"Syukur, isteri encik dah boleh sedar. Tapi saya minta satu je, tolong jangan buat dia stress atau tertekan. Atas apa yang berlaku pada dia, saya harap encik dapat jelaskan dengan baik. Saya pergi dulu ya, encik?"
Kata doktor lelaki itu. Kim Taehyung yang masih lagi berdebar melihat Leena dibelakang itu hanya menganggukkan kepala. Walau susah baginya untuk memperkatakan, tapi dia yakin bahawa dia boleh lakukan dengan baik.
Selepas beberapa saat, Kim Taehyung hanya memandang Leena dari jauh. Gusar hatinya apabila memikirkan apa yang sedang dia lihat.
Kim Leena yang sedang melihat ke luar tingkap itu hanya mendiamkan diri. Masih lagi tidak diketahui apa yang berlaku pada dirinya. Kini, lelaki itu berjalan lalu menghampiri katil milik Kim Leena. Kepala wanita itu ditoleh mengahadap suaminya disebelah.
"Hai." Sapa Kim Taehyung dengan senyuman. Tanpa duduk, palang tepi katil itu dipegangnya. Kim Leena yang melihat senyuman itu hanya membalas semula.
"Aw- mmm..." potong kata-kata lelaki itu apabila hatinya resah untuk berbicara yang benar. Mulutnya terus dikemamkan sebaik sahaja Leena melihat riaksi wajahnya.
"Apa?" Tanya Leena perlahan. Kim Taehyung menggeleng lalu senyuman kedua dia berikan. Dahi Leena diusapnya perlahan. Wanita itu hanya memandang dengan kening yang terangkat ke atas.
"Ta-tak ada apa. Awak rest lah, saya nak pergi toilet kejap." Ujarnya lalu terus pergi meninggalkan bilik yang dihuni oleh isterinya. Kim Leena yang melihat mula hairan. Secara serta merta sahaja lelaki itu pergi tanpa berkata apa yang ingin dikatakan olehnya.
Kim Taehyung berjalan keluar lalu kakinya melangkah laju masuk ke tandas lelaki. Pintu dibuka lalu dia berdiri di hadapan cermin. Air matanya yang tadi ditahan agar tidak jatuh kini berderai dengan laju. Susah untuk meluahkan perasaan yang sebenar.
"Apa yang aku nak cakap."
Kata hatinya perlahan. Semakin dia memikirkan hal itu, semakin banyak air mata yang mengalir keluar.
"Leena, saya minta maaf..." kini, pertuturan dari mulutnya pula berbunyi. Kini, wajahnya mula dilihat pada cermin. Pantulan cahaya itu membuatkan dia dapat melihat dirinya kembali.
"Kau kena cakap Tae, kalau kau tak cakap nanti benda lain pula yang berlaku."
Katanya lagi. Kini, air matanya dikesat dengan ibu jari. Paip dibuka lalu air yang mengalir ditadahnya lalu disapukan di muka. Berulang kali perkara iti diulangnya.
"Aku boleh buat." Ujarnya ringkas. Sekarang, dia berjalan keluar semula dengan tenaga yang baru. Mungkin lebih kuat dan tabah.
Kim Taehyung memasuki bilik isterinya, Kim Leena. Matanya mula meliar melihat wanita itu yang berada di atas katil. Sebaik sahaja lelaki itu masuk, terus mata Leena memandang wajah suaminya. Berderai air mata Leena apabila melihat lelaki itu. Tanpa diduga dan disangka, dia menangis tanpa apa-apa berita.
"Leena, ke-kenapa awak menangis?" Langkah kakinya diaturkan laju ke arah katil wanita itu. Apabila sampai, matanya terpandang akan satu sampul berwarna coklat bersaiz besar di sebelah katil milik wanita itu. Terkejut Kim Taehyung dibuatnya. Terlupa akan sampul yang diberikan oleh doktor lelaki tersebut.
"Kenapa awak tak bagitahu saya pasal ni...hikss...kenapa..." soalnya dengan esakan. Kim Taehyung yang memandang mula riaksi wajahnya berubah. Hanya kepala yang ditundukan ke bawah.
"Sa-saya dah cacat wak.. hiksss, saya dah tak sempurna..hikss.." makin lama makin banyak air mata wanita itu yang jatuh. Kim Taehyung yang berada di tepi terus memandang wajah Leena. Terseksa hatinya melihat wanita itu menangis.
YOU ARE READING
My Encik SmartProf. KTH
Fanfiction"Nah SmartProf, saya dah siapkan assignment haritu." - Kim Leena "Siapa SmartProf? Saya ni suami awak tahu?" - Prof. Kim Start : 18/7/2018 End : (11/9/2018) Bersemut? Hahaha of course ada tapi tak adalah melebih. Sweet, sweet macam tu aje. Enjoy...