Bab 15

201 24 0
                                    

Kim Leena dibawa pulang ke rumah apabila dirinya sudah terlantar di atas katil hsopital untuk beberapa hari. Atas kedegilan dan kepujukan dia terhadap Kim Taehyung, lelaki itu terpaksa buat sedemikian. Tetapi bukan bermaksud yang Kim Leena boleh berjalan, wanita itu perlu ditolak menaiki kerusi roda. Masalah.

"Awak kalau nak apa-apa panggil saya. Jangan sesuka hati nak turun bawah jalan ke apa ke. Penat tahu tak angkat awak naik tangga tadi?" Ujar Kim Taehyung lalu memegang kedua-dua belah pinggangnya. Penat katakan.

"Hmmm..." jawab Leena acuh tak acuh. Dirinya yang ada di atas katil itu mula menolehkan kepala ke sebelah kiri. Merajuk katakan. Mengada.

"Tengok, tengok. Sakit sakit pun boleh merajuk. Awak ni lah..." kata lelaki itu lalu dia memandang wajah Kim Leena tanpa berkilas. Wanita itu terus sahaja memandang suaminya lalu senyuman kelat dia berikan.

"Puas? Ahh, saya tak merajuklah...saya penat, nak tidur. Go go, keluar." Halaunya dengan memek muka yang menyampah. Kim Taehyung terus menggelengkan kepalanya.

"Merajuk cakaplah merajuk. Ingat, nak apa-apa panggil. Jangan berani awak turun dari katil kalau tak saya hantar awak masuk hospital balik. Tergedik-gedik nak keluar padahal sama je duduk rumah dengan hospital. Bukan boleh study pun."

Bebelnya sambil mencekakkan pinggang. Berdarah telinga wanita itu dibuatnya. Asal balik je, bebel. Asal nak rehat je, bebel. Inilah dia, manusia bin bebel.

"Haish.. awak, awak, awak, awak... stop bebel lah..." rungtunya lalu kedua-dua belah telinga diserkup dengan tapak tangan. Kim Taehyung terus mencebik lalu matanya memandang kecil sahaja terhadap wanita itu.

"Saya bebel bersebab. Cuba kalau awak stay hospital, saya pergi U ada juga nurse yang jaga awak. Ni, kalau dekat rumah saya pergi kerja siapa yang nak jaga awak? Hah, cuba cakap, siapa? Siapa?"

"Alaaaaaa! Diamlah Kim Taehyung! Awak ni bisinglah, saya nak tidur... pleaseeeee bagi saya 5 minit untuk tidur. 5 minit je, saya tak minta banyak. Just 5 minit. Please." Kakinya yang ada di atas katil dihentak-hentaknya dengan kuat. Tak kisahnya sakit ataupun tidak.

"Haaa, hentak. Hentak lagi biar sakit balik. Dia ni kan, kenapa degil sangat..."

"Aaaaahh! Janganlah sakitlah, prof! Aduiii! Lepaslah!" Terus satu jentikan padu bak halilintar terlintas di dahi lelaki itu. Merah dia dibuatnya.

Mana taknya, dengan suka rela dia menekan sebelah tangan kanan wanita itu. Gila si Leena tidak mengamuk. Haish, memang mencari masalah anak-anak Kim ni.

"Aduh! Leena! Awak jentik dahi saya dah kenapa!"

"Yang awak tekan tangan saya dah kenapa!"

"Saya buat sebab awak tak reti duduk diam!"

"Saya buat pula sebab awak tak habis-habis nak kacau saya!"

Kini, mereka berdua memandang antara satu sama lain dengan pandangan tajam. Kim Taehyung memandang Leena sambil menyilangkan tangannya. Begitu juga apa yang dibuat oleh Kim Leena.

"Awak ni..." kata mereka serentak. Kim Taehyung yang mendengar ayat mereka berkata dengan masa yang sama itu mula terkejut. Terangkat keningnya ke atas.

"Awak ikut saya buat apa?" Soal Taehyung.

"Hei, awak yang ikut saya. Sorry sikit eh?" Jawab Leena kembali sambil menjeling suaminya itu sekilas. Lelaki itu menggeleng lalu helaan nafas berbunyi.

"Dah lah, saya malas nak gaduh dengan awak. Better saya layan barbie lagi seronok." Jawab si dia lalu langkahnya diaturkan pergi.

"Apa awak ingat saya seronok tengok muka awak, heh Tae goncang? Saya lebih rela tengok muka adudu dengan bagogo dari layan muka alien macam awak tu." Kata Leena yang ada di atas katil. Serta merta langkah lelaki itu dihentikan. Sengihan sinis dia berikan lalu badannya dipusingkan ke belakang semula.

My Encik SmartProf. KTHWhere stories live. Discover now