Bab 34

145 16 4
                                    

Keadaan yang tadi huru-hara seketika kini menjadi tenang seperti biasa. Cadar yang sudah kotor itu dicuci olehnya sehingga bersih. Tidak sangka, begitu jadinya apabila tidak memikirkan akan hal yang akan berlaku.

"Duduk elok-elok jangan suka sangat berjalan keluar. Saya tak ada ni, kang nanti tak pasal-pasal hilang susah saya nak cari." Ujarnya sambil memandang wanita itu dihadapan. Memek muka monyok Kim Leena sudah menunjukkan betapa sedihnya wanita itu apabila tidak dapat ikut bersama.

"Saya nak ikut..." katanya sambil memandang anak mata lelaki itu. Kim Taehyung menggeleng lalu senyuman kecil dia berikan. Rambut Kim Leena diusapnya perlahan terlebih dahulu.

"Stay sini. Atas sana saya tak ada line tau. Kalau nak apa-apa suruh hotel punya orang datang tolong. Saya tak nak tengok awak jalan jauh-jauh."

"Awak ni... kenapa saya tak boleh ikut. Saya bukannya teruk mana pun semput tu. Bawa je lah ubat, apa susah..." mintanya sambil memegang lengan lelaki itu untuk memujuk. Kim Taehyung menggeleng lagi atas dasar tidak.

"No, tak boleh. Awak cuba dengar cakap saya pula kali ni. Atas tu tinggi, nanti saya kena jaga orang dari depan, susah pula nak tengok awak yang ada dekat belakang. Sekali hilang, siapa nak cari awak?"

"Awak kan ada? Please lah... saya nak ikut..." mintanya dengan rayuan sedih. Mula lelaki itu mengeluh tak tentu pasal. Wajah isterinya dipandang tajam.

"Awak faham tak awak ada penyakit apa sekarang ni? Faham kan? Semput. Orang semput tak boleh buat benda yang boleh memenatkan diorang. Sekali awak penat sampai tak cukup oksigen siapa nak tolong rawatkan?"

"Awaklah. Please... kali ni je... apa maknanya kalau datang UK tak panjat bukit Forest. Please lah, nanti kalau saya sakit dekat sini, bukannya ada orang boleh jaga saya pun... tak ada beza kalau saya ikut awak." Balas si dia dengan rengekkan kecil. Kim Taehyung yang mendengar hanya gelengan dia berikan.

"Leena. Please."

"Ishhh! Yelah yelah! Awak pergilah! Saya malas nak cakap dengan awak! Nasib tak payah datang kalau macam ni! Better duduk rumah main dengan Eun lagi bagus. Dah lah! Keluar."

Terus badan lelaki itu ditolak keluar dari bilik olehnya. Tidak semena-mena pintu bilik itu ditutup kuat sehinggakan membuatkan lelaki itu terkedu dihadapan.

"Awak, janganlah macam ni. Buka pintu ni cepat. Awak salam saya pun belum." Ujar Kim Taehyung sambil mengetuk pintu bilik itu. Kim Leena yang sedang merajuk itu sedikit pun dia tidak berkata apa.

"Leena. Bukalah... sekali saya tak balik sini apa awak nak buat? Nanti awak juga yang menyesal sampai kesudah sebab tak dapat tengok saya."

"Leena... bukalah. Saya nak kena pergi ni..." katanya lagi. Sedikit pun wanita itu tidak menjawabnya lalu dibiarkan sahaja. Mula lelaki itu memandang pintu bilik itu tajam. Gelengan dan jelingan dia beri.

"Fine, malas saya nak layan awak. Duduklah dalam tu merajuk sampai bila-bila. Saya malas nak pujuk." Balas si dia lalu mula ingin melangkah pergi. Sebaik sahaja dia ingin berjalan, tiba-tiba satu suara dari dalam bilik tersebut membuatkan langkah pertamanya terhenti.

"Awak..."

"Awak, to-tolong saya."

Suara Kim Leena yang tadi dengar dengan kuat kini semakin perlahan. Mula dahi lelaki itu berkerut seribu. Hadapan pintu itu mula dia berdiri semula.

"Leena? Awak okey ke tak tu? Buka pintu ni biar saya tengok kenapa." Katanya lalu tombol pintu itu cuba untuk dipulasnya kuat tetapi malangnya dikunci.

"Awak... sa-saya sakit."

"Hah?! Sakit?! Awak buka pintu ni cepat! Cuba buka sekarang!" Bicara si dia dengan sedikit kuat. Leena yang mendengar dari dalam mula dia membangunkan diri lalu dengan perlahan-lahan dia cuba untuk membuka pintu tersebut.

My Encik SmartProf. KTHWhere stories live. Discover now