Bab 44

170 18 2
                                    

Wajah mereka saling memandang antara satu sama lain. Terkejut akan kehadiran wanita itu yang secara tiba-tiba.

"Aera? Ap-apa awak buat dekat sini?" soal Kim Taehyung hairan.

"Saya nak cakap dengan awak kejap boleh? Emmm, private." balasnya sambil memandang Park Jimin dari tepi. Lelaki itu yang mendengar terus memandang Taehyung kembali.

"Tae, aku pergi dulu. Nanti kita jumpa lagi eh?"

"Uncle teman Eun main dulu boleh? Kita main dekat sana. Janganlah balik lagi... Eun tak ada kawanlah..." Sambung Eunha perlahan sambil memandang Jimin. Lelaki itu memandang Taehyung kembali.

"Pergilah, aku bagi kau temankan dia." kata Kim Taehyung. Park Jimin yang tadi berhasrat ingin pergi kini ditariknya semula kata-kata itu. Angukkan dia berikan.

"Jom." jawabnya lalu menarik tangan Eunha disebelah. Kini hanya tinggal Aera dan Taehyung sahaja disitu.

"Duduklah." jawab si dia. Yoo Aera yang sedang berdiri itu hanya tersenyum kecil lalu duduk di sebelahnya.

"Ada apa awak nak jumpa saya?" dengan perasaan kekok dia menyoal. Aera hanya tersenyum lalu tapak tangannya digenggam bersama.

"Awak... Ada jumpa Leena?"

Terkedu lelaki itu dibuatnya. Mata si dia mula memandang untuk beberapa saat. Aera yang melihat mula mulutnya dikemamkan semula lalu matanya beralih kearah lain.

"Aaamm... Tak. Saya tak jumpa dia lagi." Balas Kim Taehyung dengan senyuman kecil. Walau bagaimana pun terjadi, si dia masih lagi tetap melekatkan ukiran di bibir.

"Contact?"

"Dah try, dia tukar nombor."

Lagi sekali dia menjawab dengan penuh tabah. Kini matanya beralih ke arah taman permainan itu semula. Helaan nafas dia hembuskan.

"Saya minta maaf, Taehyung. I'm not expect it will be like this." balasnya dengan rasa kesal. Kim Taehyung yang mendengar kini memandangnya semula. Terus kening si dia terjongket ke atas.

"Bukan salah awak pun. Salah saya sebenarnya sebab saya tak sepatutnya ada simpan perasaan suka dekat awak."

"Tapi kalau saya tak rasa benda yang sama, mesti semua ni tak jadi kan?"

Balas Yoo Aera dengan suara yang sedikit tegas. Kata-katanya membuatkan Kim Taehyung tercengang. Masih tidak faham.

"Hah? Apa yang awak maksudkan?"

"Saya suka awak, Taehyung."

Jawab wanita itu lagi. Taehyung yang dalam keadaan buntu itu memandang Aera dengan terkejut. Berkerut dahi si dia dibuatnya.

"Saya suka awak juga Taehyung. Tapi itu dulu. Lepas saya sedar yang saya suka dekat suami orang, saya dah stop perasaan tu. Saya tak nak jadi penghancur rumah tangga orang. Saya tak nak jadi manusia macam tu."

Balas Aera dengan gelengan berulang kali. Kim Taehyung hanya mendiamkan diri. Sedikit demi sedikit dia menelan air liur untuk menahan perasaan.

"Saya minta maaf Taehyung. Saya harap awak akan jumpa dengan Leena balik. Jangan risau, saya akan pindah ke UK semula. Awak teruskan usaha cari Leena."

"Pindah UK? Tapi untuk apa? Kenapa awak perlu pindah? Takkan disebabkan masalah family saya, awak pula yang kena tanggung?" resah lelaki itu menjawab. Mula matanya berkaca.

"Tak. Saya pindah sebab saya rasa dekat sana ialah tempat saya. Saya tak boleh duduk Korea. This place is not suitable for me anymore. Saya kena hidup dekat sana." katanya dengan senyuman.

My Encik SmartProf. KTHWhere stories live. Discover now