Bab 49

171 18 4
                                    

Terkejut mereka berempat terutamanya Kim Leena yang berada di dapur. Hampir gugur jantung wanita itu melihat benda yang mendarat masuk ke dalam rumahnya.

"Leena kenap-"

Hilang kata-kata lelaki itu apabila melihat sebilah pisau bersertakan kertas putih yang mempunyai tulisan diatasnya. Kim Leena yang dalam keadaan terkaku itu hanya mengeraskan diri. Kertas yang tercucuk dengan pisau itu diambil oleh Kim Taehyung.

"Kau akan aku bunuh..." bacanya lalu memandang Kim Leena di tepi. Leena yang mendengar mula matanya terbuntang luas. Terketar badan si dia dibuatnya. Kim Taehyung yang tadi memegang kertas kini mula memandang ke arah tingkap yang pecah itu. Luar tingkap itu diperhatikan olehnya.

"Siapa dia yang buat macam ni." Ujarnya hairan.

"Di-dia dah tahu saya tinggal sini..." Sambung Leena dengan jantung berdegup kencang. Kim Taehyung yang mendengar mula memandang Leena semula. Kerisauan melanda dirinya.

"Pa-pakcik Min... ma-macam mana dia tahu saya duduk sini."

"Leena, kita kena lari dari sini." Balas lelaki itu dengan wajah yang mula panik. Kim Leena yang mendengar terus dia menggeleng.

"Tak. Kita tak boleh lari sekarang. Kemungkinan dia ada dekat bawah. Lebih baik kita duduk sini dan esok pagi baru kita keluar."

Jelasnya terlebih dahulu. Lelaki itu yang mendengar mula menarik tangan Leena ke ruang tamu semula. Kini mereka berempat duduk bersama dengan perasaan tidak selamat.

"Papa... Yeonju takut..." bicara si kecil itu lalu memeluk lengan papanya di sebelah. Kim Taehyung yang mendengar luahan itu mula menghelakan nafasnya. Bahu si kecil itu dipeluknya.

"Jangan risau, kita akan selamat." Balasnya. Kim Leena yang sedang dari tadi berjalan kehulu kehilir itu langsung tidam boleh mendiamkan diri. Resah hatinya sewaktu itu.

"Awak. Saya rasa kita tak boleh buat apa. Hanya satu je cara yang selamat untuk tamatkan semua benda ni."

Kata Leena sambil memandang lelaki itu dengan wajah yang berpeluh. Kim Taehyung yang sedang duduk di atas sofa itu mula memandangnya dengan kening yang terangkat.

"Apa?" Soalnya semula.

"Saya rasa saya kena serahkan diri dekat dia."

"Apa awak merapu ni hah?! Awak nak serahkan diri awak dekat lelaki tak guna tu?! Buat apa, Leena?!" Terus dia berdiri dan meninggikan suaranya. Tersentak Kim Leena apabila dikenakan sebegitu.

"Ni je cara untuk selamatkan Eun dan Yeonju. Saya tak boleh buat apa selain saya serahkan diri. Awak nak ke tengok diorang yang jadi mangsa nanti?"

Katanya. Kim Taehyung yang sedang berdiri di hadapannya itu mula memandang dengan perasaan kesal. Berkaca mata lelaki itu dibuatnya. Terus dia meraut wajahnya dengan kasar lalu dengusan kuat dikeluarkan.

"Haaaaah!! Tapi tak ada cara lain ke?! Please lah Leena, jangan korbankan diri awak sendiri!"

"Saya tak boleh buat apa lagi, Taehyung! Please lah! Bagi saya buat benda gila ni! Biar saya mati untuk pertahankan nyawa diorang! Saya sanggup hilang nyawa disebabkan awak!...hikss... disebabkan Eunha dan Yeonju. Hikss."

Bicaranya dengan tangisan. Terus sahaja badan wanita itu dipeluk dengan kuat. Tersedu Kim Leena dengan apa yang dia telah katakan. Terdesak wanita itu untuk membuat apa yang bakal berlaku.

"Saya tak nak kehilangan awak lagi, Leena..."

"Saya terpaksa, awak. Saya sanggup buat kalau melibatkan nyawa awak dan diorang." Kata Kim Leena. Terdengar akan suara tangisan lelaki itu yang teresak-esak di belakang. Kini badan lelaki itu ditolak lalu kedua bahunya disentuh. Kim Taehyung memandangnya dengan wajah yang penuh dengan air mata.

My Encik SmartProf. KTHWhere stories live. Discover now