Bab 20

200 21 0
                                    

Hari yang indah lagikan aman membuatkan Kim Leena bersemangat untuk pergi ke universiti. Kelas yang besar itu dimasuki olehnya lalu dia berjalan naik ke tingkat atas dimana mejanya ditetapkan.

"Eh Leena, dah sihat ke?" Sapa seseorang dari sebelah. Wanita itu tersenyum dan mengangguk. Senyuman mekar dia berikan kepada Minho.

"Hai Leena." Sapa seorang lagi yang berjalan naik ke atas. Wanita itu mengangguk dengan senyuman.

"Hai." Katanya. Kini, semua orang berkumpul di dalam kelas. Seperti biasa, kelas akan dimulakan dengan jadual waktu pertama iaitu kelas kefotografian.

Sebaik sahaja semua orang masuk, Smarprof.Kim pula menjejakkan kakinya untuk masuk. Semua orang yang berada di dalam kelas mula terbeliak mata mereka dibuatnya temasuk juga Leena yang ada. Tergamam dia apabila melihat lelaki itu masuk bersama seorang budak kecil di sebelah.

"Selamat pagi kelas." Katanya lalu beg hitam yang dipegang diletak di atas meja. Semua orang yang ada terus berdiri lalu menjawab sapaan itu.

"Selamat pagi, smartprof." Kata mereka. Kim Taehyung tersenyum lalu dia mengangguk. Semua orang kembali duduk semula. Setelah duduk, kini kelas menjadi huru-hara untuk seketika. Bukan kerana apa, hanya disebabkan seorang budak kecil yang tidak pernah dilihat oleh mereka semua itu.

"Anak siapa tu?"

"Gila comel!"

"Adik sepupu prof kot..."

"Iye ke? Asal aku tengok macam muka dia je? Entah-entah..."

"Kau jangan banyak cakap, diam. Biar kita dengar apa benda yang prof nal cakap. Bising tak habis-habis."

Pelbagai suara dapat Kim Leena dengar. Mula hatinya berdebar-debar. Bukan apa, malu sahaja jika mereka semua dapat mengetahui kelas tersebut. Matanya memandang Kim Taehyung di bawah, lelaki itu hanya melihat ke arah buku yang baru sahaja dibuka olehnya. Si kecil itu pula sedang duduk di kerusi yang ada bersebelahan papanya.

"Dah kenapa dia bawa Eun datang sini... tadi kata nak hantar dia pergi rumah pengasuh... haish, kesian lah budak tu nanti." Rungutnya sambil menghentakkan tapak kaki perlahan berulang kali dibawah meja. Tanpa menunggu, telefonnya terus dihidupkan.

Prof.Kim💜

Awak! On on on on on!!!

Hah, ye apa?

Typing...

Terus sahaja Leena yang ada di atas dilihatnya sambil memegang telefon pintar di tangan. Kim Leena yang sedang menaip sesuatu dari dalam telefon itu sedikit pun tidak memandang ke bawah.

Kata nak hantar Eun pergi rumah
pengasuh! Ni dah kenapa bawak dia?

Tak boleh. Pengasuh tu x ada.
Ada hal maybe. Nantilah saya hantar.
Dah2, saya nak start class.

Eh, Awak! Awak! Jangan off! Ya tuhan.
Kim Taehyung!!!

"Kim Leena, awak ada masalah ke? Simpan phone tu sebelum saya rampas."

Tegur Kim Taehyung dari bawah. Kata-katanya membuatkan satu kelas memandang dia yang ada di hujung. Terkejut wanita itu apabila namanya dipetik secara tiba-tiba.

"Aa... ba-baik prof." Akurnya lalu telefon pintar disimpan ke dalam beg. Kim Taehyung terus menggeleng lalu dia berjalan ke hadapan meja.

My Encik SmartProf. KTHWhere stories live. Discover now