Bab 37

157 16 0
                                    

Petangnya, mereka bersiap sedia untuk melakukan aktiviti seterusnya. Masih berbaki lagi beberapa jam untuk malam menjelma. Tidak mahu membuang masa untuk berehat sahaja di dalam bilik tanpa membuat sebarang kerja.

"Baiklah semua, kita akan pergi ke kolam renang untuk lakukan aktiviti dekat sana. Dengar eh, ini bukan aktiviti biasa, kita ada hadiah nak bagi dekat unit yang menang."

Kata lelaki itu sambil menaikkan keningnya ke atas dan ke bawah. Mereka yang sedang berkumpul di dalam satu kumpulan besar itu hanya mengangguk. Ada juga yang menyorak kegembiraan.

"Kamu semua dah bawa swimming suit?" Celah Prof Aera sambil mengukirkan senyuman di bibir.

"Dah, prof!" Kata mereka serentak. Kim Taehyung yang berada di sebelahnya hanya tersenyum lebar. Terus beg galasnya diambil lalu digalas pada bahu.

"Ok! Jom gerak!" Ujar si dia lalu topi hitam yang dipakainya dibetulkan sedikit di atas. Terus dia melangkahkan kaki berjalan keluar dari bangunan hotel tersebut sambil diikuti dengan pelajarnya yang lain.

Dua buah bas yang besar disediakan untuk mereka. Ia terbahagi kepada dua kumpulan dimana, unit A dan B bersama manakala unit C bersendirian. Bas yang terlekat akan simbol Unit itu dinaik oleh setiap ahli kumpulan.

"Jumpa dekat sana ya semua?" Kata lelaki itu sambil memandang mereka. Pelajarnya menganggukkan kepala lalu terus melangkahkan kaki untuk masuk ke dalam bas masing-masing.

Sebaik sahaja masuk, ruangan tempat duduk Kim Leena yang adanya Minho disebelah dipandangnya lama. Terus lelaki itu memandang Kim Taehyung semula.

"Ye? Prof nak apa?" Soal Minho dengan kening yang terangkat. Leena yang sedang menongkat dagu memandang tingkap itu sedikit pun tidak memandang mereka berdua. Termenung agaknya.

"Aaammm... boleh tak kalau saya nak duduk sini?" Tanyanya dengan mulut yang dikemamkan. Minho yang mendengar terus memandang Leena disebelah. Tergagap si dia untuk menjawab. Kini, wajah lelaki itu dipandangnya lagi. Anggukkan pantas dia berikan.

"Awak pergi duduk dengan Saebin eh?"

Kata Kim Taehyung dengan sengihan. Minho yang mendengar mula mengangguk lalu sengihan kecil dia berikan. Terus beg yang dipegangnya tadi diangkat lalu badannya bergenjak untuk bangun dari kerusi tersebut.

"Thanks Minho. Nanti saya belanja awak something." Kata lelaki itu lalu tempat duduk Minho digantikan olehnya. Minho yang mendengar mula tertawa kecil lalu dia berjalan ke hadapan.

"Hai." Sapa lelaki itu sambil memandang Leena disebelah. Tetapi seperti apa yang dikatakan, dia termenung tanpa menghiraukan sesiapa.

"Hai..."

Kata lelaki itu lagi dengan senyuman yang lebar sehingga ke telinga. Kim Leena yang tadi berada di dalam lamunan mula memandangnya disebelah. Terjongket dahi wanita itu dengan wajah yang terkejut.

"Aik? Macam mana awak boleh sesat datang sini? Ini tempat Minho kan?" Soalnya hairan. Kim Taehyung yang mendengar mula menggeleng. Tangannya diangkat lalu ditongkatkan di atas pemegang kerusi tengah bersertakan dagu diatas.

"Tak. Ini tempat saya. Saya minta tukar."

"Tapi untuk apa? Biarlah dia duduk sini, kitorang bff kot." Balasnya lagi dengan kening yang terjongket ke atas. Taehyung yang mendengar terus matanya dinaikkan ke atas. Meluat mungkin.

"Ada nampak macam saya kesah? Biarlah bff pun, saya just nak duduk dengan awak. Tak kan itu pun salah?"

"Salah lagi dipersalahkan. Sesuka hati je minta tukar sedangkan ada list yang susunkan nama kitorang. Argh, saya tak kira, suruh Minho duduk sini balik. Awak dipersilakan pergi."

My Encik SmartProf. KTHWhere stories live. Discover now