Sambil memasak sambil itu juga dia memikirkan tentang Kim Leena. Entah kemana dia pergi sampai sekarang tidak pulang ke rumah. Terus sahaja kepalanya dipicit. Mana taknya, sudah penat dari pagi hingga ke petang dia mencari wanita itu tetapi malangnya tidak jumpa juga.
"Nak kata balik rumah mama, takkanlah... tapi kalau betul macam mana? Haish..." keluh si dia lalu makanan itu mula dihidangnya ke atas pinggan. Hanya nasi dan ikan goreng sahaja yang dimasak olehnya sewaktu itu.
"Eun! Datang dapur cepat! Makanan dah siap!"
"Baik, papa!" Jerit Kim Eunha kembali dari arah ruang tamu. Dengan pantas dia memasuki ruang dapur lalu kerusi makan ditarik oleh si kecil itu. Terangkat keningnya apabila melihat makanan yang terhidang.
"Ni je ke..." resahnya lalu bibirnya dimuncungkan ke hadapan. Papanya yang ada terus mencedukkan nasi masuk ke atas pinggan lalu ikan goreng itu diletaknya ke atas nasi bersertakan kicap manis.
"Kenapa tak makan?"
"Tak nak... Eun nak makan benda lain..." Mintanya lalu menyandarkan badan ke arah kerusi. Terus wajahnya menjadi monyok dengan gelengan.
Kim Taehyung yang melihat pula mula meraut wajahnya. Helaan nafas mula dikeluarkan dari mulut lalu kedua-dua belah tangan ditahan ke atas meja. Wajah Kim Eunha dipandangnya lama.
"Eun, papa tak ada mood nak masak harini. Eun boleh tolong papa sekali ni tak?"
Terus si kecil itu mengangguk dengan kerdipan berulang kali di mata. Lelaki itu tersenyum kecil lalu kepala Eunha diusapnya perlahan.
"Tolong makan apa yang ada. Papa penat, dari pagi tadi papa keluar. Papa pun tak makan lagi. Eun tolong papa eh?" Ujar papanya itu lalu senyuman lebar itu diberikan kepada Kim Eunha. Dengan terpaksa, si kecil itu hanya mengangguk. Terus nasi itu disuapnya ke dalam mulut.
"Good boy. Papa nak naik atas kejap sebab nak mandi. Dah berpeluh ni, nanti papa turun balik temankan Eun." Katanya lalu badan lelaki itu ditegakkan semula. Kim Eunha yang mendengar mula mengangguk.
"Okey papa. Call mama suruh mama balik cepat sikit." Tutur si kecil itu sambil menjamu makanan yang ada. Terdiam lelaki itu apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Eunha. Dia hanya mengangguk dan tersenyum kecil. Kini, langkahnya dilangkah ke tingkat atas.
****
Jam telah menunjukkan pukul 10 malam iaitu waktu untuk Kim Eunha masuk tidur. Selepas menidurkan si kecil itu, Kim Taehyung bergerak ke biliknya semula. Katil besar itu dijadikan tempat baringnya. Telefon pintar berwarna emas itu diambil lalu dihidupnya dengan kepala yang tersangkut ke atas bantal.
"Nak call ke tak nak? Tapi kalau aku call dia memang tak akan angkat punya... haish, Leena..." keluhnya sambil meletakkan sebelah tangan di kebelakang kepala. Kini, tangan kanannya mula sibuk akan telefon pintar itu.
Sweetheart 💓
OnlineDekat mana? Kenapa tak angkat call?
Asal dari semalam tak balik?
Pergi mana???Seen
Jangan baca je, jawablah.
Leena, balas lah!
Telefon pintar itu digenggamnya geram. Mana taknya, wanita itu hanya membaca tanpa menjawab sebarang soalan yang ada. Tanpa melayan, lelaki itu mula putus asa lalu telefon itu dimatikan."Dia ni kan. Mencari masalah betul... letih ah kalau dapat isteri macam ni. Kira dia je betul, semua aku yang salah. Arghhh!!!"
![](https://img.wattpad.com/cover/155592118-288-k490698.jpg)
YOU ARE READING
My Encik SmartProf. KTH
Fanfiction"Nah SmartProf, saya dah siapkan assignment haritu." - Kim Leena "Siapa SmartProf? Saya ni suami awak tahu?" - Prof. Kim Start : 18/7/2018 End : (11/9/2018) Bersemut? Hahaha of course ada tapi tak adalah melebih. Sweet, sweet macam tu aje. Enjoy...