Bab 30

165 18 0
                                        

Seminggu telah berlalu selepas semua perkara berlaku. Syukur, lelaki itu dapat memujuk isterinya semula. Jika tidak, habis semuanya musnah semula.

"Awak, mana diorang ni?" Soal Leena kepada lelaki itu. Dengan menggalas bagpack berwarna merah di belakang dia bertanyakan hal tersebut. Kim Taehyung yang mendengar terus sahaja memandang ke arah jam tangannya. Keluhan dia berikan.

"Haish... entahlah, jap saya cuba call diorang." Ujarnya. Kim Leena mengangguk lalu dia melabuhkan diri di atas kerusi dahulu. Matanya pula sedang meliar ke sekeliling tempat.

"Hello, mana kamu semua?"

"Ouh okay, saya tunggu dekat dekat atas."

Telefon pintar miliknya terus dimatikan lalu terus dia berjalan ke arah Kim Leena sambil menggalas begpack berwarna biru. Kim Leena hanya memandangnya sahaja tanpa berkata.

"Diorang dah nak sampai. Jom kita tunggu dekat atas. Nanti bila dah sampai terus check in." Katanya lalu telefon itu diletakkan ke dalam poket. Kim Leena mengangguk dan berdiri lalu berjalan di sebelahnya.

Selepas beberapa minit berlalu, akhirnya semua orang berkumpul di satu kawasan yang luas. Tiket penerbangan telah pun disediakan oleh Kim Taehyung.

"Baik semua, ini tiket kamu. Jaga baik-baik nanti hilang susah pula." Ujarnya lalu menyuakan setiap tiket yang bernama itu kepada tuannya. Mereka mengambil dengan senyuman lalu mengagihkan kepada setiap orang.

"Aera, ni awak punya." Tutur Kim Taehyung lalu memberikan tiket penerbangan itu kepada Yoo Aera yang berada di sebelahnya. Wanita itu mengangguk tetapi dalam masa yang sama dahinya berkerut.

Kim Leena yang memandang hanya melihatnya tanpa berkata apa. Tiket penerbangan di tangannya dipandang lalu nombor tempat duduknya dilihat.

"Weh Leena, kau dapat seat mana? Zon apa?" Sapa Sejeong lalu berdiri disebelah wanita itu. Terus Kim Leena tersenyum lalu dia menunjukkan tiket itu kepada Sejeong, kawannya.

"Uish! Sebelah aku! Yey, finally dapat juga aku duduk sebelah kau." Badan Kim Leena dipeluknya dari tepi dengan kuat. Wanita itu hanya tertawa lalu dia mengangguk.

"Eleh kau, macam tak pernah jumpa aku dalam class je."

"Haha itu lainlah, dalam kelas kau duduk jauh sikit dari aku. Ini dalam flight dapat seat sebelah aku, memang aku happy lah. Hahaha." Katanya sambil memegang tali begnya. Kim Leena yang mendengar hanya mengangguk.

"Hai korang." Sapa Minho dari tepi. Terus mereka berdua memandangnya.

"Hai, weh kau dapat seat mana?" Soal Sejeong kepadanya. Leena yang berada bersama hanya memandang sahaja. Lelaki itu tersenyum lalu tiket itu dilihatnya lama.

"Emmm seat 17, zon A. Korang?" Tanyanya.

"Kitorang sama. Hahah, weh aku tak sabar nak pergi UK! Hiking Forest Hill wehh!! Tak sabar ah kita nak buat khemah dekat sana." Jerit Sejeong dengan gembira.

"Hahah khemah-khemah juga, ni aku nak tanya. Kau bawa ke khemah tu?" Soal Leena sambil menyilangkan tangannya. Sejeong yang mendengar terus menyelakkan rambutnya kebelekang bersertakan memek muka yang diva.

"Of course, bab-bab travel ni aku dah prepare lama dah. Hahaha." Ujarnya sambil tertawa. Minho yang mendengar hanya tersenyum tetapi senyumannya hilang apabila dia ternampak akan sesuatu.

"Leena." Panggilnya. Kim Leena mengangguk lalu wajah lelaki itu dilihatnya dengan kening yang terangkat. Terus sahaja Minho memuncungkan mulutnya ke arah seseorang. Kim Leena yang melihat akan muncungan itu terus memandang ke arah tersebut.

My Encik SmartProf. KTHTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang