Bab 40

194 20 10
                                    

Dua hari berlalu, Kim Leena selamat sampai ke Amerika. Negara yang penuh dengan kemewahan dan kecantikan alam. Rumah Park Jaera ditumpangnya untuk sementara waktu.

Park Jaera ialah adik perempuan kepada Park Jimin iaitu kawan yang baru sahaja dikenali oleh Kim Leena sewaktu di United Kingdom. Lelaki itu telah memberitahu kepada Leena tentang adik perempuannya yang belajar di negara tersebut.

"Hmmm..." katanya perlahan sambil melihat ke luar rumah. Angin yang sedang bertiupan itu membuatkan dirinya terasa sedikit tenang.

"Leena, jom keluar makan?" Ajak seseorang dari belakang. Kim Leena yang mendengar terus memandangnya. Senyuman mekar dia berikan.

"Dekat mana? Ada ke restoran dekat-dekat sini?" Soalnya kembali lalu menyandarkan badan ke arah dinding. Park Jaera mengangguk lalu baju kalis sejuk dipakainya.

"Ada. Jom? Nah, pakai baju ni. Sekarang winter, tak lama lagi snow. Dah nak dekat December kan." Ujarnya sambil menyuakan baju berwarna merah itu kepada Leena. Wanita itu mengambil lalu dipandangnya lama.

"Thanks. Jom." Balasnya sambil menyarung baju itu. Terus dia berjalan keluar bersama wanita itu. Dari rumah sehinggalah ke restoran makan mereka berjalan bersama. Sambil berjalan, matanya tidak lekang memandang ke sekeliling alam. Cukup memukaukan.

"Biasanya salji akan turun waktu malam. Bila salji turun, semua orang akan berkumpul dekat luar nak tengok. Cantik macam kristal." 

Sampuk Jaera dari tepi sambil memasukkan tangannya ke dalam poket baju. Kim Leena yang mendengar terus memandang wanita itu disebelah.

"Selalunya waktu salji, Jaera sambut dengan siapa?" Tanyanya. Jalan yang boleh dikatakan sunyi dan tidak ramai orang itu membuatkan perasaannya menjadi tenang dan damai.

"Abang Jimin. Dia akan datang dan teman Jaera dekat sini. Biasalah, dia kerja besar bolehlah datang selalu." Balasnya dengan senyuman. Rambut yang panjang dan tidam terikat itu membuatkan wajahnya menjadi cantik.

"Ouh ye ke. Abang Jimin kerja apa eh? Sebelum ni lupa pula nak tanya. Iyelah, dia sendiri yang suruh Leena datang sini duduk dengan Jaera. Tak pernah pula cerita dia kerja apa."

"Lah, tak tahu ke? Hahaha, ingat ke dah tahu." Ujar Park Jaera sambil tertawa kecil. Kim Leena yang mendengar hanya tersenyum lalu memandang ke arah jalan semula.

"Dia lawyer." Bicaranya ringkas. Kim Leena yang mendengar mula matanya terbuka luas sedikit. Wajah Jaera dipandang lalu langkahnya terhenti. Park Jaera yang melihat mula terkedu. Terangkat kening wanita itu ke atas.

"Kenapa?"

"Abang Jimin tu lawyer? Kenapa tak bagitahu?" Soalnya Leena lagi sambil memegang kedua-dua belah bahu Park Jaera. Bergoncang badan wanita itu dibuatnya.

"Aaaa... Leena tak tanya. Heheh." Sampuknya dengan sengihan. Kim Leena yang mendengar hanya menggeleng lalu helaan kecil dia keluarkan.

"Haih... tak apalah, dia ada cakap tak bila dia nak datang sini tengok Jaera?"

"Emmm tak pula. Tunggu snow nanti mesti dia datang. Ala, sebulan je lagi." Balasnya dengan senyuman dan melangkah kaki ke hadapan semula. Kim Leena ditinggalnya di belakang. Wanita itu yang melihat mula fikirannya berputar.

"Lagi sebulan, aku kena minta tolong dengan dia."

Bicaranya dari dalam hati. Kini, dia berjalan disebelah Jaera semula. Mulalah mereka bersembang antara satu sama lain. Dengan cuaca yang sejuk membuatkan mereka tersenyum kecil.

Sewaktu berjalan, tiba-tiba mata wanita itu terhenti akan sesuatu benda. Benda yang sangat menyayat hati. Terlihat akan sebuah pokok yang pernah dilihatnya sebelum ini. Terus langkah dia terhenti.

My Encik SmartProf. KTHWhere stories live. Discover now