Bab 35

146 16 0
                                    

Sudah pukul 10 pagi, beberapa jam sudah berlalu meninggalkan Kim Leena yang sedang berada di atas katil tersebut. Menangis tidak henti-henti, itu sahajalah yang boleh dia lakukan.

"Hiks. Taehyung... hiks."

Panggilnya dengan tangisan. Entah mengapa, nama lelaki itu mesti akan dipanggil apabila dirinya berasa begitu sakit. Dia sahaja yang boleh menolong wanita itu walau bagaimana caranya sekali pun.

"Awak... saya sakit....hiks." adunya lagi sambil tangan kanannya menekan kuat di bahagian perut manakala tangan kirinya sedang berada di bawah kepala.

"Auu... sa-sakit. Someone... tolong saya..." ujarnya kuat dengan esakan. Berkali-kali dia meminta bantuan tetapi tiada siapa yang menyahutnya. Mana taknya, wanita itu sedang berada di dalam, memang susah untuk mendengarnya dari jauh.

Selepas beberapa saat sahaja, terus matanya tertutup rapat dengan tangan kanan yang melepaskan perutnya. Terhentilah tangisan wanita itu dengan deraian air mata.

****

Kim Taehyung yang berada di hadapan itu sedang mendaki sambil menjaga pelajar-pelajarnya yang ada di belakang. Selepas beberapa jam, akhirnya mereka sampai juga di puncak.

"Arghhh! Finally!!" Jeritnya dengan kegembiraan. Sudah berpeluh lelaki itu dengan air peluhnya. Air yang diisi penuh sebotol kini hanya tinggal setitis sahaja.

"Cantiknya view!" Jerit salah seorang pelajar lelaki itu yang sedang berdiri memandang dari atas. Kim Taehyung dan pelajarnya yang lain mendengar mula berjalan pergi ke arahnya. Terbuntang mata mereka apabila melihat.

"Cantiknya, prof! Tengok air terjun tu! Hutan-hutan tu, cantiknya. Perghhh! Berapa jam kita naik bukit ni prof?!"

Soal mereka. Kim Taehyung yang masih tercungap-cungap itu mula tersenyum lebar lalu jam di tangannya dilihat. Topi yang sedang dipakainya itu dibetulkan sedikit.

"Kita naik tadi pukul 9 pagi and sekarang dah pukul 2 petang. Ermm 5 jam jugalah. Jauh juga kan? Ini kalau Leena ada mesti dia dah seronok sangat ni." Ujarnya dengan senyuman kecil. Tiba-tiba sahaja wanita itu diingatinya.

"Hahaha itulah pasal. Dia suka sangatlah view macam ni." Balas Sejeong yang baru sahaja muncul. Kim Taehyung yang mendengar hanya mengangguk. Terus sahaja kamera dari dalam begnya dikeluarkan.

"Wow, prof bawa kamera." Kata Minho yang sedang berada di belakangnya. Kim Taehyung yang mendengar mula tersenyum kecil. Kamera itu diletaknya dekat di mata untuk mengambil gambar.

"Saya nak tunjuk dekat Leena." Katanya ringkas lalu pemandangan itu ditangkap menggunakan kamera yang dimiliki olehnya.

****

Semakin lama dirinya terasa semakin lega. Terus matanya dibuka perlahan untuk melihat ke sekeliling tempat. Sebaik sahaja dia membuka mata, secepat mungkin matanya memandang ke arah orang yang ada. Terkejut wanita itu dibuatnya.

"Eh puan, jangan bergerak. Puan tak elok lagi ni." Kata jururawat wanita yang berada di situ. Kim Leena yang masih lagi ada dalam keadaan separa terkejut itu mula memandangnya hairan. Bilik itu dipandangnya sekilas.

"Saya dekat hotel kan?" Tanyanya. Jururawat itu mengangguk lalu jarum yang panjang berisi dos itu diambilnya. Kim Leena yang melihat mula matanya terbuka luas. Terkedu si dia dibuatnya.

"Tahan ye puan?" Katanya lalu jarum itu didekatkan padan lengannya. Sebaik sahaja dia ingin menekan jarum itu, Leena yang tadi elok duduk kini mula menjerit dengan mata yang tertutup rapat.

"Aaaa! Jangan! Saya takut!"

Kata si dia lalu memandang jururawat itu dengan wajah yang ketakutan. Jururawat itu menggeleng lalu dia tertawa kecil. Tangan Kim Leena ditariknya hampir.

My Encik SmartProf. KTHWhere stories live. Discover now