Keadaan dapur menjadi senyap untuk sementara waktu. Nasi yang ada di atas pinggan kini semakin berkurangan. Tetapi, ada satu sahaja perkara yang membuatkan Kim Leena tertanya-tanya.
"Yang awak tersengih-sengih tu dah kenapa? Sakit jiwa eh?" Katanya sambil menyuap nasi itu ke dalam mulut. Kim Taehyung yang mendengar tidak menjawab. Lelaki itu masih lagi tersenyum gedik.
"Buat tabiat." Sebutnya dengan suara yang perlahan. Kata-kata dia yang perlahan itu dapat didengari oleh Kim Taehyung. Sungguh kuat pendengarannya.
"Saya dengar." Petah si dia berkata.
"Dah tu? Memang betul kan yang awak tu buang tabiat. Tersengih tak henti-henti dah kenapa."
"Haish... senyum salah tak senyum salah. Apa yang betul sekarang ni bagi awak?" Soal Taehyung sambil memandang Leena dengan rengusan.
"Tak adalah, selalunya orang senyum ni mesti bersebab. Yang ni tak, awak senyum just in case dah kenapa? Peliklah, dia ni."
Gelengnya. Pertuturannya itu membuatkan Kim Taehyung memandang geram. Kini, jarinya mula dipetik berulang kali dengan mata yang tajam.
"Hello hello hello, respect sikit. Your hubby is here." Ujarnya lalu dia kembali tersengih. Leena yang mendengar mula menjeling malas. Keluhan terdengar dari mulut wanita itu.
"Geli dengar." Balas Kim Leena dengan gelengan. Kim Taehyung terus kembali bermasam muka. Kini, kepalanya tertunduk ke bawah. Sensitif katakan.
Wanita itu hanya membiarkan sahaja. Malas untuk memujuk suaminya yang berumur 24 tahun itu. Tanpa memandang lama, pinggan dan diri wanita itu dibangunkan. Dia berjalan ke sinki lalu pinggannya dibasuh dengan air yang mengalir keluar dari paip. Setelah habis membasuh, air yang berada di dalam jag dituangnya masuk ke dalam gelas. Sejurus itu diteguknya pula air yang ada.
Sedikit teguran pun dia tidak berkata kepada Kim Taehyung. Mengada sangat lelaki itu sehinggakan Leena sendiri malas untuk melayannya. Kini, dia berjalan ke ruang tamu. Ditinggalnya Kim Taehyung di dapur keseorangan.
"Hmmm..." katanya lalu sofa yang ada dilabuhnya untuk duduk. Remot tv diambil lalu dia menyandarkan badan ke arah sofa tersebut. Bantal petak berwarna merah yang memang dikhaskan untuk setiap sofa diletaknya kepala ke atas. Bantal yang dilapikkan kepala wanita itu diletaknya pula ke atas pemegang sofa yang cantik lagikan lembut itu.
"Cerita apa ni..." ujarnya sambil melihat ke arah kaca tv yang bercahaya itu. Suasana malam membuatkan ruang tamu menjadi gelap. Sudah seperti berada di dalam panggung wayang.
Selepas beberapa minit, mata Leena mula berasa letih dan akhirnya dia terlelap juga. Televisyen yang tadi dinyalakan hanya dibiarkan tanpa ditutup. Secara tidak sengaja dia terlena di atas pemegang sofa itu.
Kim Taehyung yang baru sahaja selesai menjamu makan malam itu terus berjalan memasuki ruang tamu. Kegelapan yang ada membuatkan lelaki itu hairan. Kini, matanya terus memandang di sebalik dinding. Terdapat cahaya nyalaan daripada tv yang masih belum dimatikan lagi.
"Apa tak tutup tv ni..." gelengnya lalu remot yang ada di atas karpet diambil. Terus butang 'off' ditekan. Sekarang, dia meletakkan remot itu ke atas kabinet tv pula. Badannya yang tadi menghadap dinding kini dipusingkan ke arah belakang menghadap isterinya itu. Terlihat akan Leena yang sedang tidur sambil ditahan dengan pemegang sofa.
"Haish Leena, kenapa awak tidur sini..." ujarnya lalu memandang wajah wanita itu. Kini, kepalanya yang tidak gatal itu digaru tanpa sebarang sebab. Terus dia duduk melutut di atas karpet sambil memandang dekat wajah si Leena. Hidung wanita itu dicuit berkali-kali.
"Mmmmm..." katanya perlahan sambil mengerutkan dahi. Mata wanita itu masih kekal tidak dibuka. Hanya rengekkan dari mulut sahaja yang keluar.
"Mmmm... apa ni, wak..." balas si dia untuk kali yang kedua. Kini, jari lelaki itu yang dari tadi mencuit serta merta ditolak ke tepi. Badan wanita itu yang tadi terduduk sekarang dibaringkan dengan sendirinya.
YOU ARE READING
My Encik SmartProf. KTH
Fiksi Penggemar"Nah SmartProf, saya dah siapkan assignment haritu." - Kim Leena "Siapa SmartProf? Saya ni suami awak tahu?" - Prof. Kim Start : 18/7/2018 End : (11/9/2018) Bersemut? Hahaha of course ada tapi tak adalah melebih. Sweet, sweet macam tu aje. Enjoy...