Bab 24

158 20 0
                                    

Terbuntang mata Kim Taehyung apabila dapat melihat wajah wanita itu. Si wanita itu pula hanya mengerutkan dahi tanda tidak faham apa yang sedang berlaku.

"Emmm, encik? Cik ok ke tak ni." Soal wanita yang wajahnya begitu seiras akan Kim Yeri. Terhayun tapak tangannya di hadapan lelaki itu.

"Hello..." katanya lagi. Tetapi Taehyung masih lagi dalam lamunan. Lelaki itu masih lagi tertatap ke arah wajah si dia. Mula hairan wanita itu dibuatnya.

"Encik!" Jeritnya kuat. Terkejut Kim Taehyung lalu tidak sampai seminit dia menyedarkan diri semula. Terus wanita itu dipandangnya dengan segera. Air mata yang tadi mengalir dilapnya dengan lengan baju.

"Tak ada apa, tak ada apa." Ujarnya pantas.

"Hah? Ada apa apa?" Soal wanita itu semula. Kim Taehyung yang mula malu akan apa yang telah terjadi mula memandangnya. Merah padam wajah si dia.

"Tak. Tak ada apa, maaf sebab ganggu cik." Balasnya kembali lalu menundukkan badan kepada wanita itu. Si dia hanya tertawa lalu menggeleng.

"Eh, tak apa. Jangan rasa salah sangat, perkara kecil je. Emm, by the way, are you okay??" Tanya wanita itu lagi. Kim Taehyung mengangguk dan dia tersenyum kecil.

"Tapi kenapa saya tengok Encik macam ada masalah je?? Tiba-tiba menangis bila nampak saya, kenapa? Saya ada buat salah ke?" Soal si dia lalu mula wajahnya menjadi cemas.

"Tak, tak lah. Cik tak buat salah. Sa-saya tengah cari someone and saya ingat cik tu dia. Maaf lagi sekali." Tunduk lelaki itu dengan wajah yang bersalah. Terus wanita itu tertawa lalu bahu Kim Taehyung ditolaknya ke atas semula.

"It's okay. Just small matter. Ermm, nama saya Yoo Aera. Nice to meet you." Katanya sambil menyuakan tangan untuk berjabat. Kim Taehyung yang mendengar dan melihat mula terkedu. Tangan wanita itu dipandangnya lama.

"Encik?" Panggilnya lagi.

"Oh, na-nama saya Kim Taehyung. Just call me, Taehyung." Balasnya kembali dengan senyuman kelat. Selepas sahaja melepaskan salaman tangan, terus matanya memandang ke arah tasik semula. Helaan nafas kecil mula dia lepaskan. Yoo Aera yang berada di tepi mula memandang dia dengan wajah yang betul-betul pelik.

"Kalau macam tu... panggil saya Aera je." Sapanya sambil berdiri di tepi. Kim Taehyung yang mendengar mula memandangnya semula. Berkerdip-kerdip mata lelaki itu dibuatnya.

"Ouh. Okay. Duduklah, kenapa berdiri?" Soal lelaki itu sambil mendepakan tangan ke arah bangku kayu itu semula. Aera yang melihat mula mengangguk tetapi dalam masa yang sama fikirannya masih lagi dalam kehairanan.

"Encik pun duduklah, kenapa berdiri?" Soalnya kembali dengan soalan yang sama. Kim Taehyung tersenyum kecil sahaja lalu terus dia duduk disebelah wanita itu.

"Boleh saya tanya encik sesuatu?" Kata Aera. Kim Taehyung yang mendengar mula tertawa kecil. Wajah wanita itu dipandangnya dengan sengihan.

"Hahaha tak payah panggil Encik sangatlah, panggil saya Taehyung je kan senang. Nak encik, encik bagai." Katanya sehingga membuatkan Yoo Aera mula tersenyum kembali.

"Ouh okay. Taehyung, saya nak tanya Taehyung satu soalan boleh?"

"Hmmm... apa dia?" Balas lelaki itu pula.

"Kenapa Taehyung menangis waktu nampak saya tadi? Ouh okay, if you want to say that is family problem, i don't really care if you want to share with me." Jawab si dia lalu menghadap lelaki itu disebelah. Kim Taehyung yang mendengar mula memandang si dia dengan tenungan kecil.

"Aera tak kisah ke kalau saya ceritakan benda ni?" Tanya dia pula. Yoo Aera tersenyum dan menggeleng.

"Saya tak kisah. Now, we are friend." Ujarnya dengan senyuman dalam. Terlihat akan kecomelan di situ dan membuatkan hati Kim Taehyung teringat akan seseorang yang sudah lama pergi meninggalkannya.

My Encik SmartProf. KTHWhere stories live. Discover now