Bab 50

152 17 5
                                    

Kim Leena tersedar dari tidurnya. Terus dia melihat ke sekeliling tempat. Kosong. Mungkin mereka bertiga sudah pulang ke rumah. Oh ya, Taehyung perlu masuk ke tempat kerjanya pada hari ini.

Selepas mengemaskan diri, dia berjalan keluar dari rumah. Suasana siang itu tidak begitu digeruni olehnya kerana cahaya matahari terang menyinari bumi.

Dia turun lalu masuk ke dalam kereta yang dibelinya. Enjin dihidupkan lalu dia berjalan pergi. Walaupun dia terasa seperti ada seseorang mengikutinya, diri si dia masih lagi kuat untuk memberanikan diri.

Kring! Kring!

"Hello?"

"Leena, awak ada dekat rumah ke sekarang?"

"Eh tak lah. Saya tengah on the way nak pergi studio. Kenapa tanya?"

"Risau lah apa lagi. Nanti lepas habis kerja terus balik rumah saya. Jangan balik rumah awak. Bahaya."

"Dah tu baju saya nak ambil mana?"

"Mana lagi penting? Baju ke nyawa? Jangan risaulah, baju saya banyak. Awak pakai je yang mana muat. Ah, saya dah nak mula class. Drive safe. Kalau rasa macam something weird, call saya cepat-cepat."

"Iyelah iyelah. Hah, bye. Saya tengah drive ni."

"Hm."

Telefon pintarnya dimatikan lalu dia kembali fokus memandu. Walaupun sudah diberitahu oleh Kim Taehyung jikalau ada sesuatu pelik berlaku, dengan segera menelefonnya tetapi Kim Leena masih lagi berdegil. Terasa seperti orang mengikutinya itu hanya dibiarkan tanpa memberitahu lelaki itu.

🌸🌸🌸

Kim Leena berjalan turun dari kereta. Studio tempat bekerjanya itu berada di kawasan yang terperinci. Tidak begitu ramai orang yang lalu-lalang tetapi ia berhampiran dengan kedai-kedai runcit yang tidak begitu ramai orang.

Sewaktu ingin menaiki tangga untuk ke tingkat atas, dia terdengar akan bunyian tapak kasut yang lebih kuat di belakang. Mula jantungnya berombak dengan kuat. Langkahnya dihentikan dengan segera. Badannya dipusingkan ke belakang untuk melihat apa yang ada. Kosong.

"Siapa tu?" Soal Leena kepadanya tetapi tiada sahutan. Terus langkahnya diaturkan semula dengan lebih pantas. Kini, bunyian itu kembali mengikutnya. Pantas dia beralih ke belakang.

Gang!

Tersungkur Kim Leena di atas tangga tersebut. Matanya ditutup rapat dan fail-fail kerjanya berselerak di atas lantai. Dunia si dia menjadi sunyi dan sepi. Tidak tahu apa yang telah terjadi.

🌸🌸🌸

Kim Leena membuka matanya. Terasa badannya begitu sakit untuk digerakkan. Terus dia melihat ke sekeliling tempat. Baru sekarang dia perasan, dia terikat di dalam sebuah bilik yang kotor dan gelap. Sunyi tanpa ada suara.

"Ak-aku dekat mana ni."

Tanyanya sendiri lalu cuba untuk melepaskan diri. Lagi kuat dia ingin menggerakkan badan, lagi sakit dirinya terasa. Tiang besi yang tinggi lagikan besar itu telah dijadikan penghadang untuk Kim Leena diikatkan.

"Hah hah. Ap-apa jadi dekat aku. Mana semua orang!" Jerit dia dengan rasa yang takut. Rambut yang menutupi wajahnya membuatkan pemerhatian menjadi sedikit terhalang. Rimas.

"Ah, sakit." Ujarnya dengan kerutan di dahi. Sungguh kuat dan padat lilitan tali itu dihasilkan. Memang susah untuk digerakkan hanya dengan badan sendiri.

My Encik SmartProf. KTHWhere stories live. Discover now