Sudah hampir dua jam mereka berada di dalam pesawat itu. Masih berbaki lagi empat jam untuk mereka mendarat di United Kingdom. Kawasan langit yang gelap itu menandakan bahawa sudah malam mereka berada di atas. Kim Leena yang tadi tertidur kini kian terjaga apabila tengkuknya berasa loyar semula.
"Hmmmm..." rengeknya perlahan lalu dahinya diurut dengan tangannya sendiri. Terus sahaja matanya tercelik lalu dia memandang ke sekeliling tempat.
"Eh, cepat kau bangun?" Sampuk Sejeong yang berada di tepi tingkap itu. Leena yang mendengar sapaan itu terus memandangnya. Senyuman kecil dia berikan.
"Aku pening... maklumlah, aku ni tak boleh naik flight, bila naik memang jadi macam ni lah. Muntah tak tentu pasal." Balasnya sambil menongkatkan dahi ke atas pemegang tempat duduk itu. Sejeong yang mendengar hanya tertawa kecil lalu makanannya dijamah semula.
"Kau nak?" Soal wanita itu sambil menunjukkan nasi yang dibeli di atas pesawat tersebut. Kim Leena yang melihat hanya menggeleng lalu dia memandang ke dalam sekeliling pesawat itu.
"Aku nak pergi minta minyak angin dekat Taehyung kejap. Dah tak tahan sangat dah ni." Adunya sambil mengurut dahinya lagi. Sejeong yang mendengar hanya mengangguk lalu senyuman dia berikan. Terus Kim Leena yang tadi duduk kini bangun untuk berjalan pergi.
Sementara itu,
Minho yang berada sebaris tempat duduk dengan kedua-dua proffesor nya itu terus tersedar dari buaian mimpi. Sebaik sahaja dia membuka mata melihat mereka berdua disebelah, mula matanya terbeliak besar.
Terkejut lelaki itu dibuatnya apabila terlihat akan prof Aera sedang memeluk Prof Taehyung yang berada di sebelah sambil meletakkan kepalanya di dada lelaki itu. Prof Kim pula sedang memegang tangan wanita itu dengan buaian mimpi yang cukup lena.
"Uish, apa diorang ni." Katanya perlahan sehingga terkebil-kebil mata lelaki itu. Sejurus sahaja dia memandang ke belakang melihat Leena. Tetapi apakah daya, wanita itu sedang menuju ke arah barisan tempat duduk mereka bertiga.
Setibanya sampai, Kim Leena yang tadi tersenyum kecil kini wajahnya bertukar menjadi terkejut. Terus air liurnya ditelan lalu matanya dikerdipkan untuk beberapa kali. Terkedu wanita itu melihat situasi yang berlaku.
Minho yang berada di tepi terus memandangnya dengan riaksi terkejut. Terketar-ketar lelaki itu ingin berkata kepada kawannya, Leena.
"Aaa... k-kau nak apa datang sini?" Tanyanya dengan gagapan. Kim Leena yang mendengar tidak lekang matanya melihat Kim Taehyung dihujung. Dalam beberapa saat sahaja matanya terus beralih ke arah lelaki yang ada di hadapannya.
"Ak-aku nak ambil minyak angin." Jawabnya pula. Minho yang mendengar mula dia memandang ke arah mereka berdua di sebelah. Selepas itu, wajah Leena dipandangnya kembali.
"Ouh, mana? De-dekat mana minyak angin?" Soalnya kepada wanita itu. Kim Leena tersenyum lalu dia menunjukkan jari ke arah sebuah beg hitam kecil di tepi kaki suaminya. Minho yang melihat hanya mengangguk lalu dicapainya pantas beg tersebut. Setelah itu, terus sahaja beg hitam itu diberikan kepada Leena.
"Thank you. Nanti kata dekat dia yang saya ambil benda ni." Ucap wanita itu lalu senyuman kecil dia berikan. Secepat mungkin dia beredar dari barisan tersebut. Sebaik sahaja dia pergi, helaan nafas kuat dikeluarkan oleh Minho. Gementar lelaki itu dibuatnya.
"Aduh, mati aku. Yang prof pun satulah... aduh, Leena kesian dia. Aduh, apa aku nak jawab nanti. Aduh, kawan kesayangan aku tu. Aduh aduh aduh!" Katanya perlahan sambil menepuk dahi sendiri. Kim Taehyung yang masih lagi tidur itu sedikit pun tidak tahu apa yang telah terjadi.
Kim Leena terus sahaja berjalan lalu duduk di tempatnya semula. Sebaik sahaja dia duduk, matanya terus memandang ke hadapan tempat duduk sambil termenung. Di dalam fikirannya masih lagi menggambarkan situasi berikut. Pelbagai perasaan yang sedang bermain di dalam dirinya.
YOU ARE READING
My Encik SmartProf. KTH
Fanfiction"Nah SmartProf, saya dah siapkan assignment haritu." - Kim Leena "Siapa SmartProf? Saya ni suami awak tahu?" - Prof. Kim Start : 18/7/2018 End : (11/9/2018) Bersemut? Hahaha of course ada tapi tak adalah melebih. Sweet, sweet macam tu aje. Enjoy...