Pagi yang cerah bersertakan matahari yang sedang terbit di langit membuatkan Kim Taehyung tersedar dari tidurnya. Jam telefon pintar miliknya yang ada di atas meja sebelah katil diambilnya lalu dihidupkan secara serta merta.
"Dah pukul 8 pagi..." katanya perlahan lalu meletakkan telefon pintar itu ke sebelah semula. Matanya terus dibuka luas lalu dia melihat ke bahagian tepi dirinya. Ternampak akan Leena yang masih lagi tidur sambil memeluk pinggang lelaki itu.
"Awak..." kejut Taehyung perlahan sambil mengusap rambut Leena perlahan-lahan ke belakang. Wajah Leena yang masih lagi dibuai mimpi itu disentuhnya.
"Awak, dah pagi... bangun..." kejut lelaki itu lagi. Kim Leena yang mendengar mula merengek kecil. Terus sahaja dia memusingkan badan ke arah lain tanpa membuka matanya. Kini, pelukan dari si suami dilepaskan olehnya.
Sebaik sahaja pinggang Kim Taehyung dilepaskan, lelaki itu terus bangun dan duduk di atas katil. Wajah Leena yang ada di sebelah disentuhnya. Dahi Leena diletaknya tapak tangan.
"Dah tak panas. Awak dah sihat ni..." katanya lagi. Leena mengangguk tanpa berkata. Kini, dia boleh terlihat bahawa adanya peluh yang sedang jatuh dari dahi isterinya itu.
"Bangun, dah pagi ni..." kejut lelaki itu lagi. Leena yang ada terus membuka matanya. Matanya terus digosokkan dengan jari-jemarinya sendiri.
"Dah pukul berapa?" Tanya Leena lalu memusingkan badan memandang lelaki itu. Kim Taehyung yang sedang bersila di atas katil itu hanya tersenyum.
"Dah pukul 8 lebih. Jom, pergi kelas?" Ajaknya. Kim Leena mengangguk lalu menyuakan tangan kepada si suami. Kim Taehyung hanya tersenyum kecil lalu menarik tangan isterinya itu untuk bangun. Kini, Leena turut duduk bersama di atas katil bersamanya.
"Awak dah memang betul sihat ke ni? Kalau tak lagi, saya tak izinkan awak pergi." Jawab lelaki itu. Leena yang sedang bersila kini terus melentokkan kepalanya di atas bahu kanan lelaki itu. Matanya yang tadi tercelik kini digosoknya untuk beberapa kali.
"Dah... saya dah rasa okey..." balas Leena. Kim Taehyung yang mendengar mula hatinya terasa seperti lega semula. Kini, wajahnya memandang Leena yang berada di sebelah.
"Dah, pergi mandi dulu." Kata si dia. Leena yang mendengar hanya mengangguk lalu kepalanya yang tadi dilentokkan kini ditegakkan semula. Kim Taehyung hanya memandang wanita itu.
"Awak ada mimpikan saya tak?" Soal lelaki itu. Leena yang mendengar terus memandangnya hairan. Wajah senyuman Kim Taehyung sedang bermain dihadapannya.
"Hmmm..." jawabnya acuh tak acuh. Taehyung yang mendengar terus tersenyum lebar. Terus sahaja kepala Leena diusapnya lembut.
"Awak mimpi saya jadi apa?" Tanyanya lagi. Leena tidak menjawab malahan mengangkat bahunya ke atas. Kini, katil yang tadi dia duduk sekarang dia bingkaskan kaki untuk berdiri.
"Awak, saya tanya ni." Panggil suaminya itu. Malas untuk menjawab, kain tuala diambil lalu pintu tandas dibuka untuk dirinya masuk ke dalam. Kim Taehyung yang berada di luar terus memuncungkan mulutnya.
****
"Baiklah semua, esok ketua dari setiap unit akan berangkat ke Paris bagi projek kita yang kedua ini. Saya harap, kamu semua dapat lakukan dengan baik."
Ucap Kim Taehyung kepada wakil-wakil pelajarnya itu. Mereka mengangguk dengan senyuman. Kini, wajah Leena yang ada di hujung dipandangnya pula.
"Leena." Panggil lelaki itu. Terus sahaja Leena memandang dia dengan kening yang terangkat. Kini, semua orang memandang dia sebagaimana lelaki itu memandang dia.
"Saya dah gantikan awak dengan Minho jadi awak tak perlu susahkan diri untuk pergi ke Paris." Ujarnya. Leena yang mendengar mula terbeliak besar matanya. Wajah lelaki itu dia pandang tanpa berkilas.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Encik SmartProf. KTH
Fanfiction"Nah SmartProf, saya dah siapkan assignment haritu." - Kim Leena "Siapa SmartProf? Saya ni suami awak tahu?" - Prof. Kim Start : 18/7/2018 End : (11/9/2018) Bersemut? Hahaha of course ada tapi tak adalah melebih. Sweet, sweet macam tu aje. Enjoy...