Paginya pula, Kim Taehyung terus bersiap-siap untuk pergi ke kerja. Masih ada lagi sejam untuk dirinya meluangkan masa di rumah. Sebelum bergerak pergi ke tempat kerja, lelaki itu datang ke ruang tamu untuk mengejut isterinya itu terlebih dahulu.
Kalau tidak dikejutnya, Kim Leena, mesti perkara yang sama seperti semalam terjadi di kelas. Hampir ditengkingnya kerana lewat untuk hadir. Boleh dikatakan salah lelaki itu juga kerana tidak mengejut isterinya bangun daripada tidur. Biasalah, masih belajar lagi.
"Awak, bangun dah pagi." Ujarnya lalu menepuk lengan Leena untuk beberapa kali. Sambil membongkokkan badan lelaki itu berkata kepada isterinya.
"Hmmm..." jawab Leena dengan rengekkan. Kim Taehyung terus menggelengkan kepalanya atas riaksi yang dibalas oleh Leena.
"Bangun, dah pagi ni. Awak ada kelas dengan saya pagi ni. Cepat..." pujuknya lagi. Leena yang mendengar terus membuka matanya dengan perlahan-lahan. Wajah lelaki itu dapat dia lihat terlebih dahulu.
"Pukul berapa ni..." soalnya dengan keadaan yang mamai. Kim Taehyung terus memandang ke arah jam dinding yang ada tersangkut di tepi almari.
"Dah pukul 7. Bangun, kejap lagi pukul 8 awak ada kelas." Katanya lagi. Kim Leena hanya menganggukkan kepala tetapi matanya yang tadi terbuka kini ditutup semula.
"Awak..." panggil Taehyung lagi. Leena hanya mengangguk tetapi tidak bergerak bangun. Bahu wanita itu digoncang perlahan.
"Bangunlah, nanti awak lewat..." balas suaminya itu. Leena hanya mendiamkan diri. Memang sifat dirinya sebegitu, susah untuk menyedarkan diri sewaktu tidur.
"Haish... awak ni..." rungut lelaki itu.
Terus sahaja dia menundukkan badan lalu tangan kanannaya masuk menyeberangi leher wanita itu lalu tangan kirinya pula masuk menyeberangi belakang lutut Leena. Secara serta merta badan Leena di angkatnya ke udara lalu kakinya diaturkan masuk ke dalam bilik.
Sebaik sahaja sampai ke dalam, badan isterinya itu dibaringkan ke atas katil. Selimut yang ada di tepi diambilnya lalu diletakkan di atas badan wanita itu. Dari awal tadi, Kim Leena masih lagi dibuai mimpi.
"Tidurlah, kejap lagi saya kejut awak balik. Saya tahu awak penat." Ujar Taehyung perlahan sambil mengusap rambut isterinya itu. Leena hanya mendiamkan diri tanpa menjawab.
Selepas sahaja dia berkata, kakinya mula ingin diaturkan pergi. Sebaik sahaja dia ingin berjalan, tiba-tiba nama panggilannya dipetik oleh Leena.
"Awak." Panggil Leena dengan suara yang mamai. Kim Taehyung yang mendengar terus memusingkan badan ke belakang semula. Wajah Leena dipandangnya untuk sementara.
"Ye?"
"Thanks." Kata Leena dengan mata yang tertutup. Kim Taehyung yang mendengar hanya tersenyum dan mengangguk. Walaupun Leena berkata dengan mata yang tertutup, tapi dia tahu bahawa kata-kata itu memang ikhlas dari hati isterinya itu.
"You're welcome." Balasnya kembali lalu kakinya diaturkan pergi semula.
****
Setibanya di dalam kelas, Leena terus sahaja duduk di tempat duduk miliknya. Kelas yang boleh dikatakan hingar bingar itu membuatkan fikirannya terasa seperti serabut.
"Diamlah..." kata Leena perlahan tetapi tiada siapa yang mendengarnya. Sesekali dia memandang jam yang ada di pergelengan tangan.
"Awal lagi..." ujarnya lalu memandang ke sekeliling tempat.
Entah mengapa, sejak awal pagi tadi kepalanya terasa begitu pening. Dirinya hanya mahu tidur sahaja. Sebaik sahaja dia perasan yang dirinya masih lagi ada beberapa minit untuk berehat, terus kepalanya dilentokkan di atas meja. Matanya yang tadi tercelik kini ditutupkan. Terlena Leena di situ.
YOU ARE READING
My Encik SmartProf. KTH
Fanfiction"Nah SmartProf, saya dah siapkan assignment haritu." - Kim Leena "Siapa SmartProf? Saya ni suami awak tahu?" - Prof. Kim Start : 18/7/2018 End : (11/9/2018) Bersemut? Hahaha of course ada tapi tak adalah melebih. Sweet, sweet macam tu aje. Enjoy...