Bab 39

163 15 0
                                    

Dalam perjalanan kaki pulang ke hotel, Kim Leena masih lagi sempat menghidupkan telefon pintarnya. Berkali-kali dia mendapat panggilan dari orang yang sama tetapi ditolaknya panggilan tersebut.

Laman web yang menunjukkan tentang tiket penerbangan ke Korea di buka lalu ditempahnya menggunakan duit sendiri. Tidak kisah apa yang berlaku asalkan dia dapat pulang ke negara tersebut secepat mungkin.

"Bagus, flight pukul 6 petang."

Katanya dengan perasaan yang sedih bercampur marah. Digenggamnya telefon itu ditangan. Walau banyak mana sekalipun air mata yang mengalir, tiada apa yang boleh ubah apa yang telah berlaku.

Sesudahnya sampai ke hotel yang boleh dikatakan mengambil masa yang lama apabila berjalan itu, dia terus masuk ke dalam lalu pakaiannya dikemas. Beg merah diambil lalu bajunya yang basah itu ditukar secepat mungkin. Setelah siap, terus dia melangkah laju meninggalkan bilik tersebut.

Sewaktu berjalan, dia ternampak akan Kim Taehyung berjalan laju ke bangunan tersebut. Terus dia melarikan diri agar lelaki itu tidak dapat melihatnya. Tidak mahu untuk bersua muka, semuanya telah sampai dipenghujungnya.

*****

Kim Leena sampai di lapangan terbang yang terletak di negara tersebut. Fikirannya menjadi buntu dengan lama. Tidak tahu apa lagi untuk dia lakukan, ini sahaja cara yang terbaik untuk dia lakukan.

Kim Leena P.O.V

Aku berjalan masuk ke dalam dewan perlepasan. Penat, lelah dan kosong, semua itu menggambarkan perasaan aku ketika itu. Dia tak pernah gunakan peluang yang aku bagi dengan baik. Bahkan dia persiakan lagi.

Setibanya aku di dalam, kerusi besi dan panjang itu aku duduk. Selamat, aku masih lagi ada 30 minit untuk berehat sebelum berlepas ke udara.

Kali ini, aku akan lupakan dia. Aku akan cuba lupakan dia dan pergi jauh dari dia. Kim Taehyung, bukan suami aku tetapi lelaki yang tak pernah berguna dalam hidup aku. Dialah manusia yang paling kejam pernah aku jumpa.

"Aaah..." aduku sambil memejamkan mata. Terasa pening di bahagian kepala membuatkan aku terasa seperti hendak pitam. Cuaca yang sejuk itu membuatkan emosiku menjadi tidak stabil.

"Aku akan lupakan dia. Aku akan lupakan dia."

Perkara yang sama aku ulangi dari mulut. Itu sahaja yang mampu aku lakukan untuk menenangkan semula keadaan. Jika aku bertahan lagi, mungkin kesabaran aku hilang dan aku sanggup buat benda yang luar daripada jangkaan. Bunuh diri.

Selepas beberapa minit berlalu, akhirnya pintu pagar untuk perlepasan ke Korea mula dibuka. Secepat mungkin aku berdiri lalu berjalan masuk ke dalam lorong tersebut. Segala peralatan yang diperlukan telah aku sediakan. Hanya masuk dan duduk sahaja.

"Welcome miss, what is your seat number?" Soal pramugari yang ada dengan senyuman. Aku yang berjalan membalasnya senyuman lalu memandang ke dalam pesawat tersebut.

"15C" Kataku. Dia terus menunjukkan jari ke sebelah kiri lalu menyuruh aku berjalan sehingga ke hujung. Akur dan menganggukkan kepala, itu sahaja aku lakukan sebelum berjalan pergi.

Setelah sampai di barisan duduk tersebut, beg merah yang aki galas kini cuba untuk diletakkan ke atas. Tiada siapa untuk membantu, hanya aku sendiri melakukannya. Tetapi malang tidak berbau, tidak lepas seperti biasa.

"Aduh, masuklah..." kataku sambil menolak beg itu masuk ke dalam. Cuba menolak dan menolak tetapi ia keluar juga. Helaan dan keluhan aku beri. Tiba-tiba, datang seseorang lalu berdiri di sebelah aku. Tinggi.

"Boleh saya tolong?" Ujarnya. Suara macam kenal. Terus aku memandang dia yang berdiri di sebelah. Terkejut aku lalu beg yang aku pegang terus jatuh ke atas lantai. Bukan aku sahaja, dia turut terkejut sama.

My Encik SmartProf. KTHWhere stories live. Discover now