Bab 10

272 29 0
                                    

Pada petangnya, Kim Taehyung membawa Leena masuk ke dalam bilik untuk berehat. Iyalah, baru sahaja pulang dari hospital. Lagipun, lelaki itu sudah memberi amaran kepada wanita itu agar tidak berjalan ke merata tempat.

Sebaik sahaja Leena telah melelapkan mata, lelaki itu terus berjalan keluar dari bilik. Dirinya yang berdiri di hadapan pintu itu mula termenung seketika. Fikirannya menjadi tidak tentu hala.

Selepas beberapa minit, kakinya diaturkan pergi ke arah sebuah bilik yang kosong. Bilik itu masih lagi tidak dihuni oleh sesiapa. Walau bagaimana sekali pun, Kim Leena tahu bahawa adanya bilik tersebut, cuma diri wanita itu sahaja jarang masuk ke sana.

Lelaki itu masuk ke dalam lalu pintu bilik itu dikuncinya serta merta. Kini, dia bersendirian menahan perasaan. Air matanya jatuh berderai turun dari mata.

****

Lima hari berlalu sejak Leena pulang dari hospital. Hari ini ialah hari Ahad jadi, ia adalah hari untuk mereka berehat di rumah. Cuti katakan.

Kim Leena sedang menonton televisyen di ruang tamu manakala Kim Taehyung seperti biasa, menyemak kerja projek yang dibuat oleh pelajar-pelajar kelasnya termasuklah Kim Leena sendiri.

"Haish, tak siap." rungut lelaki itu sambil memicit dahinya. Dia sendiri sudah penat akan tingkah laku pelajar kelas kefotografiannya itu. Kini, sehelai demi sehelai kertas itu diselak.

"Unit mana lah ni..." soalnya sendiri lalu fail itu ditutup untuk melihat akan nama Unit yang tertera di kulit keras itu. Terangkat keningnya ke atas.

"Leena punya group ni. Haih..." hela lelaki itu dengan gelengan di kepala. Pen yang dipegangnya tadi diketuk ke atas meja berulang kali. Kini, matanya memandang ke arah pintu bilik.
Tanpa bergerak turun ke tingkat bawah, nama isterinya itu dipanggil dari atas.

"Leena!" Panggilnya.

"Apa!" Jawab Leena yang berada di bawah.

"Naik kejap! Saya ada benda nak tanya!" Katanya dengan suara yang kuat. Iyalah, tak kan mahu bisik pula, memang nampaknya sampai ke esok wanita itu tidak mendengar akan panggilan itu.

Selepas beberapa saat, akhirnya Kim Leena sampai ke tingkat atas. Kakinya diaturkan masuk ke dalam bilik untuk melihat lelaki itu.

"Nak apa?" Tanya Leena lalu barang yang ada di atas meja kerja lelaki itu dipandangnya. Mula berdebar hati wanita itu melihat markah-markah yang ada tertulis di atas setiap kertas.

'Gulp'

Air liur ditelan, matanya masih leka memandang ke atas meja tersebut. Kini, Kim Taehyung memandangnya dengan sengihan jahat.

"Apa? Takut tengok markah group sendiri?" Katanya dengan sengaja. Leena yang mendengar terus mengalihkan pandangan ke arah lelaki itu. Hampir tercabut jantung dia dibuatnya.

"I-itu markah ke? Aaa...p-pasal yang tak siap tu.... Aaa...Aaa...."
Mati kata-kata dia dibuatnya. Sudah tiada alasan untuk diberikan. Matanya mula berliar-liar mengelilingi bilik. Habislah!

"Apa aaa..aaa? Ini saya nak tanya kenapa kerja projek kumpulan awak tak siap? Awak sebagai ketua sepatutnya kena pastikan semua benda kemas dan siap. Ini tidak, kosong je bahagian akhir."

Geleng lelaki itu dengan helaan kecil. Terus fail dari Unit A itu ditutupnya. Sekarang, wanita itu sendiri perlu menghadap pensyarahnya keseorangan.

"Mmmmm... ma-macam ni... actually ki-kitorang... kitorang... aaaa... apa eh? Emmmm jap jap saya lupa apa nak cakap. Aaaa...ki-kitorang..."

"Kitorang kitorang, kitorang apa? Awak nak cakap yang tak cukup masa lagi? Hei, Minho dah pergi sampai balik dari Paris dah pun. Dia pergi sana dua hari je, takkan lagi tiga hari tak boleh siapkan? Saya rasa kerja yang saya bagi tak banyak mana pun."

My Encik SmartProf. KTHWhere stories live. Discover now