Bab 28

171 22 0
                                    

Kim Leena membuat kerjanya di ruang tamu sambil menonton televisyen. Jika mahu ditanya dimanakah Kim Taehyung dan Kim Eunha, sudah pastinya mereka tidur. Sudah pukul 10 malam.

"Aduhh, mati aku esok. Macam mana nak siapkan ni." Ujar wanita itu sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Komputer riba yang ternyala itu membuatkan dirinya semakin serabut.

"Dah lah kena hantar esok, 150 jenis binatang tu seekor pun aku tak dapat. Itulah kau Leena, suka sangat buat kerja last-last minute. Macam kau tak tahu bila si Taehyung tu naik hantu apa jadi nanti. Aduhhh apa aku nak jawab esok ni..."

Mula dirinya terasa berdebar-debar. Pen yang ada di tangan berulang kali diketuknya ke atas meja. Wajahnya mula menjadi rimas. Keluhan yang banyak dia luahkan. Tiba-tiba, fikirannya mula teringat akan sesuatu.

"Saya ada contoh 150 jenis haiwan tu. Tapi, saya tak akan bagi dekat sesiapa."

"Hah!" Jarinya dipetik dengan mata yang membulat besar. Senyuman mekar mula terukir di bibirnya. Kini, mata Kim Leena mula memandang ke arah tingkat atas.

"Aku tahu apa nak buat... hehehe." Katanya lalu terus berdiri menaiki anak tangga. Setibanya sampai di tingkat atas, pintu bilik mereka berdua di buka, terlihat akan lelaki itu sedang duduk di meja kerjanya.

"Eh, awak tak tidur lagi ke?" Soal Kim Leena sambil memegang tombol pintu itu. Kim Taehyung yang sedang leka akan komputer ribanya hanya menggeleng. Jarinya sedang asyik menggesel di atas komputer riba itu.

"Tak mengantuk?"

"Tak." Jawab lelaki itu tetapi matanya masih lagi manatap akan komputer riba yang menyala itu. Dari pintu sehinggalah sampai hampir dengan lelaki itu Kim Leena berjalan.

"Ermmm awak nak kopi tak?" Soalnya sambil memandang Taehyung yang sedang membuat kerja itu. Terus lelaki itu memandang dia yang sedang berdiri di sebelah. Mula keningnya terangkat tinggi.

"Ni awak sebenarnya nak apa ni? Tak pernah-pernah tanya saya nak kopi ke mengantuk ke. Kenapa ni? Cuba bagitahu." Ujarnya sambil menyilangkan tangan. Kim Leena menggeleng lalu dia tersenyum kecil. Malu pula untuk meminta.

"Ta-tak ada apa. Ermm, awak nak apa-apa? Kalau nak saya boleh ambilkan." Tutur wanita itu sambil matanya memandang ke atas meja lelaki itu. Cuba untuk mencari dimanakah fail yang adanya contoh 150 jenis haiwan itu.

Kim Taehyung yang perasan akan riaksi Kim Leena mula memandang ke atas mejanya. Takut-takut ada benda yang menarik sehingga mata isterinya dari tadi memandang tanpa henti.

"Awak ni pelik semacam dah kenapa? Ni mesti ada something nak minta dari saya. Hah, cuba bagitahu apa awak nak?" Soalnya. Berdebar-debar diri Leena ingin menyebut tetapi dia terpaksa juga.

"Aaaa...emm... macam mana nak cakap eh... emm... saya..."

"Apa dia wahai Kim Leena. Apa yang awak nak sebenarnya. Cuba cakap terus terang. Ni tak, asyik emmm aaaa sampai bila pun tak habis." Gelengnya sambil menghelakan nafas. Kini, kepala lelaki itu mula ditongkatkan di atas meja.

"Ok ok. Saya nak minta satu ni je tapi awak kena tolong saya eh? Please... benda ni je yang boleh buat saya survive. Kalau tak ada benda ni, boleh mati saya. Awak nak tengok saya mati ke?"

Soalnya sambil mencantumkan kedua-dua belah tapak tangan. Kim Taehyung yang mendengar mula mengerutkan dahinya. Terkedip-kedip mata lelaki itu apabila memandang isterinya yang berada di hadapan.

"Hei hei, apa main mati-mati ni. Bagitahu je lah, kenapa? Awak sakit ke? Ubat habis?" Tanyanya dengan penuh rasa risau. Tidak semena-mena dia berdiri lalu kepala Kim Leena diusapnya perlahan.

My Encik SmartProf. KTHWhere stories live. Discover now