Mereka berjalan dari lapangan terbang sehinggalah ke hotel yang akan mereka menginap. Nasib sahajalah, hotel mereka itu hanya bersebelahan dengan lapangan terbang tersebut. Jalan sahaja menggunakan kaki, dalam masa 5 minit sudah sampai.
"Ok, ini kunci bilik kamu semua. Satu bilik kongsi dua orang ok?" Ujar Kim Taehyung sambil mengagihkan kunci-kunci bilik yang ada.
"Baik, prof." Jawab mereka setelah mengambil kunci tersebut. Seketika itu, Kim Taehyung yang tadi mengagihkan kunci kini terus berdiri dengan tegak semula lalu memandang pelajar-pelajarnya.
"Malam ni kita rest, esok pagi pukul 6 tepat saya nak kamu semua kumpul dekat sini. Jangan lambat and jangan lupa bawa khemah. Nanti tak pasal-pasal tidur atas kayu je semua. Baju jangan bawa banyak sangat sebab kita nak naik atas bukit tu sehari je. Pergi and sampai mungkin dah nak dekat malam then, esok petangnya kita balik."
Ujar si dia sambil mengukirkan senyuman di bibir. Semua orang yang ada hanya mengangguk atas apa yang didengari.
Kini, Yoo Aera datang menghampiri lelaki itu. Terus dia membisikkan sesuatu ke arah telinganya. Kim Taehyung yang mendengar terus memandang Kim Leena yang ada di dalam kumpulan pelajar itu."Ouh... betul juga tu." Katanya kembali kepada Yoo Aera. Kini, semua pelajar memandangnya ingin tahu begitu juga Kim Leena di hadapan.
"Emm, siapa dekat sini ada lelah, asma dan semput sila angkat tangan." Bicara lelaki itu sambil memandang mereka semua. Mula Kim Leena mengangkat tangannya ke atas. Hanya dia seorang sahaja yang mengangkat di dalam kumpulan itu. Kini, semua orang memandangnya.
"Ok. Tak apa, kamu semua boleh masuk bilik sekarang." Ujarnya lalu dia memberikan senyuman kepada mereka. Kim Leena yang tadi ingin tahu mula memandang dia hairan.
"Prof, kenapa dengan orang yang ada asma, lelah dan semput?" Tanyanya dengan gusar. Lelaki itu yang mendengar terus memandangnya lalu dia menunjukkan tapak tangannya sendiri kepada wanita itu.
"Nanti saya bagitahu." Ujarnya lalu dia berjalan ke hadapan.
"Ehh jap!" Jerit Leena dari belakang dan membuatkan langkah
Kim Taehyung berhenti kembali. Matanya mula memandang Kim Leena."Saya bilik dengan Sejeong kan?" Soalnya lalu Sejeong di sebelah dilihatnya. Wanita itu mula memandang Leena dengan dahi yang berkerut. Gelengan dia berikan.
"Yang kau nak duduk sekali dengan aku kenapa? Pergilah duduk dengan prof. Aku duduk dengan Prof Aera." Balas Sejeong lalu dia berjalan meninggalkan wanita itu. Kim Leena yang mendengar terkebil-kebil matanya.
"Ah, yang awak duduk situ kenapa? Tak nak rest? Ok, kalau macam tu saya pergi dulu. Bye." Bicara Kim Taehyung lalu dia melangkahkan kaki semula. Leena yang mendengar mula matanya terbuntang luas.
"Hei! Tunggulah! Ya tuhan, lelaki siapa lah ni." Keluhnya lalu beg galas yang ada di atas kerusi digalasnya semula dengan cepat. Terus sahaja kakinya diaturkan laju mengejar lelaki iti dihadapan.
****
"Tak nak! Saya nak ikut juga!!"
Jerit wanita itu sambil menghentakkan kakinya ke atas lantai berulang kali. Dengan perangai yang menjadi seperti kanak-kanak itu membuatkan Kim Taehyung mengeluh tak tentu arah.
"Tak boleh. Awak tu semput, Leena. Nanti jadi apa-apa dekat sana susah. Doktor mananya ada dekat atas bukit, tak kan awak nak kena bergantung dekat saya je."
Ujar lelaki itu sambil menyilangkan tangannya memandang wanita itu yang sedang duduk di birai katil. Terus Kim Leena memandangnya tajam lalu gelengan dia berikan.
"Senang cerita awak cakaplah yang awak tak nak saya kacau Prof Aera dengan awak kan nanti? Awak nak duduk dengan dia tanpa saya kacau awak dengan dia kan? Betul kan?"
![](https://img.wattpad.com/cover/155592118-288-k490698.jpg)
YOU ARE READING
My Encik SmartProf. KTH
Fanfiction"Nah SmartProf, saya dah siapkan assignment haritu." - Kim Leena "Siapa SmartProf? Saya ni suami awak tahu?" - Prof. Kim Start : 18/7/2018 End : (11/9/2018) Bersemut? Hahaha of course ada tapi tak adalah melebih. Sweet, sweet macam tu aje. Enjoy...