa kau cakap, Tae..." katanya sendiri sambil meraut wajah dengan kasar. Tak berhenti dalam hatinya berdoa agar tiada apa-apa yang buruk berlaku kepada Leena.
Eikk
Tiba-tiba, pintu wad kecemasan dibuka. Kim Taehyung yang tadi terduduk di atas kerusi kini terus bangun lalu memandang wajah doktor itu. Hanya harapan sahaja yang ada di dalam hatinya itu.
"Doc, macam mana dengan Leena?" Soalnya dengan bebola mata yang berair.
Satu sahaja kelemahan lelaki itu yang orang lain tidak boleh nampak padanya. Kelemahan Kim Taehyung ialah, lelaki ini tidak boleh melihat orang yang dia sangat sayangi sakit mahupun terluka. Walau apa yang berlaku, dirinya sendiri mesti tetap dipersalahkan.
"Syukur, dia tak apa-apa. Awak jangan risau, dia okey. Dia cuma penat dan tak cukup rehat sahaja." Jawab doktor itu dengan senyuman. Kim Taehyung yang mendengar mula helaan nafas lega dihembuskan. Rambutnya ditolak kebelakang dengan senyuman kecil.
"Boleh saya tengok dia?" Minta lelaki itu. Doktor itu mengangguk kepadanya.
Tanpa menunggu lama, pintu bilik itu dibuka lalu dia masuk ke dalam. Matanya terus terlihat ke arah sekujur badan manusia yang ada di atas katil. Hampir hancur hati lelaki itu melihat Leena dalam keadaan sakit. Air matanya jatuh mengalir tanpa diduga.
"Awak..." panggilnya. Leena yang sedang terjaga dari pengsan itu terus memandangnya. Wanita itu tidak memandang wajah si suami malahan berkata pun tidak.
"Awak, s-saya nak minta maaf. Saya tahu saya salah sebab marahkan awak tadi tapi tolonglah maafk-"
"Saya benci awak, Taehyung. Saya tak nak tengok muka awak dekat sini. Better awak keluar dari layan saya. Saya letih, please get out now."
Tidak semena-mena lelaki itu dihalau keluar oleh Leena. Sedikit pun dia tidak memandang wajah Kim Taehyung. Lelaki itu mula memegang tangan Leena tanpa disuruh.
"Don't touch me!"
Jerit Leena dengan kuat lalu wajah Kim Taehyung dipandangnya geram. Sekarang dia dapat lihat bahawa air mata suaminya jatuh berderai didepannya. Kali pertama dia melihat lelaki itu menangis dengan sebegitu teruk. Hampir terkedu Leena dibuatnya.
"A-awak, Taehyung... menangis?" Soalnya gusar. Berkerut dahi wanita itu memandang wajah suaminya itu. Terlihat akan Kim Taehyung tidak henti-henti mengeluarkan air matanya.
"Ke-kenapa awak menangis?" Tanya Leena lalu memandang wajah lelaki itu dengan jantung yang mengepam laju. Inilah kali pertamanya dia lihat bahawa suaminya itu mengeluarkan air mata.
"Jangan bencikan saya hikss" balas Kim Taehyung lalu secara rawak badan Leena dipeluknya. Terkaku Leena yang berada di atas katil hospital. Sewaktu lelaki itu sedang memeluknya, tiba-tiba dia terdengar suara esakan dari belakang. Hilang kata-kata wanita itu.
"Awak, jangan menangis." Pujuk Leena semula. Entah mengapa, sungguh berat hatinya apabila melihat Kim Taehyung menangis.
"To-tolong jangan benci saya. Hikss... tolong maafkan saya, hikss tolong jangan pergi jauh dari saya...hikss"
![](https://img.wattpad.com/cover/155592118-288-k490698.jpg)
YOU ARE READING
My Encik SmartProf. KTH
Fanfiction"Nah SmartProf, saya dah siapkan assignment haritu." - Kim Leena "Siapa SmartProf? Saya ni suami awak tahu?" - Prof. Kim Start : 18/7/2018 End : (11/9/2018) Bersemut? Hahaha of course ada tapi tak adalah melebih. Sweet, sweet macam tu aje. Enjoy...