Bab 8

311 32 2
                                    

Petangnya pula Kim Taehyung pergi mencari sedikit makanan untuk dimakan. Mana taknya, seharian lelaki itu tidak berehatkan diri hanya kerana untuk menjaga isterinya itu.

Selepas membeli, Kim Taehyung masuk ke dalam wad yang dihuni oleh Leena semula. Bungkusan makanan itu diletaknya ke atas meja yang ada di sebelah katil hospital berhadapan dengan tingkap kaca.

"Awak."

Leena yang sedang nyenyak tidur dibuai mimpi itu dikejutnya. Terus sahaja wanita itu membuka mata melihat ke arah lelaki itu. Kim Taehyung yang sedang berdiri mula tersenyum lalu kepala wanita itu diusapnya sekilas.

"Saya ada belikan makanan. Jom makan, saya tahu awak tak akan makan makanan hospital ni sebab tak sedap."

Bicara lelaki itu sambil memandang wajah isterinya. Leena hanya mengangguk tanpa berkata panjang. Kini, dirinya yang tadi terbaring mula didudukkan secara melunjur di atas katil. Lelaki yang bernama Kim Taehyung itu terus membuka bungkusan yang ada lalu dia berjalan duduk di kerusi yang telah disediakan.

"Awak, saya nak balik. Sini bosan." Mintanya sambil membuat memek muka yang sedih. Kim Taehyung yang mendengar mula tersenyum dalam. Sudu plastik yang dipegangnya tadi kini diangkat menuju ke mulut wanita itu.

"Tak boleh, awak tak sihat sepenuhnya. Awak nak bosan apa, saya kan ada?" Kata si dia. Leena yang mendengar mula mengeluh kecil. Wajah lelaki itu dipandangnya sekilas. Sabar, Leena sabar.

"Tengok awak buat apa. Buat meluat je." Jawab Kim Leena. Lelaki itu yang mendengar mula tersentak. Al-maklumlah, sensitif dengan perkara yang remeh.

"Ehhh, yang muka awak sedih semacam kenapa?" Terkejut Leena lalu wajah suaminya itu dipandang lama. Bebola mata milik Kim Taehyung berair tanpa disangka.

"Prof! Tak nak lah menangis, saya ni bukannya reti bab pujuk memujuk." Kata Leena lagi.

Taehyung yang mendengar namanya dipanggil sebagai 'Prof' bukannya 'Awak' itu mula mencebik kecil. Bebola matanya yang berair kini mula kering disebabkan panggilan yang boleh membuatkan dirinya marah.

"Kim Leena." Panggilnya tegas. Bungkusan nasi yang ada kini diletaknya di atas meja semula. Leena yang perasan akan perubahan diri suaminya itu mula mendiamkan diri. Seram jika dimarahi seperti tadi.

"Awak ni, haish... tolonglah, please... jangan gelar saya Prof kalau kita duduk luar dari U. Cuba gelar saya Hubby ke, Belove ke, My Love ke. Ini tak, asyik Prof, Prof, Prof."

Rungutnya dengan dahi yang berkerut. Kim Leena yang mendengar bebelan suaminya itu mula tertawa kecil. Dahi Kim Taehyung ditolaknya kebelakang.

"Mengada. Sebab tu ke awak pandang saya macam nak tengking saya tadi? Kalau macam ni lah jadinya, jangan katakan Prof, guna 'awak' pun belum tentu jadi."

Perli wanita itu lagi. Lelaki itu hanya tersenyum kecil lalu dagunya ditongkatkan di birai katil. Wajah wanita itu dipandangnya dengan sengihan.

"Apa? Apa pandang-pandang?" Ujar Leena. Taehyung menggeleng lalu dia menghelakan nafas kecil. Kini, wajahnya bertukar menjadi serius.

"Awak ada apa-apa rahsia ke yang tak ceritakan dekat saya?"
Soal lelaki itu. Leena yang mendengar mula tercengang. Tidak tahu untuk menjawab.

"Leena, saya tanya awak ni. Awak ada apa-apa rahsia tak ceritakan dekay saya ke?" Tanya si dia untuk kali yang kedua. Kim Leena yang tadi cuba untuk melarikan diri dari soalan itu mula tertangkap apabila tapak tangannya digenggam kuat.

"T-tak. Saya tak ada rahsia apa dengan awak." Balasnya. Kim Taehyung  yang mendengar mula tersenyum sinis. Matanya mula memandang Leena tajam.

"Awak jangan tipu saya. Saya kenal awak sangat Leena, awak kalau ada masalah awak akan diamkan diri. Ini mesti ada something else jadi kan?"

My Encik SmartProf. KTHWhere stories live. Discover now