Hari semakin hari, luka pada pinggang Kim Taehyung kembali pulih sehinggakan lelaki itu boleh bergerak. Dirinya yang dulu hanya terbaring kini boleh berjalan seperti biasa. Hanya menunggu masa untuk keluar dari hospital itu sahaja.
Telefon pintar yang ada di atas laci bersebalahan dengan katilnya diambil. Tidak tahu untuk membuat apa, telefon pintar itu dihidupkan lalu dia melihat ke arah skrin. Jari jemarinya mula bergesel di atas skrin tersebut.
Terlalu bosan berada di atas katil, lelaki itu mula menjejakkan kakinya ke atas lantai. Langkahnya mula bergerak ke arah tingkap yang ada di sebelah katil milik Kim Leena. Suasana petang diluar tingkap menggamit perhatiannya.
"Dah nak dekat dua minggu dekat sini tapi still tak boleh keluar. Bosannya... macam mana lah budak-budak tu dekat kelas. Haish..." gelengnya lalu telefon pintarnya itu diketuk perlahan ke atas tapak tangan dengan perlahan.
"Rindunya dekat Eun... dah dua minggu papa tak lawat Eun."
Kata si dia lalu keluhan kecil dikeluarkan. Kini, matanya mula memandang Leena. Senyuman kecil dia berikan."Awak pun, bila nak bangun... saya rindulah..." katanya perlahan. Kim Leena yang masih lagi menutupkan mata itu hanya bunyi denyutan nadi di mesin sahaja berbunyi.
Tiba-tiba...
Eikkk!
"Selamat petang, Encik Taehyung."
Sapa seorang jururawat yang bertugas di hospital tersebut. Kim Taehyung yang bersandar di tepi tingkap itu hanya tersenyum lalu membalas sapaannya semula.
"Selamat pagi." Kata si dia. Terus seorang jururawat itu datang lalu meletakkan beberapa biji ubat ke dalam pinggan kecil yang telah disediakan di atas meja.
"Makan ubat dulu ya encik?"
Lelaki itu mengangguk lalu berjalan menghampiri meja yang ada di hujung katil. Ubat diambil lalu ditelannya dengan pantas. Tanpa menunggu, dirinya itu mula didudukkan di birai katil. Keluhan berbunyi.
"Nurse, bila saya boleh keluar?" Tanyanya. Serta merta jururawat itu menepuk dahinya lalu wajah lelaki itu dipandang dengan riaksi yang terkejut. Kim Taehyung yang terdengar bunyi tamparan kecil itu terus memandang jururawat yang ada di sebelahnya.
"Aduh! Saya lupa nak bagitahu yang encik dah boleh discharge." Ceritanya. Kim Taehyung yang tadi bermasam muka kini terbeliak besar mata dibuatnya.
"Be-betul ke? Bila? Esok?" Soal si dia. Jururawat itu menggeleng lalu tawaan kecil dia berikan. Bekas-bekas ubat yang ada di atas meja lelaki itu mula dikemaskan.
"Harini pun boleh." Beritahu jururawat itu. Terus Kim Taehyung bangun dari birai lalu wajahnya bertukar menjadi ceria. Senyuman lebar dia berikan.
"Yes! Thanks nurse! Harini juga saya balik!" Sorak dia dengan gembiranya.
"Eh, tapi isteri encik macam mana? Tak kan nak tinggal dia seorang?" Tanya jururawat wanita itu. Kim Taehyung menggeleng lalu matanya memandang ke arah Leena. Senyuman manis dia lontarkan.
"Saya akan datang dan lawat dia hari-hari. Saya akan temankan dia. Cuma, saya nak start kerja semula dan ada sedikit hal yang perlu saya uruskan sebelum dia sedar." Kata lelaki itu. Jururawat wanita yang ada di hadapannya itu hanya mengangguk.
"Ouh, macam tu... tapi encik kena jaga diri tau. Jangan buat kerja berat nanti luka tu jadi teruk balik. Kang tak pasal-pasal saya kena berjaga malam ulang-alik bawa encik makanan dengan ubat." Sengih wanita itu dengan jahatnya. Saja untuk membuat lawak kepada lelaki itu.
"Hahaha okey, saya dengar tu." Ujar si dia lalu bibirnya mekar dengan senyuman semula.
****
YOU ARE READING
My Encik SmartProf. KTH
Fanfiction"Nah SmartProf, saya dah siapkan assignment haritu." - Kim Leena "Siapa SmartProf? Saya ni suami awak tahu?" - Prof. Kim Start : 18/7/2018 End : (11/9/2018) Bersemut? Hahaha of course ada tapi tak adalah melebih. Sweet, sweet macam tu aje. Enjoy...