Pada petangnya, Kim Taehyung pulang ke rumah. Sebelum pulang, lelaki itu sempat lagi mengambil Kim Eunha di rumah pengasuh. Mahu saja dihantarnya masuk ke tadika, tetapi hanya lagi setahun untuk si kecil itu melayakkan dirinya untuk memasuki ke alam tadika.
"Papa, esok kita pergi playground nak?" Soal si kecil itu sambil memandang Kim Taehyung disebelah. Sambil melayan kartun kesukaan Eunha, lelaki itu turut meluangkan masanya bersama.
"Esok? Boleh je, asalkan Eun behave." Jawabnya sambil mengusap rambut si kecil itu. Dengar sahaja apa yang dikatakan oleh papanya, terus dia bersorak gembira.
"Yey! Thanks papa, nanti kita pergi eh?" Soalnya. Kim Taehyung mengangguk dengan senyuman mekar. Si kecil itu dipandangnya sambil menongkatkan kepala di atas sofa tersebut.
"Kita pergi kan?"
"Esok papa bawa Eun pergi playground!"
"Betul kan papa?"
Tanyanya lagi. Saja untuk menyoal perkara yang sama berulang kali. Seronok katakan. Kim Taehyung mula tertawa lalu terus digeleteknya si kecil itu dengan kuat.
"Hahahaha! Papa! Gelilah! Hahahaha!"
"Eun tanya lagi sekali papa geletek lagi kuat. Hahahahah!" Sambungnya lalu jarinya masih lagi menggeletek di badan si kecil itu. Kim Eunha yang tadi menyandar kini terbaring di atas sofa dengan gelakkan yang banyak. Seronok agaknya.
"Hahaha! Papa, stop! Gelilah! Hahahaha!"
"Tak nak. Kiss papa dulu." kata lelaki itu lalu meneruskan geletekan tersebut. Eunha yang telah banyak tertawa sehingga air matanya hampir terkeluar itu mula memandang papanya. Sengihan dia berikan.
"Kalau... Eun tak nak? Papa nak buat apa!" Jeritnya dengan tawaan. Terus dia ketawa lagi dihadapan papanya. Kim Taehyung yang mendengar mula memandang si kecil itu dengan tajam dari mata.
"Kalau Eun tak nak...papa..." jarinya mula ditunjukkan pada Eunha. Terus dia menggeleng lalu dia mengangguk. Letih si kecil itu dibuatnya.
"Ahh okok. Eun buat. Ok, Eun buat. Papa jangan geletek. Nanti Eun tak nak kawan dengan papa." Katanya lalu berdiri dan berjalan kecil menghampiri papanya. Terus Kim Taehyung tersenyum dalam. Pipi kanan lelaki itu diciumnya sekilas.
"Good boy. Dah, duduk sini kejap, papa nak cakap." Katanya lalu badan si kecil itu ditarik agar duduk diatas ribanya. Kim Eunha yang berdiri itu hanya akur lalu atas riba papanya dia labuhkan diri.
"Eun rindu mama tak?" Soal Kim Taehyung lalu memeluk badan Eunha yang sedang duduk di atas ribanya. Kim Eunha mengangguk dengan wajah yang monyok.
"Rindulah... mama tak angkat call.... Eun dah call banyak kali tapi mama tak angkat juga..." katanya dengan suara yang kesal. Kim Taehyung yang mendengar terus dia tersenyum kecil. Pipi si kecil itu ditariknya lembut.
"Tak apa... nanti mama baliklah tu. Papa pun rindukan mama. Nak buat macam mana, memang salah papa. Kita tak boleh nak buat apa dah."
"Kenapa salah papa pula? Apa yang papa buat sampai mama tak balik?" Tutur si kecil itu sambil mendongak memandang papanya di atas. Kim Taehyung yang mendengar mula terkedu. Gelengan dia berikan.
"Tak ada apa. Dah, Eun tidur nak? Esok kita nak pergi playground." Katanya. Eunha yang senang akur dengan arahan itu hanya mengangguk. Terus dia turun lalu berjalan naik ke atas.
"Goodnight papa." Ujarnya sebelum berjalan pergi. Kim Taehyung yang mendengar hanya tersenyum. Kini, dia mula memandang rumah yang senyap dan gelap itu semula. Televisyen yang ada telah dimatikan. Kini, dia keseorangan.
YOU ARE READING
My Encik SmartProf. KTH
Фанфик"Nah SmartProf, saya dah siapkan assignment haritu." - Kim Leena "Siapa SmartProf? Saya ni suami awak tahu?" - Prof. Kim Start : 18/7/2018 End : (11/9/2018) Bersemut? Hahaha of course ada tapi tak adalah melebih. Sweet, sweet macam tu aje. Enjoy...