Hari demi hari menjelma, semuanya berubah kepada malam yang gelap. Kegembiraan bertukar kepada kesunyian. Hari yang ceria bertukar menjadi hari yang menyedihkan. Masa yang berlalu bersama kini mereka berjalan dengan bersendirian. Semua rahsia akan terbongkar.
Adakah Kim Leena dapat menerima semuanya dari lelaki itu. Adakah Kim Taehyung akan memberitahu wanita itu perkara sebenar? Bolehkah dia? Sanggupkah dia?
Semuanya akan terjawab tidak lama lagi dan, semuanya akan berakhir dalam sedikit masa yang akan datang. Inilah kisah, permulaan hari mereka.
***
Sudah seminggu pembedahan itu dijalankan dan syukur, semuanya berjalan dengan lancar. Kedua-duanya dapat diselamatkan. Akan tetapi, mereka masih lagi tidak menyedarkan diri.
Kim Taehyung dan Kim Leena ditempatkan di dalam bilik yang sama. Katil mereka bersebelahan antara satu sama lain. Tetapi malangnya, tiada seorang lagi yang boleh menyedarkan diri.
"Berapa lama lagi mereka akan koma, doc?"
Soal seorang daripada pegawai polis itu. Doktor yang ada di dalam bilik itu bersama dengan beberapa orang pegawai polis hanya menundukkan kepala. Tidak tahu untuk berkata.
"Maaf tuan, saya pun tak tahu berapa lama. Sepatutnya, Kim Taehyung boleh sedarkan diri dalam masa beberapa hari selepas pembedahan tapi kali ini, kesan yang terkena agak dalam jadi ia mengambil masa yang lama, mungkin."
Katanya. Tiga orang pegawai polis itu hanya menganggukkan kepala mereka. Bukan apa, mereka datang untuk menyiasat perkara yang telah berlaku sewaktu hari kejadian tersebut. Kes yang ada masih belum diselesaikan lagi.
"Aaaah..."
Adu seseorang lalu membuatkan mereka berempat menolehkan kepala kebelakang dengan serentak. Kini, mata mereka memandang akan Kim Taehyung yang sedang mengadu kesakitan di atas katil.
Lelaki yang memakai baju hospital kebungaan itu terus memegang pinggangnya yang telah dijahit oleh beberapa orang pakar bedah dari hospital yang dihuni olehnya itu. Mata si dia terus terbuka lalu dia melihat ke sekeliling tempat.
"Encik, encik dah sedar."
Kata doktor lelaki yang merawatnya itu. Wajah Kim Taehyung dilihatnya lalu dikeluarkan sebuah lampu suluh yang datangnya dari poket jaket putih yang tersarung dibadannya itu.
"Encik nampak dengan jelas tak?"
Soal doktor itu kepada si dia. Kim Taehyung yang masih lagi dalam keadaan separa menyedarkan diri itu terus memegang kepalanya. Terasa sakit sehingga berkerut dahi.
"Sa-saya dekat mana ni..." ujarnya perlahan.
"Encik dekat hospital." Jawab salah seorang dari pegawai polis itu. Kim Taehyung yang mendengar mula tercelik luas matanya. Tangan yang menyentuh kepala kini dijatuhkan. Mata si dia berliar ke seluruh tempat. Pinggangnya dipegang serta merta.
"Leena. Leena, mana dia?!"
Suara dia yang tadi sedikit perlahan kini dikuatkan. Hampir luruh jantung lelaki itu apabila susuk badan isterinya tidak dilihat. Hampir menangis lelaki itu dibuatnya.
"Sabar encik, isteri encik ada di sebelah. Wunho, ketepi sikit." Kata ketua dari pegawai polis itu sambil memandang lelaki itu. Park Wunho mengangguk lalu badannya dienjakkan ketepi sedikit.
Kim Taehyung yang terpandang akan sebuah katil disebelahnya itu mula terkejut. Matanya tidak berkelip sedikit pun. Badannya yang tadi terbaring kini cuba untuk bergerak.
"Leena. Aaah!"
Adunya lalu pinggang kirinya disentuh semula. Bunyi kepedihan dari mulut membuatkan si dia terbaring semula. Kini, matanya mula dipejamkan untuk seketika agar dapat menahan kesakitan.
![](https://img.wattpad.com/cover/155592118-288-k490698.jpg)
YOU ARE READING
My Encik SmartProf. KTH
Fanfiction"Nah SmartProf, saya dah siapkan assignment haritu." - Kim Leena "Siapa SmartProf? Saya ni suami awak tahu?" - Prof. Kim Start : 18/7/2018 End : (11/9/2018) Bersemut? Hahaha of course ada tapi tak adalah melebih. Sweet, sweet macam tu aje. Enjoy...