Bab 38

193 17 1
                                    

Setibanya mereka di Kolam renang yang terbesar di negara itu, dua biji bas yang disediakan untuk University Edward Science mula memarkir di tempat yang ada. Penumpang-penumpang yang berada di atas mula berjalan untuk turun dari bas tersebut.

"Baiklah, kita akan duduk dekat sini sampai pukul 6 petang. Bawa baju kamu semua siap-siap, nanti tak susah sangat bila nak salin." Ujarnya yang berada dihadapan bersama Yoo Aera.

"Ok, biar saya bagitahu kamu apa yang perlu kita lakukan dekat dalam. Nanti bila sampai dalam, kamu semua akan diagihkan mengikut unit masing-masing. Dekat dalam tu, kamu semua perlu selesaikan semua aktivit untuk collect markah. Bila dah kumpul semua markah, nanti saya dan prof Kim akan kira dan bagitahu siapa winner."

"Ehem, Smartprof. Bukan Prof Kim." Sampuk Kim Taehyung disebelah dengan sengihan. Kim Leena yang berada di dalam kumpulan pelajar dihadapannya hanya memandang lalu menjelingnya sekilas.

"Ouh okey. Saya maksudkan Smartprof." Sambung Aera. Pelajar yang ada mula memandangnya dengan tawaan kecil. Tidak pernah mereka lihat lelaki itu senyum mendalam dihadapan orang ramai.

"Baik prof!" Jawab mereka serentak.

"Okey, jom masuk!" Ajak lelaki itu dengan sengihan. Terus dia melangkah laju ke hadapan bersama Yoo Aera disebelah. Entah mengapa, hatinya girang secara tiba-tiba.

Setelah masuk, mereka semua berkumpul di hadapan kolam renang tersebut. Air yang berwarna biru langit itu memukaukan pemandangan mereka. Biasalah, kolam yang besar lagikan bersih, siapa yang tidak ingin merasa nikmat mandi didalamnya.

"Bentukkan kumpulan, saya nak bagi kad mesteri yang perlu kamu semua selesaikan dalam masa 60 saat." Kata lelaki itu sambil memegang kad berwarna-warni ditangan. Terus mereka masuk ke dalam kumpulan yang sedia ada.

Terbahagi kepada tiga kumpulan yang bersamaan kepada tiga unit iaitu A, B dan C. Setiap ketua yang ada mula berdiri di hadapan barisan. Kim Taehyung berjalan lalu memberikan kad tersebut kepada setiap ketua.

"Ah, sebelum tu. Kamu semua ada nampak kan atas air tu apa? Hati-hati nanti bila naik, nanti jatuh lemas susah pula. Dekat sini ada sesiapa ke yang tak pandai berenang?" Sergah Yoo Aera lalu memandang mereka semua. Mereka menggeleng kepadanya atas tanda tidak.

"Kalau macam tu senanglah. Saya tak pandai berenang jadi saya tak akan main dalam ni. Taehyung, awak pandai swimming kan haritu awak cakap?" Soalnya. Lelaki itu yang berdiri di hadapan Leena hanya mengangguk.

"Awak tolong kawal diorang eh? Kolam ni boleh tahan dalam juga, tak silap saya lima meter kot." Ujarnya. Mereka yang mendengar mula terbuntang luas mata. Luar dari fikiran mereka yang telah dijangkakan.

"Dalamnya." Kata Leena perlahan. Kim Taehyung yang ada dihadapannya mula memandang dia yang sedang terbeliak mata itu. Tawaan kecil dia berikan lalu hidung wanita itu dicuit.

"Jangan risau, saya ada."

Katanya. Kim Leena terus sahaja memandangnya tajam lalu jelingan dia berikan. Tunjuk yang dia sedang merajuk katakan.
Taehyung yang melihat akan jelingan itu hanya tersengih. Kini, kepala wanita itu pula ditepuk perlahan.

"Hati-hati." Katanya lalu memberikan kad itu kepada Leena. Wanita itu mengambil dengan gelengan menyampah. Terus dia berjalan lalu pergi ke barisan unit yang lain. Setelah habis, mereka mula membuka kad tersebut beramai-ramai.

"Weh, macam mana aku nak buat ni?" Soal Leena dengan cemas. Bukan apa, cabaran itu cukup pelik dan susah baginya. Minho yang menjadi ahli dan kawan baiknya itu terus mencelah lalu kad itu dibacanya.

Kad 3

Apakah benda yang ada helmet tetapi tiada tangan?

My Encik SmartProf. KTHWhere stories live. Discover now