Bab 5

367 37 2
                                    

Kim Taehyung yang masih lagi berbaju kemejanya itu terus sahaja membuat kerja di dapur. Selalunya, Kim Leena yang lakukan tugasan tersebut tetapi disebabkan demam panas, lelaki itu tidak membenarkan isterinya untuk melakukan kerja yang berat.

Air yang mengalir keluar dari paip itu disuanya dengan isi ayam yang baru sahaja di cuci oleh lelaki itu. Lengan baju kemeja yang panjang itu ditariknya ke atas. Tanpa merungut dia melakukannya.

Sebaik sahaja selesai mencuci ayam, kini kakinya diaturkan kearah peti sejuk yang ada di tepi pintu dapur. Pintu peti sejuk itu dibuka lalu tempat yang adanya sayur-sayuran di ambil. Terus sahaja dia mengambil daun sup lalu berjalan menuju ke sinki semula. Daun itu dicucinya terlebih dahulu.

Selepas 20 minit berlalu, akhirnya makanan yang dia sediakan untuk Leena telah pun siap. Sup ayam yang berada di dalam periuk diceduknya masuk ke dalam mangkuk kaca. Selepas itu, air masak yang ada di dalam penapis air itu ditekannya keluar.  Kedua-dua makanan itu diletakkan di atas dulang bersertakan ubat yang perlu diberikan kepada Leena.

Dia berjalan menuju ke arah ruang tamu. Dengan bibir yang tersenyum mekar dia mendulang makanan tersebut. Sampai sahaja di meja hadapan, dia terlihat akan Leena yang masih lagi terbaring di atas sofa. Terus dia meletakkan dulang itu di atas meja lalu badan Leena dikejutnya pula.

"Awak, makanan dah siap. Mari makan." Kejutnya perlahan. Leena yang mendengar akan suara suaminya itu terus membuka mata. Kepalanya ditolehkan ke arah lelaki itu, terus sahaja dia mengangguk lalu badannya yang tadi terbaring kini disandarkan ke arah sofa.

"Saya suapkan eh?" Soal Taehyung. Leena menggeleng lalu cuba untuk merampas mangkuk itu dari tangan suaminya. Tetapi malangnya nasib, mangkuk itu diangkatnya ke atas sehinggakan lengan Leena tidak sampai untuk mengambilnya.

"Biar saya buat sendiri... saya boleh pegang lah..." katanya perlahan. Kim Taehyung menggeleng lalu ukiran bibirnya mekar semula. Mangkuk itu dia jatuhkan ke bawah semula lalu sudu yang ada dikacaunya perlahan ke dalam.

"Tak boleh, benda ni panas nanti kalau jatuh awak pula yang luka." Bicaranya. Leena hanya menggeleng lalu tangannya masih lagi cuba merampas dari lelaki itu.

"Meh sini..." katanya. Kim Taehyung menggeleng lalu memandang Leena dengan wajah yang mula bertukar bengis. Bibirnya yang tadi tersenyum kini dicebikkan lalu matanya memandang tajam ke arah Leena.

"Saya kata biar saya buat, biar saya buatlah. Kenapa susah sangat nak faham? Ikut je lah, kang nanti jatuh apa semua awak juga yang sakit. Tak faham bahasa ke apa? Awak ni makin lama makin degil kan?"

Marah lelaki itu kepada Leena. Wanita itu yang mendengar hanya menundukkan kepala. Bukan selalu dia dimarahi oleh Taehyung di rumah melainkan sebab-sebab tertentu termasuklah apa yang sedang berlaku sekarang.

"Awak tu sakit jadi buat cara sakit boleh tak? Tak faham ke apa saya cakap. Susahlah cakap dengan awak ni. Dekat kelas kena marah, dekat rumah pun tak kan nak kena marah sama. Please lah, saya tak suka marah awak tau. Tapi tolong dengar apa yang saya cakap. Saya ni risaukan awak tapi awak janganlah jadi degil macam ni. Haish... tengok, ni saya tak suka ni. Tak payahlah menangis..."

Tanpa disangka, Kim Leena menangis dihadapan suaminya itu. Disebabkan diberi teguran dan kemarahan membuatkan dia menangis. Mana taknya, boleh dikatakan pedas juga kata-kata si suami.

"Awak, janganlah menangis. Awak dah lah demam lepastu menangis, nanti jadi lagi teruk." Ujarnya. Kim Leena yang sedang menundukkan kepala dengan air mata yang mengalir itu hanya mendengar. Selamat, kali ini tiada seduan dan esakan.

"Saya bukannya nak marah awak ke apa ke, tapi saya cakap macam ni sebab saya sayangkan awak. Saya tak suka tengok awak sakit tau, sebab tu saya buat macam ni. Awak fahamlah sama perasaan saya. Saya pun ada perasaan juga."

My Encik SmartProf. KTHWhere stories live. Discover now