Bab 11

251 28 0
                                    

Petangnya pula, mereka berdua bergerak pulang ke rumah. Memanglah, sehingga senja mereka meluangkan masa yang ada di taman itu. Dengan main belon buihnya, kejar sana sini seperti budak tadika, memang tidak menyedarkan mereka bahawa sudah lewat petang mereka di sana.

"Awak, kita singgah bank kejap eh? Saya nak check duit masuk ke belum." Ujar Kim Taehyung apabila memberhentikan keretanya sewaktu di traffic light berwarna merah. Wajah Leena yang tadi berkerut itu dilihatnya sekilas.

"Awak?" Panggilnya lagi sambil menepuk bahu Leena. Terus wanita itu terjaga dari lamunannya. Kini, wajah lelaki itu dipandangnya pula.

"Kenapa ni? Awak okey ke tak? Kenapa muka nampak macam stress je ni?" Soal lelaki itu lalu dahi wanita itu disentuhnya. Leena menggeleng kemudian wajah suaminya itu dilihat lama.

"T-tak payahlah pergi bank. Nanti-nanti je lah awak pergi. Kita balik rumah terus. Please." Rayunya sehingga tangan lelaki itu digenggam. Kim Taehyung yang melihat sendiri isterinya itu mula tertawa kecil.

"Hei, ini kenapa sampai teruk macam ni? Hahah. awak, bank depan tu je. Satu jalan untuk balik rumah. Ala, kejap je saya berhenti nanti kita balik lah." Jawabnya kemudian kepala wanita itu diusap seketika. Setibanya lampu hijau, terus lelaki itu memandu keretanya pula.

"Tapi-"

"Haish awak, kejap je saya turun." Celah Kim Taehyung dengan gelengan. Kim Leena mula menelan air liurnya. Jantungnya berdegup laju sehingga membuatkan hati wanita itu tidak tenang. Seakan-akan ada perkara buruk yang akan berlaku.

Setibanya sampai di hadapan bank, terus sahaja kereta itu dihentikan dengan segera. Tali pinggang dibuka lalu beg dompetnya yang ada di tengah itu dicapainya.

"Awak, nak ikut." Belum sempat lelaki itu membuka pintu, tangannya terus disambar laju oleh Leena. Terangkat kening lelaki itu dibuatnya.

"Buat apa? Sekejap je saya masuk. Stay dalam kereta je lah." Katanya lalu tangan Leena ditolak jatuh. Kim Leena menggeleng sambil membuat wajah yang mula sebak.

"Saya nak ikut. Saya tak nak stay." Katanya lagi. Bebola matanya mula berair menandakan hati wanita itu tidak dalam keadaan yang tenang.

"Hei, ni dah kenapa sampai nak menangis? Saya pergi depan tu je. Nampak? Depan awak ni je. Yang awak nak menangis macam saya tak balik rumah kenapa?"

"Please, awak... jom balik." Ajaknya lagi. Lelaki itu menggeleng lalu wajah Leena diusapnya. Senyuman kecil dia berikan.

"Kejap je. Stay dalam kereta okey? Saya tak akan apa-apa. Janhan risau." Ujar si dia lalu pintu kereta terus dibuka lalu ditutupnya. Lelaki itu keluar bersendirian tanpa diikuti oleh isterinya.

Kim Leena yang berada di dalam kereta itu tidak sekelip pun melepas pandangan terhadap suaminya. Terasa takut datang secara tiba-tiba sahaja.

Selepas beberapa minit di dalam bank, akhirnya lelaki itu keluar juga. Kim Taehyung melihat ke arah dalam kereta. Terlihat akan isterinya masih lagi memerhatikan dirinya itu.

"Comel." Kata Kim Taehyung perlahan dengan sengihan lalu dia memandang Leena yang berada di dalam.

Sementara itu, Kim Leena yang berada di dalam kereta mula tersenyum kecil apabila terperasan akan suaminya itu telah pun keluar dari pintu bank. Ternampak akan si lelaki itu sedang tersenyum melihatnya.

Tetapi, senyuman wanita itu hilang dalam sekelip mata apabila dia terlihat akan sesuatu pelik yang berlaku. Tergamam dia dibuatnya. Terus sahaja pintu kereta dibuka laju lalu dia berlari keluar.

"Awak! Kim Taehyung!!"

Jerit Leena apabila terlihat akan suaminya dipukul oleh dua orang perompak yang memakai topeng berwarna hitam. Sebaik sahaja dia sampai berhampiran dengan suaminya itu, terus sahaja badannya ditangkap oleh salah seorang perompak.

My Encik SmartProf. KTHWhere stories live. Discover now