Seminggu berlalu, kini kata-kata lelaki itu hendaklah ditunaikan dengan segera. Kim Leena yang berada di rumah mula mengemas apa yang patut. Sudah lama dia berhenti melakukan kerja, kini ialah masanya untuk mengemas semula.
Sementara itu, Kim Taehyung pula menuju ke rumah seseorang yang berhampiran dengan universiti, dimana tempatnya bekerja. Kereta diparkir lalu dia menekan loceng rumah tersebut.
Ting! Tong!
"Ehh! Papa dah datang!" Jerit Eun yang berada di dalam. Dengan pantas dia berlari keluar pergi ke arah lelaki itu. Kini, mereka berdua terus memeluk antara satu sama lain.
"Eun! Eun rindu papa tak? Papa dah lama tak datang jenguk Eun. Sian Eun papa ni..." katanya lalu budak kecil itu didukungnya dengan muka yang masam. Si kecil itu mengangguk lalu dipeluknya tengkuk Kim Taehyung.
"Rindu. Papa, Mama Irene kata papa nak bawa Eun tinggal dengan papa betul ke?!" Soalnya dengan gembira. Lelaki itu terus mengangguk dengan senyuman. Rambut anak kecilnya itu dibelai dengan jari jemari.
"Haish, Eun! kenapa buka pint-"
"Eh, Taehyung. Dah sampai? Hahah cepat betul. Saya ingat siapalah yang datang tadi tekan loceng bagai." Kata Irene lalu dia melangkah kaki keluar. Lelaki itu hanya tersenyum sebagai tanda balasan awal.
"Haha saya datang ni pun kejap je. Baru balik dari U terus datang sini nak ambil Eun. Ah, barang-barang dia dah pack siap ke?" Tanya lelaki itu. Irene mengangguk sambil mencekak pinggangnya sebelah.
"Dah... dia ni ha, tak sabar-sabar nak tunggu awak ambil dia. Kejap, saya ambilkan. Lagipun saya pun nak keluar. Chanyeol ajak pergi fitting baju. Hehe."
"Ceh, mentang-mentang dah nak kahwin asyik senyum je memanjang awak ni. Okey, pergi ambil cepat. Hari ni last lah awak tengok muka manja si Eun ni." Balas Kim Taehyung semula. Wanita itu hanya tertawa lalu dia melangkah masuk ke dalam.
"Papa, nanti kita balik rumah kan?" Tanya Kim Eunha.
"Iyelah, kita nak duduk mana lagi. Nanti Eun boleh tengok mama. Eun tak pernah tengok mama kan?" Ujarnya lalu wajah anak kecil itu diusapnya dengan tapak tangan. Menggeleng budak itu dibuatnya.
"Apa nama mama? Eun tak sabar nak tengok mama." Jawabnya dengan senyuman lebar. Kim Taehyung yang mendengar hanya tersengih kecil.
"Hahaha, nama mama Eun, Leena. Eun behave tau nanti sebab Mama tak sihat sangat. Jangan nakal-nakal sebab nanti takut mama sakit. Ni papa nak pesan. Kalau mama nangis, Eun terus cium pipi mama tau. Lepastu Eun peluk dia kuat-kuat jangan bagi lepas."
"Oooo... tapi kalau mama menangis juga? Apa Eun nak buat?" Soalnya sambil menyilangkan tangan. Lelaki itu terus tertawa lalu hidung miliknya itu dilanggarkan bersama hidung anak lelakinya itu.
"Mama Eun tu kalau dah kena peluk nanti dia senyap. Kalau tak percaya nanti try lah. Kalau menjadi bagitahu papa, nanti papa belanja Eun Chicken Blackpaper Soup. Haha"
"Betul? Papa janji eh?" Tanya si dia sambil menunjukkan jari kelingkingnya. Kim Taehyung yang melihat hanya tersenyum lalu jari kelingkingnya diaambung bersama jari kelingking anak kecilnya itu.
"Ah, nah. Banyak juga baju dia ni. Hahaha." Ujar Irene lalu memberikan beg roda hitam kepada lelaki itu. Kim Taehyung yang melihat hanya membalasnya senyuman lalu beg itu diambil dari tarikan.
"Alaaaa lepasni mama tak boleh jumpa Eun lah... macam mana ni..." kata Irene dengan mulut yang dimuncungkan. Eunha yang berada di dalam dukungan Kim Taehyung mula ditundukkan ke sedikit bawah.
"Mama ni! Jangan cakap macam tu nanti Eun nangis!" Balas Kim Eunha lalu wajah wanita itu dipandangnya dengan wajah yang monyok. Kim Taehyung yang melihat mula sengihannya keluar.
YOU ARE READING
My Encik SmartProf. KTH
Fanfiction"Nah SmartProf, saya dah siapkan assignment haritu." - Kim Leena "Siapa SmartProf? Saya ni suami awak tahu?" - Prof. Kim Start : 18/7/2018 End : (11/9/2018) Bersemut? Hahaha of course ada tapi tak adalah melebih. Sweet, sweet macam tu aje. Enjoy...