Suasana pasar raya yang sedang huru hara itu langsung tidak menamatkan pertuturan mereka. Hati yang terluka memang susah untuk diubati.
Kim Leena yang berada dihadapannya dipandang dengan dahi yang berkerut. Tidak faham apa yang dibicarakan olehnya.
"Ap-apa yang awak cakapkan ni?" Soal Kim Taehyung dengan kelopak mata yang sedang bertakungan air. Kim Leena hanya tersenyum kecil lalu air matanya dilap dengan serta merta.
"Nothing. Just go, jangan kacau saya lagi. Thank you."
Ucapnya lalu memusingkan badan berjalan pergi semula meninggalkan kawasan itu. Kim Taehyung yang melihat isterinya itu masih lagi dalam keadaan kaku. Terus dia berjalan pantas mengejarnya yang pergi.
"Tapi awak nak pergi mana lepas ni Leena."
Soalnya sambil berjalan laju disebelah wanita itu. Kim Leena hanya mendiamkan diri lalu dia membiarkan lelaki itu tanpa menjawab. Perkara itu membuatkan air matanya jatuh semula.
"Leena, saya tanya awak ni! Awak nak pergi mana lepas ni?! Awak tak kesiankan saya ke Leena?!"
"Memang! Memang saya kesiankan awak sebab tu saya balik sini balik! Kalau ikutkan saya, memang saya nak duduk US sampai bila-bila! Tapi disebabkan hati saya paksa saya untuk balik, saya buat keputusan untuk tinggal sini balik! Puas?! Puas hati awak?!"
Jawabnya sambil memandang lelaki itu disebelah. Mula semua orang yang ada di dalam pasar raya itu memandang mereka berdua yang sedang sibuk bertengkar itu.
"Dah tu? Kenapa susah sangat nak jawab soalan saya? Saya cuma nak tahu lepasni awak nak pergi mana. Saya ada hak nak jaga awak. Saya suami awak, Leena."
"Cukup Taehyung." Katanya dengan suara yang mula perlahan. Wajahnya mula bertukar dengan dahi yang berkerut. Keluhan dan tangisan kecil dikeluarkan olehnya semula dengan kepala yang tertunduk ke bawah.
Kim Taehyung yang melihat hanya memandang tanpa mencelah. Biar wanita itu menghabiskan kata-katanya terlebih dahulu.
"Saya dah penat. Saya simpan perasan seorang diri dekat sana. Saya dah mula lupa pasal kita dulu tapi awak buat saya ingatkan balik. Saya tak larat nak hadap ni lagi. Pleaselah."
Tangisnya dengan seduan. Berpeluh wanita itu dibuatnya. Kim Taehyung yang melihat wanita itu dihadapannya mula dia ingin menangis bersama tetapi ditahannya.
Kim Yeonju dan Kim Eunha yang berada di belakang hanya memandang sahaja perbualan papa dan mama mereka. Tidak berani untuk mencelah.
"Taehyung. Awak just... go to your wife. Saya dah tak nak masuk campur dalam hidup awak. Saya dah tak mampu nak jaga benda ni. Saya lepaskan awak pergi dengan dia." Sambung Kim Leena dengan helaan nafas. Kim Taehyung yang mendengar mula kedutan di dahi terjadi.
"Hah? Wi-wife? Bila saya kahwin? I don't have any wife except you."
Jawabnya dengan wajah yang tertanya-tanya. Kim Leena yang mendengar mula dia memandang pelik semula. Terkedu dia disitu dengan kakuan. Wajah lelaki itu dipandangnya semula.
"A-aera? Bu-budak tu?" Tanya Kim Leena lalu memandang ke belakang lelaki itu. Kim Taehyung yang mendengar mula menggeleng.
"Tak. Saya tak ada hubungan apa-apa dengan dia. Saya dan dia cuma kawan, Leena. Tak lebih daripada tu. Saya tak boleh gantikan awak dengan dia. Saya lebih perlukan awak."
"Jadi, budak perempuan tu?" Soal Leena lagi lalu memandang Kim Taehyung dengan wajah yang hairan. Mula air matanya terhenti dengan serta merta. Kim Taehyung yang mendengar terus dia memandang Kim Leena dengan hati yang sedikit tenang. Terlihat akan wajah wanita itu kembali seperti biasa.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Encik SmartProf. KTH
Fiksi Penggemar"Nah SmartProf, saya dah siapkan assignment haritu." - Kim Leena "Siapa SmartProf? Saya ni suami awak tahu?" - Prof. Kim Start : 18/7/2018 End : (11/9/2018) Bersemut? Hahaha of course ada tapi tak adalah melebih. Sweet, sweet macam tu aje. Enjoy...