Bab 41

171 18 7
                                    

Kim Leena berjalan-jalan di bandar itu seorang diri. Mahu buat bagaimana, Park Jaera sedang padat dengan jadual belajarnya. Memandangkan peperiksaan akan bermula tidak lama lagi, wanita itu perlu membuat persediaan awal.

Angin yang sepoi-sepoi bahasa itu membuatkan Leena senyum keseorangan. Air laut itu menambahkan lagi senyuman di bibirnya. Dengan kapal-kapal layar yang sedang belayar di atas laut biru itu juga membuatkan pemandangan menjadi cantik.

"Rindu Eun."

Sebutnya perlahan. Tiba-tiba sahaja hatinya terdetik akan si kecil itu. Apalah yang sedang dilakukan olehnya sekarang. Mungkin sedang tidur, sedang bermain, ataupun sedang mencari Leena. Entah apa, wanita itu hanya berharap yang Eunha baik-baik sahaja disana.

"Kalaulah mama boleh bawa Eun datang sini, dah lama mama bawa." Katanya lagi sambil memandang di skrin telefon. Terpampar akan wajah Kim Eunha di dalamnya.

Makin lama makin dia merindui si kecil itu. Diusapnya telefon itu pada wajah Kim Eunha. Rindu teramat tidak dapat menggambarkan betapa sedihnya dia.

"Nanti mama balik bila semua okey."

Ujarnya lagi lalu telefon pintar itu disimpannya ke dalam beg semula. Kini dia terus berjalan meninggalkan kawasan laut tersebut. Langkahnya diaturkan ke arah orang ramai yang ada.

Tepat jam pukul 6 petang, Kim Leena berjalan pulang. Pintu rumah itu dibuka lalu dia masuk ke dalam. Sebelum masuk, wanita itu terperasan akan kasut yang ada diluar. Kebiasaannya hanya ada dua pasang sahaja, tetapi kali ini ada tiga.

Siapa lagi seorang? Takkan Jimin, dia akan datang sewaktu musim salji. Kawan Jaera mungkin? Tapi... takkan lah lelaki?

"Saya dah balik..." kata Leena lalu membuka kasutnya. Terus dia berjalan masuk ke dalam. Sewaktu dia masuk, matanya mula melihat ke arah ruang tamu. Terkejut dia dibuatnya.

"Eh, Leena. Balik pun awak. Meh duduk sini." Ajak Park Jaera sambil menggamitkan tangannya kepada wanita itu. Kim Leena yang melihat hanya tersenyum lalu beg sandang itu dibetulnya di bahu. Kakinya diaturkan ke arah sofa tersebut.

"Jaera nak kenalkan, ni abang Min. Min Yoongi, kawan abang Jimin." Ujarnya sambil memegang bahu wanita itu. Kim Leena yang mendengar mula mengangguk lalu wajah lelaki itu dilihatnya.

"Hai, saya Leena." Lambai wanita itu. Min Yoongi yang berada dihadapannya mula tersenyum lalu lambaian itu dibalasnya semula.

"Yoongi ni selalu datang sini melawat saya. Kadang-kadang bawa saya jalan-jalan. Kalau ada abang Jimin, dialah yang temankan pergi jalan satu Amerika ni."

Balasnya dengan senyuman. Kim Leena yang mendengar hanya mengangguk. Faham akan apa yang sedang dibicarakan. Lihat seperti lelaki itu seorang yang pendiam. Memang mungkin dia seorang yang tidak suka bercakap.

"Ah, korang borak-borak lah dulu. Biar Jaera buatkan air. Nanti dahaga pula. Jaera buatkan Hot chocolate eh? Musim sejuk ni kita minum benda-benda panas, baru suhu badan kini stable."

Sambung si dia sebelum bingkas berdiri. Kim Leena dan Min Yoongi hanya tersenyum lalu membiarkan dia pergi. Kini, keadaan menjadi senyap. Tidak tahu untuk berbicara tentang apa.

Sudah beberapa saat berlalu tetapi keadaan masih lagi sama. Yoongi sedang memandang ke atas lantai dengan kemaman mulut. Leena pula sedang memandang ke luar tingkap, cuba untuk meriuhkan fikiran.

"Saya." Kata mereka serentak secara tiba-tiba. Terkedu Kim Leena dibuatnya. Seorang ingin berkata dan seorang lagi turut ikut bersama. Kini mereka mula tertawa kecil. Terserlah akan senyuman dibibir lelaki itu.

"Tak apa awak mula dulu." Tutur Yoongi lalu memandang Leena dengan senyuman yang dalam. Kim Leena menggeleng semula kepada lelaki itu.

"Tak, awak mulakan dulu." Balasnya.

My Encik SmartProf. KTHWhere stories live. Discover now