Bab 4

404 48 0
                                    

Kim Taehyung mendukung Leena sehinggalah sampai ke arah tempat memarkir kereta. Boleh dikatakan 90% juga tadi orang melihat mereka berdua dari dalam universiti itu sehinggalah ke tempat memarkir kereta. Pelbagai kata-kata orang dapat mereka dengar.

Jika malu, semestinya ya. Pasangan suami isteri yang mana tidak malu jika orang ramai melihat mereka berbuat sedemikian. Tetapi mahu buat bagaimana, memang tugas seorang suami untuk menjaga isterinya dengan baik jika sakit mahupun sihat. Tanggungjawab seorang suami memang begitu besar.

Setibanya di hadapan kereta hitam milik Kim Taehyung, pintu utama sebelah kiri dibuka olehnya untuk meletakkan Leena di atas kerusi yang ada. Dengan hati-hati dia meletak wanita itu. Bukan apa, takut tercedera sahaja.

"Awak, kerja awak macam mana."

Kata Leena dengan mata yang tertutup bersertakan suara yang perlahan. Kim Taehyung yang sedang membetulkan baju dan kain isterinya itu hanya tersenyum kecil sahaja.

Badannya yang tadi berdiri di luar kereta kini dibongkokkan ke dalam kereta lalu tali pinggang keledar yang ada di sebelah isterinya itu ditarik. Dengan serta merta tali pinggang itu diselitkan menyeberangi badan Leena lalu dimasukkan ke dalam tempatnya.

"Kerja saya tak penting, kesihatan awak lagi penting."

Jawab lelaki itu sebelum menegakkan badannya semula. Belum sempat dia menegakkan badan, rambut Leena yang sedikit kusut di bahagian kepala dikemaskan olehnya semula.

Tidak tahu mengapa, lelaki itu sering tersenyum apabila memandang wajah isterinya. Walaupun boleh dikatakan setiap hari dimarahi di dalam kelas tetapi perasaan kasihan itu masih lagi ada di dalam hatinya.

"Duduk diam-diam, saya bawa awak pergi klinik kita check then saya hantar awak balik rumah."

Bicara lelaki itu. Leena tidak menjawab tetapi dia hanya menganggukkan kepala. Terus sahaja dia berjalan ke sebelah, lalu pintu utama belah kanan dibukanya. Badan lelaki itu secara serta merta masuk ke dalam lalu stereng hitam dihadapan di pegangnya.

****

Leena dan Taehyung keluar dari pintu gelongor yang ada di klinik tersebut. Dengan perlahan-lahan mereka berjalan keluar. Beg plastik yang adanya ubat di dalam di pegang oleh suaminya, Kim Taehyung. Seperti biasa, badan Leena akan dipapah olehnya.

****

Setibanya mereka di dalam rumah, Taehyung terus membawa Leena untuk naik ke tingkat atas dimana bilik mereka berdua berada. Pintu bilik itu dibuka lalu kaki mereka bersama-sama diaturkan ke dalam.

Katil bersaiz King itu dituju oleh mereka. Setelah sampai, lelaki itu terus membaringkan badan Leena di atas katil. Sejak dari klinik sehinggalah sampai ke rumah, sedikit pun wanita itu tidak mengeluarkan kata-kata.

"Awak, saya ambil air lepastu awak makan ubat tau. Saya buatkan kanji ayam untuk awak nak?" Soal Taehyung.

Leena yang sedang terlantar di atas katil terus sahaja menggelengkan kepalanya. Jika demam, semua makanan mesti menjadi pahit dan tawar. Disebabkan itu, Leena menolak perlawaan si dia.

"Kalau awak tak makan nanti awak tak ada tenaga. Saya buatkan awak kanji tu eh?" Ujar lelaki itu.

Leena hanya menggeleng tidak mahu. Kim Taehyung yang sedang duduk di birai katil itu mula menghelakan nafasnya. Kini, wajah Leena dia pandang dengan lama.

Sedikit demi sedikit ukiran dibibirnya mekar apabila melihat wajah wanita itu. Pipi Leena disentuhnya perlahan dengan senyuman. Dengan belaian dia mengusap wajah Leena. Rambut wanita itu yang berada di bahagian dahi ditolaknya ke belakang.

My Encik SmartProf. KTHWhere stories live. Discover now