Kelas yang besar itu dimasuki oleh Kim Taehyung. Seperti biasa, jadual paginya akan bermula di kelas yang diambilnya untuk mengajar iaitu kelas kefotografian.
"Baiklah semua, saya nak tanya macam mana dengan next trip kita? Ada siapa-siapa nak bagi cadangan tak? Memandangkan projek kita dah nak tamat just tinggal another one, saya rancang yang saya nak buat trip untuk holiday dengan awak semua. Nak tak?"
"Betul ke prof?!"
"Perghhhh best wehhh!! Nakkk!!"
"Saya nak pergi!! Saya nak!!"
Riuh satu kelas apabila mengetahui akan hal tersebut. Gembira mereka dibuatnya begitu juga Kim Taehyung yang sedang bercerita.
"Hahaha calm down, class. Sebab tu saya tanya, ada apa-apa cadangan tak? Tempat apa yang best ke apa ke. Except for Paris. Tempat tu tak boleh." Katanya sambil menyilangkan tangan. Badannya pula disandarkan pada meja kayu coklat itu.
"Alaaaaaa... kenapa tak boleh pula. Saya nak pergi situlah, prof. Dengar cerita dari ketua-ketua Unit, tempat tu cantik. Jomlah prof... kita pergi situ..." ujar pelajarnya yang berada di tingkat kedua teratas. Kim Taehyung tersenyum kecil lalu dia menggeleng.
"Hahah sorry, Mark. Saya tak boleh."
"Alaaaa... kenapa pula prof?" Sampuk pelajar lain pula. Terus semua orang yang berada di dalam kelas menjadi seperti hilang arah. Riuh sana sini.
"Sorry, Wendy... saya tak boleh. Maaf eh?" Katanya lagi. Kini semua orang menjadi monyok lalu bermasam muka. Wendy dan Mark yang berdiri tadi kini duduk di atas kerusi semula. Mulut mereka dimuncung ke hadapan dengan cebikan.
"Tapi tapi tapi kenapa, prof... cuba cerita dekat kitorang." Sampuk Woozi pula. Lelaki itu mula menundukkan kepala dengan senyuman kecil. Kedua-dua belah tangan dimasukkan ke dalam poket seluarnya.
"Ha'a lah prof, cuba bagitahu kitorang kenapa." Kata mereka lagi. Tersenyum lebar lelaki itu dibuatnya. Kini, dia memandang semua pelajar yang ada di kelasnya.
"Okey okey. Saya akan bagitahu. But you guys must keep my promise about this." Katanya. Mereka semua mengangguk lalu memandang tepat wajah lelaki itu. Bayangkan, 50 pelajar memandang seorang sahaja pensyarah yang ada di hadapan.
"Saya nak bawa Leena pergi sana."
"Waaaaa!!"
"Fuyoooo!!"
"Uittt pergi honeymoon ke tu?? Heheh"
"Tak aci! Nak pergi juga!! Prof!! Smartprof!!"
"Diamlah mangkuk, kau ni bising ah... memekak tak habis-habis."
Kelas yang tadi senyap untuk seketika kini menjadi riuh rendah kembali. Pelbagai bunyi dapat lelaki itu dengar dari bawah. Tidak tahu untuk berkata, senyuman sahaja dapat menunjukkan betapa cerianya dia pada hari itu.
"Ahhh, dah-dah cepat bagi cadangan. Kang saya tarik balik apa yang saya cakap tadi..." Ujar si dia lalu memandang dengan sengihan jahat.
"Jangan, prof! Okey okey, jom bincang!" Kata salah seorang pelajar kelas itu. Mereka mengangguk lalu seorang demi seorang mengangkat tangan mereka untuk berkata.
****
Pada waktu makan tengah hari, Kim Taehyung menuju ke sebuah rumah yang berada tidak jauh dari tempat kerjanya. Memandangkan Leena tidak ada di universiti, jadi ada juga masa dia untuk diluangkan bersama seseorang.
Ting! Tong!
"Eh, Taehyung." Tutur seseorang apabila pintu dari dalam dibuka. Tersenyum lelaki itu yang berada di luar pagar. Dengan cahaya siang yang panas membuatkan lelaki itu berpeluh.
![](https://img.wattpad.com/cover/155592118-288-k490698.jpg)
YOU ARE READING
My Encik SmartProf. KTH
Fanfiction"Nah SmartProf, saya dah siapkan assignment haritu." - Kim Leena "Siapa SmartProf? Saya ni suami awak tahu?" - Prof. Kim Start : 18/7/2018 End : (11/9/2018) Bersemut? Hahaha of course ada tapi tak adalah melebih. Sweet, sweet macam tu aje. Enjoy...