Seminggu berlalu, akhirnya semuanya berjalan dengan lancar. Kim Leena yang berada di Amerika mula selesa dengan tempat tinggalnya bersama Park Jaera.
"Leena, awak punya pelajaran dekat U macam mana bila awak tak ada ni? Awak stop dulu ke?" Soal Jaera sambil menghirup air teh panas yang berada di dalam cawan itu.
"Hmm...entahlah, Jaera. Mungkin stop dulu kot. Ahh, itu biarkan dia yang settle kan. Saya malaslah nak fikir pasal benda ni. Kalau boleh, saya memang tak nak ingat dah pasal semua benda yang berlaku sebelum ni. Saya nak mula hidup baru dekat sini." Senyumnya tanda suka. Jaera yang mendengar mula mengangguk.
"Jadi, awak nak duduk sini sampai bila-bila? Tak nak balik Korea dah?" Tanyanya lagi. Kim Leena yang mendengar mula menggeleng kepalanya lalu tertawa kecil.
"Hahah buka tu maksud saya, benda yang saya maksudkan, saya akan balik Korea bila semua benda dah okey. Sekarang ni saya tak nak ambil tahu pun pasal hal sana. Buat serabut kepala je."
Geleng Leena kemudian menongkatkan kepalanya di atas meja kaca itu. Rumah yang mempunyai pemandangan menghadap pantai itu membuatkan semuanya menjadi lega.
"Ouh, awak memang tak contact Taehyung ke?" Makin lama makin disoalnya dengan nada perlahan. Kim Leena yang mendengar terus mengerutkan dahinya lalu gelengan kepala dia berikan.
"Tapi kenapa? Tak kan awak marah lagi pasal benda yang dah berlaku?"
"Benda tu bukan kecil, Jaera. Dia libatkan perasaan saya, saya tak boleh hadap benda macam ni. Saya dah lalui banyak masalah dan sekarang, saya memang dah tak boleh nak control diri. Tunggulah nanti. Kalau semua okey, mungkin saya dah boleh hidup macam normal." Ujarnya dengan senyuman kecil.
"Tapi... kenapa awak pernah tanya pasal pekerjaan abang Jimin? Awak ada something ke nak buat bila dia datang sini esok? No, i meant minggu depan." Balasnya hairan. Kim Leena hanya mengangguk lalu mulutnya dikemamkan. Park Jaera yang ada dihadapan mula memandangnya dengan kening yang terangkat.
"Leena, awak okey ke?" Soalnya. Kim Leena yang mendengar mula mengangguk dan senyuman dia berikan.
"It's okay, everything gonna be alright." Ucapnya sambil menekan jari jemari yang ada. Park Jaera yang mendengar hanya mendiamkan diri. Tidak tahu apa untuk dikatakan.
****
Setelah habis di Amerika, sekarang di Korea pula. Kim Taehyung atau lebih dikenali sebagai Smartprof mula bekerja seperti biasa semula. Tidak mahu membawa hal keluarga masuk ke dalam hal pekerjaannya.
"Prof, macam mana markah untuk last project haritu? Prof dah semak ke?" Soal salah seorang pelajar kelasnya. Kim Taehyung yang sedang duduk di meja itu mula memandang lalu pen di tangannya dipusingkan.
"Ouh pasal tu... dah, nanti saya bagitahu kamu semua. Jangan risau, tak ada siapa pun yang pointer dia bawah daripada empat. Semuanya meningkat."
Katanya dengan senyuman lebar. Park Haesu atau lebih dikenali sebagai Haesu mula bersorak gembira. Tidak tahu bagaimana untuk menahan perasaan.
"Betul ni, Prof?!"
"Iye, takkan saya nak main-main pasal markah. Nanti saya bagi. Dah, ada apa-apa lagi nak tanya?"
Soalnya. Haesu yang mendengar hanya menggeleng lalu dia menundukkan badan untuk bergerak ke tempat duduknya. Kim Taehyung yang mempunyai masa terluang itu hanya duduk di meja tanpa membuat apa-apa. Semua pelajar sedang sibuk membincangkan tentang majlis yang akan mereka lakukan tidak lama lagi.
"Awak..." sebutnya perlahan apabila memandang pada tempat duduk wanita itu. Kosong dan tidak berpenghuni. Hanya helaan nafas dan senyuman palsu dia lontarkan.
YOU ARE READING
My Encik SmartProf. KTH
أدب الهواة"Nah SmartProf, saya dah siapkan assignment haritu." - Kim Leena "Siapa SmartProf? Saya ni suami awak tahu?" - Prof. Kim Start : 18/7/2018 End : (11/9/2018) Bersemut? Hahaha of course ada tapi tak adalah melebih. Sweet, sweet macam tu aje. Enjoy...