Bab 32

170 20 2
                                    

Enam jam berlalu akhirnya mereka tiba juga di lapangan terbang yang berada di United Kingdom. Cuaca yang ada di situ sangat tenang dan cantik apabila dipandang. Sesuai dengan aktiviti perjalanan mereka sepanjang berada di sana.

"Aish.. tingginya.." rungut wanita itu apabila tidak sampai mencapai beg galasnya yang berada di kotak atas. Sejeong yang tadi sudah dapat mencapai beg galasnya terus pergi lalu kawannya ditinggal begitu sahaja.

"Aduh, macam mana aku nak ambil ni."

Kata Leena lagi sambil menjengketkan kakinya. Tetapi nasib wanita itu malang apabila ketinggiannya tidak cukup untuk mencapai ketinggian kotak itu. Mula mata si dia memandang kiri dan kanan. Ramai orang yang sedang beratur untuk bergerak keluar dari pesawat itu setelah barangan mereka telah diambil.

"Sir, can you help me to take my bag?" 

Sapa Kim Leena apabila dirinya terselisih dengan seorang pramugara. Lelaki itu tersenyum lalu tapak tangannya ditunjukkan kepada wanita itu.

"Sorry miss, i have to do something right now. Please call someone else." Kata si dia lalu berjalan pergi. Kim Leena yang mendengar mula ternganga. Terkerdip-kerdip mata si dia apabila dijawab sebegitu.

"Haish.. ada juga manusia macam tu." Ujarnya sambil menggelengkan kepala. Kini, dia memandang ke arah hadapan pula. Cuba untuk meminta pertolongan dari orang lain.

"Prof." Panggilnya kepada Kim Taehyung yang berada di hadapan. Tetapi apakah daya, lelaki itu tidak mendengar panggilannya.

"Awak!" Panggil si dia lagi dengan lebih kuat. Masih lagi dalam keadaan yang sama, dia tidak menjawab. Mana taknya, lelaki itu sedang sibuk mengambil bag galas Yoo Aera diatas sehinggakan Kim Leena dibiarnya sahaja.

"Aduhh dia ni. Sejeong ni pun satu, kata kawan tapi dia boleh pergi macam tu je bila dah dapat bag. Menyesal aku bagi dia keluar dulu tadi." Keluh Leena lalu dia memandang ke arah sekeliling pesawat itu semula. Sekarang, wanita itu cuba untuk memanggil suaminya untuk kali yang ketiga.

"Taehyung!" Jeritnya dengan sedikit kuat. Tetapi lelaki itu terus mengaturkan kakinya untuk beratur keluar. Akhirnya, dia keluar juga dari pintu pesawat. Kini, tinggal Kim Leena dan beberapa orang penumpang lagi di atas.

"Ish, dia ni! Ada bini tapi buat macam tak ada bini! Ada student buat macam aku ni warga asing pula! Meluat aku." Mula angin Kim Leena naik dengan tinggi. Marah wanita itu dibuatnya.

"Emm, cik? Ada apa saya boleh tolong ke?" Sapa seseorang yang berada di belakangnya. Kim Leena yang mendengar mula memandang lelaki itu. Dia hanya tersenyum kecil lalu menganggukkan kepalanya.

"Bag saya ada dekat dalam tu. Saya tak sampai nak ambil bawa keluar." Ujar Kim Leena sambil menunjukkan jarinya ke atas. Lelaki itu yang melihat mula memandang ke dalam kotak tersebut. Dia mengangguk lalu mula mencapai beg yang ada.

"Ini ke?" Soalnya sambil menarik beg itu keluar sedikit. Kim Leena yang ternampak akan tali beg berwarna merah itu terus sahaja mengangguk. Akhirnya dia berjaya juga untuk mengambil beg tersebut dari atas.

"Thank you very much, encik..."

"Jimin. Panggil saya Jimin." Katanya lalu memberikan beg galas merah itu kepada Leena. Wanita itu yang mendengar terus menundukkan kepalanya lalu tersenyum dalam.

"Thank you, Jimin. Kalau tak ada awak mesti saya tak boleh keluar lagi dari flight ni. Thank you very much. By the way, nama saya Leena. Kim Leena." Ujar wanita itu sambil menyuakan tangan untuk bersalam. Jimin yang melihat akan tangan wanita itu terus mengangguk lalu salaman wanita itu dibalasnya.

"Park Jimin. Hah, jom keluar? Nanti diorang tutup pintu tak pasal-pasal kena kurung dalam ni." Bicara si dia sambil memandang wajah wanita itu. Leena yang mendengar mula tertawa kecil dan kemudian dia mengangguk. Terus beg merah itu digalasnya lalu mereka berjalan pergi.

My Encik SmartProf. KTHWhere stories live. Discover now